SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

31 December 2011

Selamat Tinggal 2011 and Welcome 2012

Ini mungkin merupakan entri yang terakhir buat tahun 2011 yang bakal menutup tirai malam ini...
hari ini juga saya akan pulang ke medan perjuangan untuk menuntut ilmu...
hari ini juga hari terakhir saya berada dirumah dan isyallah kita akan berjumpa lagi pada Raya Cina nanti...
Tak sabar rasanyer nak mulakan sem baru dengan Azam yang baru..


Hari ini juga adalah hari sedih kerana hanset rosak disebabkan termasuk dalam mesin basuh...
Dr. Hanset mengesahkan hanset ini telah meninggal dunia..
untuk mengidupkan kembali..terpaksa melakukan pembedahan..
Kos pembedahan dalam RM70.00..mahal giler..
Malang tak berbau...hanset yang dibeli pkai duet sendiri..telah menemui ajal...<sedih>
takpe lah..nak buat camne..bende dah jadi..terima je la...
cukuplah setakat ini..kita jumpa lagi tahun depan...



Selamat tinggal 2011..
Selamat tinggal Hansetku..

29 December 2011

Segmen Xchange And Review Ur Blog

Salam Muhibbah...
Hari ni letih sikit..so takde mood nak buat entri yang meLetop-letop...
Tadi jEnjalan blog KIZ GARDEN..
ade entri panaZ kat blog Kiz..
nak tau ape yang Hot..
dia buat segmen and review Blog untuk kita...
Baik kan?
So saya rasa naK join la segmen Ni..


DAN


syarat2nyer senang je...
bOleh Klik baner kat ataS..

TARIKH TUTUP 
12 JANUARI 2012..

28 December 2011

My First Giveaway by Aein Amadhani

Assalmualaikum
Aein ada wat GA la..
ni la Ga die yang peertama..
so kita kena support aein...hehe


sape nak join boleh klik banner ni...
hampa bila lagi nak join...??

KU LI : Umno Kalah Lagi dalam PRU 13

Salam satu Malaysia..saya search tibe2 ade berita tentang KU LI cakap Mahathir tak cerdik..Hampa kenal tak ku li tu sape?Kalau tak kenal boleh Klik SINI...nampaknye ahli UMNO tidak mempunyai persefahaman...tapi takkan la Najib nak duduk diam je..Mesti ade Plan untuk satukan kembali ahli-ahli UMNO..Kalau nak tahu ape yang KU LI kata..memang menghampakan orang UMNO kalao bace..boleh baca  berita dibawah ni...

~berita Tiba tiba~

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

27 December 2011

Jaringan Hatrik Berbatov

Keputusan Liga EPL pada 26/12/2011

Man utd vs Wigan
5    -    0
Chelsea vs Fulham
1     -     1

Liverpool Balckburn
1      -       1


Man City vs West Brom
0       -         0

video man city saya tak letak sebab takde gol..
nampaknyer Man U telah merampas tempat Mancity sebagai pendahulu Liga...
Kebanyakan Game malam tadi SERI..
Tamat

Jom Cek Tarikh Lahir Anda dalam Bulan Islam

Salam Muharam...
sekarang ni kita berada di penghujung Muharam..
saya bukan nak berkongsi dengan anda tentang saya..
insyallah saya akan SHARE satu applisi yang boleh gunakan
untuk tahu kelahiran kita dalam bulan Islam..
Kita asyik dok ingat Masihi je..bulan Islam tak ingat..
So Jom kita cek tarikh lahir kita dalam bulan Islam..
kita tak payah kira guna jari..
just insert the number only..<orang kampung saya kata>

ANDA BOLEH CEK DI 


setelah di cek..saya lahir pada 5(jumaat) Safar 1412 H
time orang tengah azan zohor(kata ibuku tercinta)

p/s - JANGAN LUPE SHARE KAT KOMEN TAU...HEHE<tiada paksaan>
credit to : hasril


Gajet Terbaik 2011

Hai readers sekalian...
pejam celik-pejam celik dah nak penghujung 2011...kejap jer masa berlalu...dunia makin lama makin cepat..
masa yang diberi sama jer..sume 24 jam..kenapa kita rasa sekejap jer..mungkin kita gunakan untuk perkara berfaedah kot..sebab tu rasa sekejap je..apapon harap-harap azam readers hmpir 200% dah tercapai...
kalau masih belum tercapai..kita try lagi pada tahun 2012...
Okey apa yang menarik pada tahun ini ialah banyak gajet-gajet baru dilancarkan pada tahun ini...
nampaknyer malaysia semakin hari semakin kedepaNuntuk mencapai negara maju..

Apa gajet yang BEST tahun ni..

1. UTRABOOK
Pengeluar cip pemproses, Intel yang mula-mula cuba memasarkan ultrabook dalam industri perkomputeran yang mempunyai ketahanan bateri lama dengan tahap kenipisan sehingga 13 milimeter saja.


2. SAMRT TV(TV PINTAR)
Tahun 2011 juga menyaksikan peralatan seperti setup box untuk pelaksanaan TV pintar mula kelihatan yang menggabungkan kelebihan siaran digital tanpa wayar dengan sambungan Internet jalur lebar. 




3. SAMSUNG GALAXY S II
gajet ni masyuk jgak bila guna...harganye pon mahal jgak...saya mana mampu nak beli henset camni..yang mampu pkai henset 33 sekupang je...sape-sape yang ade duet lebih boleh belanja saya satu..



4. IPAD 2 
gajet ni memang tengah femus sekarang...kadang tengok orang bawak kehulu ke hilir...rasa nak beli jagak..tapi nak wat itu bukan keperluan...kalau ade duet boleh la beli...taknak hutang2..nak beli cash.. 


5. IPHONE 4S

6. DSLR


26 December 2011

Basikal Alaf Baru

Kita berjumpa lagi segmen Kenangan lalu...
Kalau kita kenang balik waktu kita masih kecik mesti lawak  kan..
sape ingat time dia kecik-kecik dulu main ape,masa umor 2 tahun...
kalau ingat tu Power la...memang sia budak genius...
saya sendiri pon tak ingat..
masa kita umor 2 tahon kita men basikal 3 roda atau 4 roda...


haa comel tak basikal ni..tapi ni bukan basikal saya..saya pinjam cucu pakcik google punye...
bile dah besar sikit naik basikal camni plak..
sebenarnye saya nak tunjuk jer koleksi basikal alaf baru..
sama-sama kita saksikan..

25 December 2011

Sebab FIFA Haramkan Liga Super Indonesia(ISL)

logo fifa
FIFA telah mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia(ISL) melalui surat 21 Disember 2011. Ia diakui oleh Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia(PSSI) dengan menyatakan ISL tidak diakui oleh badan dunia bola sepak itu. Pemain tersohor Safee Sali bermain dengan kelab Pelita Jaya dalam ISL.

Sebagai pengetahuan terdapat dua liga bola sepak Indonesia iaitu Liga Primer Indonesia(IPL) yang merupakan liga rasmi yang berada di bawah naungan PSSI dan diakui FIFA serta AFC.

Satu lagi liga ialah Liga Super Indonesia(ISL), liga serpihan dimana kelab yang tidak mahu menyertai IPL. ISL tidak berada di bawah naungan PSSI, liga haram gitulah!! Di antara kelab ISL ialah Sriwijaya FC, Persela Lamongan, Persiba Balikpapan, Pelita Jaya, Deltras Sidoarjo, Persisam Samarinda, PSPS Pekanbaru, Persidafon Dafonsoro, Persiwa Wamena, Persib Bandung, dan Mitra Kukar.

FIFA mengarahkan PSSI menyelesaikan kemelut sehingga 20 Mac 2012 berkaitan dua liga bola sepak di Indonesia. Kalau tidak PSSI juga akan dikenakan sekatan oleh FIFA.

Timbul persoalan kenapa Safee Sali boleh menyertai ISL yang tidak diiktiraf PSSI dan FIFA. Dengan pengharaman ISL, Safee Sali juga mungkin haram.“Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA.
nasib safee sali

“Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar ISL,” menurut berita Indonesia.

Safee sebelum ini berkata sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terlibat dengan penggantungan FIFA, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Mudah-mudahan Safee Sali terkeluar dari kemelut ini, kalau tak Malaysia bakal beraksi tanpanya. 
-Sumber -Kompas, Republika, Tempo

Juara MotorGP 2011

Hampa pernah naik mator?
gambar lucu motor
Katak pon pandai bawak motor
Hampa ada lesen motor?
lesen motor dan kereta
L-lelaki dan P-perempuan

Lesen L ke P takde kene mengena dengan anda..
tapi ada kaitan la dengan motor..
hari ni saje nak buat entri pasal motor..tapi bukan motor kapcai tau..
nak citer pasal motorGP...
iklan churp churp
Jemput-jemput la klik

yang saya tahu motorGP ni satu perlumbaan yang halal di litar lumba...
pada tahun 2010..
Pada tahun 2011 pula, Adnan sempit kot yang menang..hahaha 
Jorge Lorenza merupakan juara MotorGP pada tahun tersebut...
saya pon tak kenal sangat Jorge Lorenza ni...
yang saya kenal Rossi..
tapi persembahan Rossi ni tak konsisten la...
sebenarnye nak cakap pasal Petronas ade wat program di spain bersama Jorge Lorenza..

Yusry nak Bina Masjid?

Betul ke Yusry nak bina masjid...hampa cakap biar betol..banyak betol duet dier...
Ehh salah meaning la...
rupenyer Yusry akan berkahwin dengan Lisa Surihani..
Tahniah saya ucapkan...

Yusry KRU dan Lisa Surihani telah mengumumkan mereka akan bernikah pada tarikh 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan atau dipanggil Masjid Besi, Putrajaya. Majlis Resepsi pula akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari.
Abang Yusry jangan lupa jemput saya nanti tau..hehehe

~iklan free~



23 December 2011

"Saya Kaki Online"

selamat malam semua..
saya naj buat review satu blog yang cantek..
nak tahu blog sape yang bertuah?
ni dia blog 
sedap nama dia..pandai mak dia bagi nama...
mungkin syawal ni lahir mse bulan syawal kot..
walaupon syawal dah lama habis..saya kene wat review jgak pasal syawal..
syawal merupakan follower saya yang bertuah
kerana menjadi mata-mata saya yang ke
4  4  4
blog dia simple tapi menarik..
nak loading pon cepat je...
cer tengok header...
comel jer...
saya rasa syawal sukakan anime-anime seperti naruto
saya pon suka anime yang lucu-lucu jer.. macam conan,bleech dan lain-lain...
sape-sape yang belom jadi friends syawal boleh lawat dia...
sape lawat n klik iklan dia dapat duet raya..sebab nama syawal..so kne bagi duet raya la...hehehe
<gurau je> 


GiveAway by darkbatman.com

dah lama saya tak join GA..
so malam ni saya nak join GA from 
BRO Darkbatman..
nmpaknye kat malaysia dah ada batman la...hehehe<jgn marah>
inilah satu-satunye  GA dari lelaki yang saya join...
susah betol nak cari GA dari lelaki
kalau nak join sila klik...
TAG :

ok tu jer...

Tutorial Melajukan Video Youtube

Hari ini saya akan buat tutorial bagaimana hendak melajukan video yang kita di YOUTUBE....
youtube merupakan web yang sangat popular kerana menyadiakan berbilion video untuk ditonton..
tapi adakah hampa sume suka kalau tengok video kat youtube tersekat..
baru tengok 10 saat,lpas tuu berhenti dan tunggu video tu loading..
mesti bosan kan..elok-elok video tu best nk ditengok sampai jadi hilang mood nak tengok..
so saya jumpa satu web yang membantu kita mengacceleratekan video yang kita tengok di youtube..
toturial ini untuk orang mempunyai internet yang slow..macam berokband<macam siput>

kalau hampa bukak youtube..
paparan yang akan keluar seperti ini..

gambar youtube


anda pergi url kat atas tu...
url asal ialah ~www.youtube.com~

/feather_beta

So kita cuma tambah perkataan diatas je..

DAN

 paparan yang keluar seperti ini
cara melajukan video di youtube

walaupun berubah tetapi masih lagi boleh boleh melihat video di youtube..
untuk web ini..ia lebih ringan berbanding wer youtube asal sebab iklan yang ada kat youtube
dia dah disable..so loading page tu akan lebih cepat...
kalau anda nak cuba silakan...
kalau tak laju jgak video tu..jangan salahkan saya ye..

SELAMAT MENCUBA!!!


p/s-dont try this atother web except youtube..hehehe

Pesta Gol buat Barca

kemenangan besar utk Barca...
Barca menang vs Hospitalet
9       -    0
sape yg tak tengok lgi highlight boleh tgk kat bawah ni..


Barcelona 9-0 Hospitalet 22-12-11 FULL... by sagolerbaccha

apapon tahniah dan teruskan kemenangan barca...
kalau nak tengok highlight bola boleh lawat di SINI

Cara-cara Hidup Sihat Rasulullah

sila klik gambar ini.

Assalmualaikum para pembaca blog sekalian. hari ini kita dlam segmen SIHAT.Apa yang perlu sihat?makanan ke tubuh badan ? hampa semua mesti pilih makanan kn..sebab hampa suka makan..tak kisah la ye hampa nak pilih apa pon..Yang paling penting perkara yang perlu sihat adalah tubuh badan kita. dengan tulang 4 kerat inilah yang akan mencari rezeki,pergi kerja,bercucuk tanam,mengail ikan dan sebagainya. cer kalau badan kita tak sihat..mesti takde mood nak berblogwalking, nak update blog apetah lagi, so badan kita perlu dijaga dengn bik bukn setakat jaga makan je..yang penting EXERCISE..ni exercise sekli seminggu makan 6 kali sehari..susah la nak dapt badan ideal mcam saya ni..hahaha<perasan>

Kalau sebagai serang muslim,kita mempunyai role model kita iaitu Rasulullah. kita perlu ikut sunnah Rasulullah baik dari segi akhlaknya, perbuatannya, dan peribadi Rasulullah yang luhur..tapi sekrang ni yang kita dok banyak guna pakai ialah bab perkahwinan, sering kali kita menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh. Tapi bila bab lain, tak ikut pun..Rasululah mempunyai cara hidup sihat yng power..Sebab tu zaman baginda,bila seorang pandang rasulullah seolah -olah asyik nak pandang je..so maknanya rasulullah ni hensem orangnya.  Nak tau macamane rasulullah amal car hidup sihat..jom kit check it out :

1. Selalu bangun sebelum subuh.
Patut la..saya selalu bangun sebelum tengahari...

2. Aktif menjaga kebersihan.
Baginda selalu bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

22 December 2011

PMR 2011 : Tahniah..

Sekarang adik-adik sibuk pasal keputusan PMR..
ada yang dapat 6A,7A,8A...


semuanye cemerlang belaka...
result PMR atau dikenali sebagai Penilian Menengah Rendah atau nama zaman purba kala dipanggil 
tahniah kepada yang berjaya..mesti dapat banyak wish kn?esepisialy dri parent,atok nenek,makcik,pakcik,paman,bibik,tokwan,yang berhormat...
itulah untung bila berjy dlm peljrn..semu orang suke..bukan setakat suke jer..ade yang dapt hadiah..
mintk je anything konfem parent bgi...

Nak mintak kereta pon xpe..kalao nak boleh klik

adik-adik ingat!!belajar bukan setakat pmr je,SPM ade lagi..
istilah belajar sampai kita mati pon tak akan pernah habis..
lepas ni kene fokus spm pulak..
jangan banyak sangat HONEYMOON masa form 4..
nanti susah nk ctch up time spm..
untuk buat semakan keputusan PMR Online boleh klik DISINI
Rayuan semakan PMR boleh klik DISINI



Amazing Own goal Forever

Tengahari tadi tengok berita 1.30...
ada tayangan pasal bola dimana pemain menjaringkan goal sendiri...
yang lawaknye...goal itu merupakan goal yang paling cantik..
ramai giler orang like...
memang masyuk..
sape-sape yang belum tengok boleh tengok video kat bawah..


TV Setelit PERCUMA!!

Astro tv satelit percuma


Salam 1 Malaysia. Kome pe Kabo?saya disini baek2 aje..ASIK!!!nak tahu cerita terbaru pasal negara kita. Haa kalau hampa nak tahu rakyat malaysia bakal mempunyai TV atau lebih dikenali sebagai televisyen SETELIT PERCUMA!!!hampa sume sume pecaya tak?kalau tak pecaya..esok hampa bangun awal beli paper dan BACA..perkhidmatan terbaru ini hanya untuk rakyat Malaysia sahaja..mesti ada IC warna biru..ehh pandai-pandai je saya letak syarat..

Perkhidmatan ini disediakan oleh ASTRO..ada 19 chanel dan 17 siaran radio disediakan...bukan semuanye ada tau..kalau nak canel lain,kene bayar sendiri...canel yang disediakan semestinya canel TV!,TV2,TV3,awani,prima,oasis, dan lain-lain lagi..saya pon tak ingat..kalo nak tahu tanye mr. google atau tanyer kt Najib..untuk anda melihat canel yang diberi,anda kene beli NJOI decorder dan setelit dish..hampa ingat senang2 jer astro nak bagi free..jangan harap..kalao sekarang ni..kalau hampa langgan astro dapat decoder dan setelit dish free...tapi untuk perkhidmatan ni die terbalik...yang paling xder la kita kene bayar bulan2..hanya beli benda alah tu je..

Orang yang pertama dapat dulu ialah senarai orang yang berpendapatan rendah dalam program E-Kasih..nama saya ada tak?rumah saya takada astro so saya layak dapat la...sekarang ni rumah orang asli pon dah ada astro..sebab tu la orang dah pandai bergaya...Apapon terima kasih astro untuk kerja amal ini..<ntah2 kerajaan yang support,biaselah nak PRU 13 la katakan>saya cadangkan kerajaan bagi stesen tv luar buat siaran macam astro..barulah ada persaingan...kalau astro je,senang la dia nak naik harga..btol tak?..ape saya merepek ni..

21 December 2011

Hantu Gangster By Namewee




Sebelum ni saya dah review pasal Ombak rindu, Alvin Chipmunk dan lain-lain.hari ni saya nak review seseorang yang bernama Namewee. Sape yang tak kenal Namewee yang berjaya menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0, pelakon dan pengarah kontroversi, dia seorang yang hati kering jgak la…dia tak kisah apa orang nak kata..janaji mesejnye sampai..tak sampai beberapa bulan Nasi Lemak 2.0 ditayangkan..dah keluar filem baru plak..nak tahu ape nama filem terbaru dia…”FILEM HANTU GANGSTER”,bukan KL GANGSTER..Haaa itulah filem kedua yang sedang dijalankan pengambarannya.
Apa yang menarik, filem yang telah memilih Klang sebagai lokasi pertama penggambarannya itu telah mengumpulkan lebih ramai artis popular tempatan untuk melibatkan diri dalam filem ini.
Pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta iaitu DIANA DANIALE dan Farid Kamil turut sama menjadi tunjang utama filem yang masih mengekalkan konsep seperti mana Nasi Lemak 2.0.
"Kami berharap dapat melancarkan filem ini pada bulan Merdeka tahun hadapan, jadi kami benar-benar berharap Finas dan pihak berkuasa yang berkaitan akan memberikan kami lebih banyak sokongan kali ini.

20 December 2011

Buat filem Guna Telefon Pintar

17 Dis – Filem pertama yang dirakam menggunakan telefon bimbit pintar, "Olive" mendapat tarikh tayangan di pawagam di Los Angeles, Amerika Syarikat selama seminggu bermula 16 Disember 2011.

Dipetik daripada portal Digital Journal, "Olive" yang diarahkan oleh pengarah filem bebas, Hooman Khalili, telah dirakam menggunakan telefon bimbit pintar Nokia N8 yang telah dilekatkan kepada beberapa lensa filem 35mm.

Dalam satu temu bual bersama Los Angeles Times, Khalili menceritakan bahawa dia telah memadamkan keupayaan auto-zoom dan auto-focus bagi mendapatkan visi estetik yang diinginkan untuk filem ini.

"Kamera tersebut merasakan ia ketahui apa yang ingin difokuskan. Malangnya tidak," ujarnya.

"Olive" yang memakan kos perbelanjaan kurang daripada AS$500,000 (RM1.6 juta) telah dibiayai oleh bekas ketua pegawai privasi di Facebook, Chris Kelly selepas permohonan Khalili untuk mendapatkan biayaian daripada Nokia ditolak.

Pra-produksi filem ini bermula April tahun ini dan tempoh penggambaran telah mengambil masa lima minggu.

"Olive" yang turut dilakonkan oleh calon Anugerah Academy, Gene Rowlands, mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang mentransformasi kehidupan tiga orang tanpa berkata sepatah perkataan langsung.

19 December 2011

Tun Mahathir Nafi Minta Bantuan Bank Dunia


PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.

Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli hari ini yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.

"Saya nak tengok...Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.

"Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 26 peserta program realiti Adik-Adikku di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.

"Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain," katanya.

Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing baru-baru ini dilaporkan mendakwa Dr Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan.

Dr Mahathir kemudiannya mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan perkara itu.

Program realiti Adik-Adikku merupakan program Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mencari bakat si cilik dalam berdakwah. Episod akhir program itu akan diadakan pada Mac tahun depan dengan hanya lima orang peserta akan terpilih.

-- BERNAMA <

Abby Abadi bergambar bersama Ustaz Azhar Idrus

Insyallah malam ini saya nak buat review tentang kuliah maghrib
USTAZ AZHAR IDRUS
kala tak silap saya kuliah guna kitab Anak Kunci Syurga
sebelum saya buat review saya terjumpe gambar Abby Abadi kat Yahoo..
Alhamdulillah sejuk mata memandang bila nampak artis bertudung...
bukan mudah nampak artis-artis melayu Islam pakai tudung..
kalau nak tengok gambar lain boleh lihat kat web Beautifulnara..



cer tengok gambar kat atas ni..RAMAINYER ORANG...
tiada ruang dimasjid ini melainkan jemaah yang ingin mendengar kuliah UAI...
kaum Hawa tak kurang hebatnyer
ruang atas penuh dengan Muslimat yang hendak mendengar kuliah...
saya duduk kat belah kiri masjid..
kira-kira 50 meter dari tempat UAI bagi kuliah..

 beliau sambung bab Tauhid rububiyah dan tauhid Uluhiyah..
Penerangan beliau amat menarik minat para jemaah untuk mudah difahami... 
habis...

SBPA: Cuepacs akan berhimpun di JPA jika gagal bertemu PM

         Cuepacs sedang mempertimbangkan perhimpunan ‘protes’ di pekarangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya jika pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis ini berkenaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tidak menemui penyelesaian.

Perhimpunan itu dirancang untuk diadakan pada 27 Disember.Presiden Cuepacs Omar Osman berkata, perhimpunan itu bertujuan melahirkan perasaan tidak puas hati kakitangan awam berkenaan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

Rasa tidak puas hati itu dilihat sebagai yang pertama dalam sejarah Cuepacs — sebelum sesuatu sistem saraan baru dikuatkuasakan.

“Tengok dulu, jika pertemuan dengan Perdana Menteri pada 22 Disember ini tidak menemui hasil yang diharapkan, maka kami akan mengadakan perhimpunan selepas mesyuarat majlis kongres pada 27 Disember.

“Mesyuarat majlis am akan membuat pendirian akhir. Kami mahu JPA mendengar rintihan ahli-ahli Cuepacs mengenai SBPA, kita akan berhimpun di Blok C1 (bangunan JPA di Putrajaya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di akhir perhimpunan dan taklimat bantahan mengenai SBPA kepada sekitar 2,000 ahli jawatankuasa kesatuan gabungan Cuepacs di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini.

JPA mengeluarkan pekeliling pelaksanaan SBPA pada 7 Disember lalu bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Perhimpunan dan taklimat hari ini diadakan bagi menerangkan rasa tidak puas hati berkenaan kandungan SBPA.

Cuepacs mahu JPA menangguhkan urusan opsyen SBPA selain membatalkan dasar pemisah, yang salah satu tujuannya ialah menghentikan kakitangan yang gagal memperlihatkan prestasi yang baik.

Highlight goals Man City vs Arsenal 18/12/2011

inilah keputusan malam tadi....
hampa sume boleh tengok video kt bwh..

Man utd vs QPR
2      -      0

Liverpool vs Aston Villla 
2         -          0

Man City vs Arsenal
1       -       0

tme kasih kpd man utd yang menang....
hidup man utd...
peminat arsenal jangan bersedih...

18 December 2011

ARSENAL vs MAN CITY

Assalamalaikum semua readers sekalian
saya disini bukan bukan untuk berceramah,bukan untuk berdrama, bukan juga untuk bermadah..
tapi saya di sini nging membaritahu peminat BOLA SEPAK...
hari ni sy nak bagi info untuk perlawanan EPL..
malam ni ade match yang cukup penting bagi peminat 

ARSENAL vs MAN CITY..

satu pertemuan yang cukup menggerunkan buat arsenal...
saya pon tak dapat nak tek sape menang..tpi saya harap biarlah man city kalah..hahaha
bagilah chance arsenal menang...
nanti menangis plak peminat arsenal..huhuhu..
ok lah info utk match hari ialah :
Date: 18/12/2011
Time : 16,10 (12.10am,waktu malaysia)

ni match yang paling besar malam ni...
match yang lain taklah syok mne pon..

Kickoff : 18/12/2011
Time : 8.00 pm <waktu malaysia>

malam ni man utd konfem menang punyer...xpayah tengok pon xpe..hahaha
(peminat man utd..)


Kickoff ; 18/12/2011
Time : 11.05pm <waktu malaysia>

match ni susah nak cakap sape menang..both of them kuat belaka...
so kne la tengok sape menang..

17 December 2011

Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2

ni banner lame..


SERAMAI 100 penyair dan penyanyi lagu rakyat bakal memeriahkan Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2 di Pulau Pangkor pada 17 dan 18 Disember ini.
Pengarahnya, Mohamed Ghozali Abdul Rashid, berkata festival itu bakal menghimpunkan peserta dari Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.


“Penyair yang bakal mendeklamasikan puisi di Dataran Pangkor ialah Sasterawan Negara (SN), Prof Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah; Penerima Anugerah Penulisan SEA 1995 dan 2010, Suhaimi Muhammad dan Zaen Kasturi, selain penyair dari Brunei Darussalam, Zefri Ariff. “Persembahan lagu puisi dan rakyat disampaikan oleh Siso, Ramli Sarip, Roslan Madun dan Jiji, selain Aceh Pustaka Indatu, Setanggi Timur serta Langkat dari Indonesia; Wayang Gedek (Thailand) dan Grup Lagu Rakyat Orang Asli Tapah, Bah Loth,” katanya dalam kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini.

Mohamed Ghozali berkata, festival itu turut menampilkan tokoh akademik, media dan seni, iaitu Naib Canselor, Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU), Prof Datuk Dr Hashim Yaacob; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib; Pengarang Kumpulan BH/BM, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Datuk Rahim Razali.

“Sempena festival itu juga, kami turut menganjurkan Forum Penyair Sebagai Penyambung Suara Generasi di Dewan Puteri Bayu, Pulau Pangkor, pada 17 Disember yang menampilkan Prof Ahmad Kamal; Zefri, Rahman Shaari dan Zainal Ariffin Aka.

“Keesokannya pula Bicara Buku, Suara Pelaut karya Zambry AK juga diadakan di tempat sama yang menampilkan Prof Madya Dr Abdul Rahman Napiah; Prof Madya Dr Tatiana A Denisova; Prof Dr Sohaimi Aziz dan Mohamed Shahidan,” katanya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, akan merasmikan festival itu dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, akan menyempurnakannya.
Acara anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Yayasan Kampung Karyawan Malim (YKKM) itu, turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU); Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera Perak, Majlis Perbandaran Manjung dan International Council of Organisations of Folklore and Folk Arts (CIOFF Malaysia).

Kuliah Ustaz Azhar idrus di Bangi..

Insyallah malam ni saya akan berangkat ke daerah Bangi untuk pergi menimba ilmu..
sume family saya pergi ke sana untuk menimba ilmu bersama..
ade ape kat Bangi?


HAAA...bnde ni la yang saya nak cakap..
ustaz azhar akan menyampaikan kuliah di bangi...
So sape yang ade kat area Putrajaya, Kajang, Pucong, Kuala Lumpur
boleh la datang ke sana..kalau tak tau tempat 
guna GPS bro...hahaha
Mai kita pakat gi ramai2..mudah-mudahan kita dapat ilmu yang berguna...

Alvin and Chipmunks 3 dah ditayangkan..



Pengarah : 
Mike Mitchthell

barisan pelakon :
Jason Lee,David Cross, Matthew Gray Gubler, Anna Fariis dan macam-macam lagi..

Genre : 
KOMEDI

Durasi : 
1 jam 28 minit

Klasifikasi : 
SESUAI UNTUK TONTONAN UMUM...bukan 18 sx..

sINOPSIS :
Kisah bermula Apabila Chipmunks dan Chippettes bersuka ria melayari percutian di atas kapal layar yang mewah bersam apenjaga mereka.Semasa percutian tersebut depa pon main lah dalam kapal tu sampai puas kerana kapal tu direka khas untuk depa ni bermain..macam taman permainan la…tengah dok syok main-main berlaku lah satu tragidi yang membuatkan kapal mereka karam…bila dah karam chipmunk ngan penjaganya pon terpisah..chipmunk ni terdampar di suatu pulau ape ntah…kat pulau depa pon jumpa “makhluk” yang turu tterdampar kat pulau tu..maka bermula pengembaraan UPIN dan IIN..ehh salah la plak..depapon mula beraksi…except UPIN dan IPIN…

xder kaitn..


TRAILER
boleh search kat youtube ye...

Pemenang Program Realiti SOLEHAH



TV al-Hijrah tidak berakhir dengan Program Realiti Ustazah Pilihan sahaja. Program realiti SOLEHAH juga antara program realiti TV yang hangat di TV Alhijrah. Program ini yang menawarkan hadiah yang agak lumayan iaitu sebuah kereta proton Saga FLX SE menanti pemenang program ini. walaupun hadiahnyer tak selumayan hadiah Konsert AF dan Mentor,namun program ini amat popular.
bila la sy nk ade kereta..

SEbab ape popular?para peserta program ini ialah PEREMPUAN shaja….tu yang hot tu..sume lawa-lawa..TV Al-hijrah kata tujuan program ini untuk membuka ruang kepada wanita mencari dan menggilap bakat wanita yang berilmu….memamg btol tujuan die buat program macam ni….tapi yang tengok program bukan semuanye perempuan…laki pon tengok..So die akan menimbulkan fitnah terhadap wanita tersebut..setahu saya peserta yang masuk sumenye muda-muda belaka…SWEET 20…tak ade umor yang atas 25…lagi satu ada jgak peserta program ini yang dah bersuami…nanti akan menimbulkan masalah suami isteri bila ade sesuatu fitnah..ade jgak yang cakap “ niat saya masuk program ini sebenarnya baik iaitu untuk meniba ilmu pengetahuan dan menjadi penyampai ilmu ke[ada golongan wanita..maklumlah sekarang kurangnye pakar rujuk dalam kalangan WANITA”..
apa-apa pon program seperti ini WAJIB DIRUJUK kepada Alim Ulmak bukan ular dalam semak..setiap apa yang yang siarkan untuk tontonan umum akan disoal oleh Allah diakhirat kelak…kalau Ulamak beri lampu HIJAU..bagusla….boleh la buat untuk musim yang kedua ke ketiga dan seterusnya..
untuk makluman anda semua..program realiti SOLEHAH peringkat akhir telah diadakan malam tadi…pemenangnyer saya tak tau sape..sebab rumah saya tak ade saluran al-hijrah….pemenangnyer ialah ialah….????saya pon xtau ...

16 December 2011

Blog paling Ringan Di Malaysia

Salam 1 Malaysia..
hari ni saya nak Join GA from 



Syarat wajib n sunat ialah :
  • Mesti warganegara Malaysia bukan PATI..                     ~sy org Malaysia~
  • Wajib like Fan pages Izzah.               ~dah buat~
  • Wajib ade belog.              ~mesti la ade belog~
  • Wajib follow belog Izzah.               ~peminat awk ke 128~
  • Buat satu entry yang bertajuk 'Blog paling Ringan Di Malaysia' -TIDAK MAU BUAT PUN TAK PE-
  • Tag 1 orang blogger atau lebih..,tpi dieorg mesti tahu tau.. 
  • Beri Link blog awak atau link post dan letakkan link itu diruangan Komen..

     Owg yang saya nak tag tak ramai pon sikit jer..

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...