SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

25 December 2011

Sebab FIFA Haramkan Liga Super Indonesia(ISL)

logo fifa
FIFA telah mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia(ISL) melalui surat 21 Disember 2011. Ia diakui oleh Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia(PSSI) dengan menyatakan ISL tidak diakui oleh badan dunia bola sepak itu. Pemain tersohor Safee Sali bermain dengan kelab Pelita Jaya dalam ISL.

Sebagai pengetahuan terdapat dua liga bola sepak Indonesia iaitu Liga Primer Indonesia(IPL) yang merupakan liga rasmi yang berada di bawah naungan PSSI dan diakui FIFA serta AFC.

Satu lagi liga ialah Liga Super Indonesia(ISL), liga serpihan dimana kelab yang tidak mahu menyertai IPL. ISL tidak berada di bawah naungan PSSI, liga haram gitulah!! Di antara kelab ISL ialah Sriwijaya FC, Persela Lamongan, Persiba Balikpapan, Pelita Jaya, Deltras Sidoarjo, Persisam Samarinda, PSPS Pekanbaru, Persidafon Dafonsoro, Persiwa Wamena, Persib Bandung, dan Mitra Kukar.

FIFA mengarahkan PSSI menyelesaikan kemelut sehingga 20 Mac 2012 berkaitan dua liga bola sepak di Indonesia. Kalau tidak PSSI juga akan dikenakan sekatan oleh FIFA.

Timbul persoalan kenapa Safee Sali boleh menyertai ISL yang tidak diiktiraf PSSI dan FIFA. Dengan pengharaman ISL, Safee Sali juga mungkin haram.“Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA.
nasib safee sali

“Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar ISL,” menurut berita Indonesia.

Safee sebelum ini berkata sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terlibat dengan penggantungan FIFA, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Mudah-mudahan Safee Sali terkeluar dari kemelut ini, kalau tak Malaysia bakal beraksi tanpanya. 
-Sumber -Kompas, Republika, Tempo

1 comment:

~SaL IjOu~ said...

eh, satu kerugian buat Malaysia kan kalo beraksi tanpa Safee Sali~ smoga sumenye selesai dgn cara baik~

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...