SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

15 December 2011

Jalan Runtuh Sepanjang 70 Meter



Belum habis lagi banjir di Kuantan..
dah kene jalan runtuh..
kesian orang kuantan..
mgkin disebabkan hujan yang lama kot..
sebab tu tanahnye mendap...
takpe..mintak Najib buat Jalan baru...
mesti dapat punyer..kan dah nak PRU 13..
kalau semua nak ape berita selanjutnyer..
Boleh baca DIBAWAH...
SELAMAT MEMBACA..(membaca itu amalan mulia)



KUANTAN – Aliran air bawah tanah punca utama Jalan Kuantan- Sungai Lembing di Seksyen 6 berhampiran sebuah stesen minyak berlaku runtuhan dan hakisan tanah, di sini semalam.

Runtuhan tanah sepanjang kira-kira 70 meter berlaku dalam kejadian jam 10 malam kelmarin bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tindakan pantas polis menyedari keadaan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Datuk Phang Tsu Ming berkata sebahagian kawasan jalan itu terpaksa di tutup untuk laluan pengguna jalan lain.

Menurutnya, faktor lain runtuhan tanah berlaku apabila hujan berterusan beberapa hari menyebabkan struktur di bawah jalan tersebut secara tiba-tiba menjadi mendap dan tidak kukuh.

“Syarikat minyak terbabit akan melantik perunding untuk menjalankan kajian mengenai tanah runtuh yang berlaku supaya pihak mereka dapat mencari jalan penyelesaian.

“Kajian ini penting kerana jalan itu masih lagi dalam Tempoh Kesan Utiliti dengan mencari kaedah terbaik untuk membina semula laluan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika lawatan di tempat kejadian, semalam.

Tsu Ming berkata, Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam proses pembinaan semula jalan itu kerana ia tidak termasuk dalam bajet naik taraf laluan Kuantan- Sungai Lembing.

Katanya, jalan itu diselenggarakan pihak terbabit kerana mengikut syarat pembinaan stesen minyak di kawasan itu harus membina susur keluar masuk kenderaan dari situ.

“Kajian harus dilakukan dengan kadar segera kerana laluan tersebut merupakan jalan utama penduduk sekitar Sungai Lembing ke Kuantan.

“Pembinaan semula jalan yang runtuh bermula setelah kajian mengenai struktur tanah dan kos sebaik sahaja perunding menyelesaikan tugas mereka,” katanya.

Beliau berkata, beberapa tanda amaran diletakkan di kedua-dua arah jalan tersebut bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Semasa kejadian, peniaga, Mohd. Che Wan berkata, dia terdengar bunyi dentuman kecil tidak jauh dari kedai makannya dan menyangka kemalangan jalan raya namun tiada kenderaan terlibat.


“Saya terkejut kerana ternampak sebatang tiang elektrik tiba-tiba senget lalu tumbang kemudian baru menyedari runtuhan tanah berlaku di situ.


“Kejadian ini merupakan pertama kali berlaku selama saya berniaga beberapa tahun di sini,” katanya.


Sementara itu, Yang, 30-an) menyedari tanah runtuh berlaku ketika dia memandu pulang ke rumahnya di Kampung Padang jam 10 malam dan bernasib baik kerana sempat mengelak daripada tanah runtuh tersebut.


Katanya, ketika itu tiada tanda amaran diletakkan namun seorang pegawai polis pantas bertindak mengawal lalu lintas supaya tiada kemalangan berlaku.



“Saya bernasib baik membawa kereta dengan perlahan ketika melalui jalan tersebut kerana kemalangan sering berlaku di situ menyebabkan saya sentiasa berhati-hati semasa menggunakan laluan ini,” katanya.

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...