SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

30 January 2011

Teka danMenang

Terima kasih kpd 
Adinda Nur kerana tagg saya
contest ni senang je..

kalau nak join sila klik

jawapan saya

RM 23.50

tagged :


Tahun baru Cina




Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Keputusan Rasmi PRK Dun Tenang

keputusan rasmi pilihanraya kecil dun tenang antara

PAS vs BN

dengan undian
BN- 6596
PAS- 2698
maka dengan ini SPR mengumumkan bahawa
BN menang 
dengan majoriti
3628
peratus keluar mengundi - 71.8%

nampaknya BN masih dapat mengekalkan kerusi dun tenang
sekarang ni kat tenang banjir..
so kerja yang pertama kene buat ialah melawat mangsa banjir..
kalau banjir depan mata pun tak nmpak..
habislah owang johor
buang masa je undi dia...haha
tapi selalu owang dah jadi YB ni semangat dia len ckit..haha
mestilah YB akan tolong mangsa banjir
termasuklah pengundi -pengundi PAS..
bila dah menang ni jangan pilih bulu pulak bila nak beri bantuan..
"RAyat didahulakan pencapaian diutamakan"

27 January 2011

3 akta berhubung penyebaran maklumat, Internet

Hari saya baca berita mengenai akta terbaru mengenai penyebaran maklumat dan internet.
 Seperti yang diberitahu Dato Seri Mohammad NAzri aziz kepada pemberita..


Akta ni merupakan satu langkah yang bijak jika dipandang dari sudut luaran.Dengan adanya akta ini
kerajaan dapat mengawal penyebabaran maklumat yang selalunya bercampur fitnah.
Kenapa akta baru digubal?adakah akta ini ingin melindungi seseorang?
sama sama la kita fikirkan.

Zaman sekarang masayrakat sudah mula mencari maklumat dan berita yang tepat dan sahih
di alam maya. Internet adalah medium yang paling ditakuti oleh orang-orang rasa dirinya bersalah
kerana takut kesalahannya didedahkan.
Siapakah orang yang bersalah itu?

Lu Pikir lah Sendiri...

untuk maklumat semua..
Internet Malaysia dikawal oleh MIMOS yang mana website tertentu sahaja 
boleh masuk dimalaysia..
kalo MIMOS nak block facebook pon xder masalah..
tapi kalo block FB owg malaysia la yang mengamok..
sebab owg malaysia adalah yang paling aktif di FB...
cuba kita fikirkann kesan jangka masa panjang untuk akta yang digubal
dari segi politik, ekonomi dan Pendidikan...
saya rasa yang paling banyak dari segi politik...
saya pon tak ulas panjang-panjang tkot SB datang rumah..
nak tau pasal akta terbaru leh klik di SINI


25 January 2011

Teka Teki Teka Tekuk

Hari ni tgh dok mngesearch...
terjumpa satu teka teki...
snang jer teka teki ni..
tak perlu fikir, hanya tengok sahaja...
soalan-soalannya adalah

1. Can you find hidden man?


klik di SINI untuk jawapan

2. Watch the outer ring. Does it seem to move up and down?


The Answer is.....You can Find on your Own...
Bye...

24 January 2011

Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia


Sememangnya sudah kita ketahui bahawa jaguh negara kita, 
Lee Cong Wei merupakan jaguh yang bersemngat kental 
walaupun tekanan yang dihadapinya untuk bergelar juara.
setinggi pengahargaan kepada atlet kita yang bertungkus lumus mempertahankan kemenangan
di tempat sendiri.


Kejuaran terbuka Malaysia merupakan kejuaraan yang ke tujuh.
wahh..itu satu pencapaian yang membanggakan negara kita.
Pemain no satu negara ini berhasrat akan memburu tiga kejuaraan pada tahun ini.
Diharap beliau dapat berusaha bersungguh demi mencapai hasratnya 
seterusnya mengharumkan nama negara di persada dunia.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

untuk berita selanjutnya sila berkunjung ke web Bernama

23 January 2011

Sedapkah Maksiat?

bila saya berikan tajuk yang begitu pelik. saya pon pelik bila buat tajuk seperti itu. itulah yang bermain difikiran yang mana perkara ini yang perlu dijauhkan. Adakah maksiat itu boleh dirasa? sudah tentu tidak boleh, jadi bagaimana yang dikatakan maksiat itu sedap atau lazat.

kita akan merasa kelazatan maksiat itu bila kita hilang pertimbangan dengan Allah kerana didorong oleh hawa nafsu dan pengaruh kuat syaitan. sebab apa kita hilang pertimbangan, mungkin disebabkan ketaatan kita sudah tidak wujud lagi denganNYA. itu yang menyebabkan maksiat menjadi lazat.

hawa nafsu ni merupakan satu benda yang cenderung kepada kejahatan hinggakan disoal berkali-kali barulah mengaku bahawa Allah itu tuhannya. setiap manusia Allah memberinya Nafsu kerana Allah Maha Mengetahui kehendak HambanNYa. Nasfu itu saling berkaitrapat dengan akal supaya dapat berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Akal pula mesti berpandukan al-quran dan sunnah supaya tidak lari dari landasan. barulah maksiat yang dikatakan lazat dapat dijauhkan.

Apabila kita buat maksiat kita kena fikir sebab apa kita buat?adakah ia salah?. kadang-kadang kita buat tak tau saja sebab malas nak fikir. Masa saya sekolah dulu, seorang senior pernah cakap " kalau nak buat maksiat, ingat akan mati. konfom tak nak buat. Allah juga berfirman "dan tidakkah aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan beribadah kepadaku". Ayat ni mengingatkan kita tujuan hidup di dunia.

Oleh itu pencegahan perlu dilakukan bermula dari sekarang. dari mana kita nak cegah?kita cegah bermula dari diri kita sendiri suapaya diri kita ni menjadi hamba yang tahu guna nikmat Allah di tempat yang betul.
Sambil kita  memersihkan diri kita,  kita tegur pula rakan-rakan kita dengan cara yang berhikmah.
Allah berfrman :  dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”(Ali-Imran: 104 )


sekian sahaja perkongsian say pada hari ni..jika ada kesalahan dalam entri saya, sila tegur...
 

Pemasangan Beg Udara di kereta

Cerita terbaru berkenaan kereta nasional yang kini masih mencari tempat dalam pasaran negara. apabila kita kita baca berita dibawah ini, kita boleh fikir apa matlamat yang hendak dicapai oleh kementerian Pengangkutan. Pelbagai insiden kemalangan sedang berlaku di negara kita menyebabkan kerajaan perlu cari inisiatif lain supaya kadar kemalangan di negara kita berkurangan walaupun cara itu memerlukan kos yang tinggi. bila kerajaan sudah putuskan supaya memasang beg udara, ramai pihak yang akan mendapat kesan yang teruk terutama pembeli kereta. kemungkinan harga kereta akan meningkat. produa la yang paling syok kerana dapat untung lebih. lebih-lebih lagi jika kerajaan beri subsidi katt Produa. untuk lebih lanjut sila baca berita dibawah..

Beg udara: Perodua minta tempoh

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) meminta suatu tempoh kepada kerajaan sebelum melaksanakan pemasangan beg udara pada kenderaannya.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, ia bagi membolehkan pihaknya menjalankan kajian secara terperinci khususnya dari segi teknikal dan kos pemasangan.
Sambil menyatakan sokongan penuh terhadap langkah kerajaan itu, beliau berkata, kajian itu perlu terutama bagi model kereta yang berharga rendah iaitu di bawah RM30,000.
"Kita minta sedikit masa untuk menjayakan perancangan itu kerana perlu meneliti beberapa aspek seperti pemasangan terutama bagi kereta murah.
"Ini kerana pemasangan beg udara bagi sesebuah kenderaan melibatkan kos yang tinggi iaitu antara RM1,000 hingga RM3,000," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai arahan Kementerian Pengangkutan yang mewajibkan semua kenderaan termasuk kereta nasional memasang beg udara mulai tahun depan.

22 January 2011

Koleksi Gambar Sponge Bob

ni muke cam innocent...
ni muke seram + lawak

ni muka style ckit.ade gaya cikgu


ni muka romantik macam romeo..

Zaquan Adha bernikah

soklan cepuperak-cuba teka mana satu Zaquan adha?


Hero kebangsaan kita Zaquan Adha telah selamat bernikah dengan Ayu Raudhah Abu Bakar. sedap nama bininya. majlis tu berlansung pada 3.45 petang di Aloq setar, Kedah. owh..dapat orang kedah. Jodoh mereka telah ditakdirkan Allah. Macamana dengan jodah saya nanti. umor sekarang ni patut dah kawin. tapi buat camne.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini sudah 
tiba... saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih 
daripada bermain bola sepak. 

"Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat," 
kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai 
upacara akad nikah di sini hari ini. 
Hadir sama ibu bapa Mohd Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak 
Salleh, 61.



Kalau kita nak mesti kne ade ongkosnya. kalau tak macamana nak sar bini nanti. so saya kne la cari ilmu untuk dapat kerja.ehhhh silap..saya memang akan dapt kerja bila saya habis balaja. tak payah susah-susah cari kerja. 

Konvensyen HPA 2010

bermulalah konvensyen HPA yang terbesar di malaysia.
HPA merupakan syrikat Melayu sepenuhnya dan sekarang ni beroperasi di 
ShahAlam.
HPA akan mengadakan Konvensyen ni berdasarkan butiran dibawah

Tarikh : 05 Februari 2011
Hari : Sabtu
Tempat : PICC, putrajaya.
Tiket : RM 50<kalo xsilap>



sapa-sapa yang nak datang boleh la...
unutk keterangan lanjut sila pi web HPA

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

HIDUP HPA..
sape nak jadi ahli boleh contact saya...hehe


Jadilah Otak Besar Jiwa Kecik

hari ni saya nak berkongsi satu ilmu
yang saya dpat dari lectre pada minggu lepas..

ape yang anda faham tentang

OTAK KECIK JIWA BESAR(OKJB)
and
OTAK BESAR JIWA KECIK(OBJK)

saya pon fikir per maksud istilah ni..
punyer la mencari jawapan..
akhirnyer lecture bagi jawapan..

OKJB -orang yang tiada pandangan yang bernas dan hanya tahu komen jer...
contohnyer cam kita tengok owg maen bola..
bila pasukan tu shot bola tapi tak gol..
kita kata : aper la tak leh goal..goalkeeper dh takder pon xleh boh gol.
kalau aku sepak mesti dah goal.




OBJK - orang yang menganalisis perkara yang dia lihat
 dan memberikan cadangan yang bernas.

contohnyer cam kita tengok owg maen bola..
bila pasukan tu tak shot bola..
kita kata : macamana boleh tak gol. mungkin jika dia passing kat kwan dia mesti gol.
kalo aku sepak pon blum tentu gol.




jadi mana yang lebih baik. jadi OKJB ker OBJK ? sama-sama lah kita fikir
tapi lecture kata jadilah OBJK...haha

21 January 2011

Manuskrip Al-Quran

Al-Quran merupakan kalam Allah yang ditiurunkan kepada Nabi MUhammad Melalui malaikat Jibril dan membacanya itu sebagai ibadah. itulah maksud Al-Quran dari segi istilah. Al-Quran adalah panduan yang utama bagi umat Islam di seluruh dunia. Kita wajib beriman kepada kitab kerana ia sebahagian dari rukun iman dan apabila kita menafikannya Al-Quran walaupon sepotong ayat, maka imannya akan terbatal. 
Al-Quran mempunyai 114 surah jika mengikut pendapat ijmak. terdapat 2 pendapat tentang bilangan ayat Al-Quran. Menurut Ulama' Basrah bilangan ayat al-quran mempunyai 6666 manakala ulama' kufah mengatakan bilangan ayat al-quran mempunyai 6236. 
itulah sebahagian serba sedikit pengenalan al-quran yang saya ingat.sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi saya akan tulis dalam entri yang lain plak.jadi per kaitannya dengan berita dibawah ni. Jadikan al-quran sebagai panduan /penunjuk arah kepada kita supaya kita tidak lari dari tujuan hidup kita yang sebenar iaitu dalam firman Allah Taala :
 "dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu"
*p/s - antara penawar bagi hati ialah membaca al-Quran dengan maknanya.kalau boleh mengangis ketika baca al-Quran lagi bagus, kalau tak boleh buat-buatlah menangis.

20 January 2011

DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011

bila tengok gmabar dairy
rse cam nk jer...
so sy pon nk join la...
Tarikh tutup : 27Jan 2011
kalau nak join leh la pi CiNI

Tagged

"GA:: ole-ole dari Semporna"


sapa2 nak join..silakan
TARIKH TUTUP 29 JAN 2011
untuk join sila klik di sini

-tagged-

First GiveAway TOPUP by Far




Syarat-syaratnya...
  • Tajuk entri mestilah "First GiveAway TOPUP by Far"..
saya dah buat dah......
dh follow anda yg ke 98...
follower cahaya ke 90
  • Letak banner kat atas ni dalam entri anda dan linkkan ke entri ni.
  • Tag sekurang-kurangnya  seorang rakan blogger anda dan pastikan mereka yang ditag tau anda telah meng-tag mereka. Sila link sekali blog rakan anda yang ditag dalam entri anda!!

  • Tinggalkan komen anda di entri ini sahaja.. Jangan lupa sertakan sekali ID FOLLOWER anda ya!
Tarikh tutup : 20.02.2011 tepat pukul 7.50 pagi.

19 January 2011

Tutorial TITAS



Esok bermula lah pembentangan tutorial saya
yang pertama di sem 1..
tutorial TITAS.
saya rasa semua yang masuk pon tahu kot ape tu TITAS.
(tamadun islam dan tamadun Asia) 
saya bergandingan ngan kawan saya iaitu 

HASIF AL KALANTANI

teaM saya mendapat giliran yang ke 2 untuk 
buat tutorial..
kitaorang dapat tajuk Konsep Tamadun Islam..
nmpak cam senang jer tajuk ni..
tapi sebenarnyer susah kalau tak ngaji..
bila nk bentang ni kita kne prepare banyak bnde..
kne buat tu la..ni la..
tu blom lagi orang tanyer soalan...
lenguh nak menjawabnyer..
saya ni suka buat keje last minit..
esok nak bentang hari ni baru cari bahan...
so, kawan2 Don't try this at Campus..
haha..


saya lupe nak bagi tau 
hari ni ari jadi kawan saya yang bernme 
SOLIHIN
umor 20 tahon, masih single...
semoga azam anda akan tercapai..
murah rezeki..


18 January 2011

BERAPA JUMLAH KAMBING

pagi tadi bukak blog..
tgk lah cbox.. kot2 ade owg tagged ker.....
rupenyer xder..
TAPI 
ader owg ajak join contest...
aper lagi..
saya nk join gak lah...

contest ni senang jer...
ia memerlukan konsep 3M<membaca, menulis , mengira>


soalannyer senang jer..kita kne teka berapa jumlah kambing
yang kejap kejap xder dalam gambar ni...


JAWAPAN SAYA:
15
17

TAg 3 orang-hensem dan lawa(hehe)



dan saper 2 la yg tgk contest ni...HAHA


Syarat-syaratnyer... leh klik DISINI


16 January 2011

Normala Sudirman calon PAS di Tenang


LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku
Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
sumber: web prk dun tenang.

14 January 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U'


1. BELAJAR MANE?JURUSAN ?TAHUN?

-belajar di Intitut pendidikan guru kampus sultan abdul halim sg. petani. kedah.
-ambil jurusan pendidikan islam sekolah rendah.
-tahun 1

ASAL MANA?UMOR?

-asal owg selanjur
-20 tahun 
KENAPA AMIK JURUSAN ITU?

nak bantu anak didik supaya hidup lebih bermadun.

CITA-CITA...PEEWWITTT..

mesti la cikgu.habis belaja terus posting.xpayah susah cari keje.

sape nk join boleh
tapi 
khas tok budak universiti jer..

MIC Berbincang dengan Kementerian Pelajaran

Hari ni kita dengar lagi cerita novel interlok yang tiada berkesudahan. novel yang kontrovesi di malaysia ni memang perlu penelitian yang tepat tidak menyinggung mana pihak kerana kita negara 1 malaysia..haha. isu ni adalah isu yang sensitive bagi mana-mana kaum.


MIC NAMES PANEL TO DISCUSS 'INTERLOK' WITH EDUCATION MINISTRY

KUALA LUMPUR, Jan 13 (Bernama) -- The MIC has proposed a five-man panel to discuss with the education ministry to bring an end to sensitive issues raised in the Malay literature novel, ''Interlok''.
They are Hindu Sangam president R. S. Mohan Shan, former head of University Malaya''s Indian Studies Department Dr S. Singaravelu, current head Associate Professor Dr S. Kumaran, MIC education bureau chairman Datuk Dr T. Marimuthu and former education ministry official G. Krishnabagwan.
In a statement today, MIC president Datuk G. Palanivel said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had requested the party to take the lead in forming the panel.
"The five panelists will sit with officials of the Ministry of Education to review the sensitive contents of the book," he said.
Palanivel said MIC would formally submit the names to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is also education minister.
Previously, the party had stated that changes should be made to the novel before it was used as a literature textbook by form five students this year.
The MIC had said that the caste system mentioned in the novel was sensitive to Indians and would not meet objectives with its usage. ''Interlok'', written by National Laureate Abdullah Hussain, is based on the integration of the Malays, Chinese and Indians from early 1900 until Merdeka.
-- BERNAMA
SHS AR GR

13 January 2011

cerita Novel Interlok

Dunia sekarang macam berlaku...
kat m'sia pon sme..
tapi nak buat camne..adatlah ada masalah...
nak tau per masalhnyer..?
masalah 

NOVEL INTERLOK

kalo kita tgk perkara ni cam kecik je..
tapi implikasinya sangat besar kepada negara.
masa saya sekolah menengah dulu 
kene bace novel bukit kepong..
syok jugak novel tu..
tapi saya tak pernah baca novel tu sampai habis...
cuma baca nota sahaja..

berikut adalah serba sedikit petikan tentang Novel Interlok...
baca jangan tak baca..




"
Interlok adalah sebuah karya sastera bermutu yang mengambil latar masa sekitar 1910 sehingga 1957 dan ia tidak sewajarnya menjadi mangsa politik perkauman di tanah air. 

Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI) menegaskan, novel itu adalah satu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen. Ia adalah rakaman realiti semasa yang cukup baik, mengenai masyarakat Malaysia waktu itu iaitu zaman pra merdeka dan ia sangat sesuai dijadikan teks sekolah. 

Presidennya, Dinsman berkata, dengan menjadikan novel tersebut sebagai teks sekolah, para pelajar boleh mempelajari dan memahami asal usul terbentuknya masyarakat Malaysia seperti komposisinya hari ini.     

Menurut beliau, oleh itu novel tersebut seperti juga novel-novel lain sepatutnya hendaklah dilihat sebagai sebuah karya seni, bukan sebagai bahan atau alat politik. "

12 January 2011

AirAsia terbabas di Kuching



bila kita dengar tajuk berita ni..
semua orang jadi takut..
terutama orang yang naik flight hari2...
mesti orang tu banyak duet kan...
yela mne xnyer naik flight pagi
lpas tu malm balik semula ke sini..
kalau camtu kaya la airasia..
orang naik plak bankrap..

airasia merupakan kapal terbang tambang murah..
untuk makluman tuan dan puan..
setakat saya hidup ni tak pernah lagi la naik kapal terbang..
tapi kapal terbang mainan penah..
HAHA


xper, satu hari saya akan naik jgak cume tak tau ble..

bila dengar accident ni..
saper yang salah?
pilot ker kapal terbang?
kita boleh buat andaian kita tapi andaian kita perlu berpandukan
kajian..barulah andaian kita btol..

kalo nak tau lebih lanjut tentang kejadian ni..sila klik di sini

11 January 2011

Lee Chong Wei Beraksi Tanpa Sifu

SiapakAh yanG berAksI tnpA siFu?????
nak teKA saPer..k\kaLau beTul sayA bagi tePukAn..
kamu seMua mEsti taK tau kan saPer dia...
yAng sAya makSudkan ialah 

LEE CHONG WEI



diA ni nk ada titlE datuk..
bukan Sebab ade cUcU tapi 
suMbangan diA terHadAp negaRa kita Malaysia yang tercINtA..
inilaha peMAin no. 1 dUnia tau bukan no.1 malaysia...



tAhun ni dia Akan beraksi Di keJohAnan taNpa sifUnyer 
iaitU 
MisBun Sidek, juru latih Badminton


yang dulu adalah pemAin KebanGsaan yaNg pernAh meNcIpta 
Kemengan..
coach dia seOrang yAng berJiwa kenTal
gigIh memErah ilMu yaNg ada Untuk Anak bUAhnya..
waLaupun misbun dah Letak jawatan..
harapan saya Supaya dapat Jurulatih Yang lebih baik 
agar suKAn ini tidaK jatuh DitelAn zamAn...


10 January 2011

KAMI BLOGGER BARU

selamat petang semua=)

saya nak join segmen boleh dikatakan baru di buat..

segmen



SEGMEN ni tellah dianjurkan oleh Amzar

syarat-syaratnyer :

1) WAJIB kurang 250 follower
2) Copy header.
3) Tajuk post ' Segmen kami blogger baru ! '
4) Tag 3 rakan blog anda yang masih baru dalam dunia blog
5) Tag 1 blog yang korang mesti buka setiap hari
6) Link kan post ni ke amzar.
7) Done !!

tok sokLAn 5 tu..


this is my classmAte blog....hahaha

tAg 3 rakan 

salikyn sobri

ciK AdilA

mUmu

saper2 yg tgk post sy leh la join....
sblm join bace dlu syarat2...

Follower ke 155

HAri ni Saya buat entri tentang 
My peNgiKut SetIa 
yG 
155


saPe la yg BertUah menJadi 
PenGikut sEtiA saYA 
cAlon-calOnnya adAlah


seorang perempuan..
mempunyai blog yg cantik berbackgroundkan gmbar harrry porter..
mempunyai pakwe yang heNsem la...<boleh La than>

gmbar atas ni ialah header blog beliau....
blog beliau ni seMpoI jer...
entri terBaru beliau tentang saJak...
kalau nk nk bca klik sini
tu jer la yang mampu saya citer....
terima kasih kerana menjadi follower saya yang berTuah...


09 January 2011

Bloglarian

salam....tgh syok berjalan-jalan blog kawan
ternampak satu banner tentang bloglarian.....
kat blog tEntang Aku
so hari ni saya nak post tentang bende ni la hahaha..
saya dh tengok tu...ramai gler kawan-kawan blogger...
ape saya pon nk join la skaki...



1)  Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/

2)  Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

...blog adalah sebagai satu media elektronik yang boleh kita bertukar-tukar pendapat, dapat memberi teguran dan nasihat yang membina untuk kebaikan diri sendiri.selain itu dapat cari duet lebih..
hahaha


3)  Follow  Bloglarian
dah fOLLOW

4)  Tag 3 orang atau lebih rakan
dier soh taG 3 owg jer...
tapi sY nk taGG lebih ckit la...hahaha

eZat miL0

nur FazilA

kElipEmass

yAtie

bdak kelas P1J.....espesially pempuan...

... dan yg lain aku x tag tu pun boleh jgk join blogLarian nie, jom reramai join kay. alahai dah sangap lor nak sleep dulu hehe nite all, jgn lupa baca doa. assalamualaikum (^_~)v

08 January 2011

1'st CONTEST .. 200 days ANNIVERSARY

1'st coNteSt ....
ni Kali peTama Saya jOin Contest..
huh SelAma Sya berBlogger taK peNah 
jOin ape-aPe ConTest...
papePon conTest ni dibUat olEH 
GA ni seMpenA UlangHAri ke 200 percIntaaN dIa berSame TrsYg..
inGatkan Owang kawIn jer adEr Ulangtahun..
oWg becInta pon ade ULangtahun..
maCam la skaraNG ni..
paPEpon cePat la Kawin yer...


ni la Dier NadiA yg kiUt tu berSamA siDia..

Dier ader Bgi SokLAn..
so sAya Jawab...

1. 17
2. 18
3.19


maKa denGan itU sayA pon mngEtag Orang..
saPe la YG BertUah tu..

sY nK tAg




kLIK DisIni Untuk CoNtest Ni...

06 January 2011

Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

KUALA LUMPUR 6 Jan – Majlis Peguam Malaysia  hari ini mengulangi gesaannya supaya kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung punca kematian Teoh Beng Hock.
Presidennya, Ragunath Kesavan berkata, suruhanjaya itu perlu diberi ruang yang luas bagi menyiasat situasi dan punca kematian setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu, serta menyemak soal siasat dan teknik yang digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kedua-dua aspek ini saling berkait dan tidak boleh dianalisis secara berasingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Semalam, Mahkamah Koroner menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh pada 2009.
Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mendengar inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh mulai 29 Julai 2009, turut memutuskan bahawa tidak ada penglibatan pihak ketiga dalam kes itu.
Teoh ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.
Ragunath berkata, kerumitan kes tersebut memerlukan penelitian holistik dan menyeluruh semua fakta yang relevan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Beliau menyambut baik laporan bahawa kerajaan dijangka mengumumkan penubuhan suruhanjaya berkenaan.
credit to selangor

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...