SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

20 December 2011

Buat filem Guna Telefon Pintar

17 Dis – Filem pertama yang dirakam menggunakan telefon bimbit pintar, "Olive" mendapat tarikh tayangan di pawagam di Los Angeles, Amerika Syarikat selama seminggu bermula 16 Disember 2011.

Dipetik daripada portal Digital Journal, "Olive" yang diarahkan oleh pengarah filem bebas, Hooman Khalili, telah dirakam menggunakan telefon bimbit pintar Nokia N8 yang telah dilekatkan kepada beberapa lensa filem 35mm.

Dalam satu temu bual bersama Los Angeles Times, Khalili menceritakan bahawa dia telah memadamkan keupayaan auto-zoom dan auto-focus bagi mendapatkan visi estetik yang diinginkan untuk filem ini.

"Kamera tersebut merasakan ia ketahui apa yang ingin difokuskan. Malangnya tidak," ujarnya.

"Olive" yang memakan kos perbelanjaan kurang daripada AS$500,000 (RM1.6 juta) telah dibiayai oleh bekas ketua pegawai privasi di Facebook, Chris Kelly selepas permohonan Khalili untuk mendapatkan biayaian daripada Nokia ditolak.

Pra-produksi filem ini bermula April tahun ini dan tempoh penggambaran telah mengambil masa lima minggu.

"Olive" yang turut dilakonkan oleh calon Anugerah Academy, Gene Rowlands, mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang mentransformasi kehidupan tiga orang tanpa berkata sepatah perkataan langsung.

2 comments:

Anonymous said...

mesti best..mencabar kot xbercakap langsung .. gila ah..~

jelah said...

meti la mencabar...tpi die wat ckit2..bkanyer skaligus..

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...