SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

27 January 2012

Tahniah ADUN Sijangkang


TAHNIAH???untuk sape ek?Tahniah ni ditujukan khas buat wakil rakyat tempat saya...

Siape dia?
YB Dr. Ahmad Yunus b. Haji Hairi ADUN Sijangkang N51...


Sebab Ape?
Sebab dapat Jadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor atau orang panggil EXCO...
beliau telah angkat sumpah pada 18 Januari yang lalu..

Portfolio yang dipegang?
Portfolio Belia dan Sukan...portfolio ni senang jer..peruntukan pon tak banyak...kalo portfolio yang Dr. Hasan Ali pegang tu peruntukan banyak...yang saya tahu MB Selangor pegang portfolio Agama...bile dengar nak tergelak pon ade..hehehe..nanti akan menyusul entri khas buat MB selangor..

Latarbelakang?
Rumahnyer dekat jer ngn rumah saya...Taman Perwira,Sijangkang
Beliau ade Ssebuah Klinik dan Farmasi di Taman tersebut...
Selain tu...Ade pusat Dialisis di Jalan masuk Bt. 8 Sijangkang..
Isteri Seorang Guru di sekolah berdekatan situ jer...

Bank Susu Diharamkan


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penubuhan Bank Susu adalah haram dengan hujah bahawa boleh berlaku percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.

Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.

Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.

“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

22 January 2012

Sombong bukan Sifat Seorang Muslim

Assamalaikum kawan2 sekalian...sudah lama saya tidak buat new enrtri...Insyallah disempatan yang ada ini saya buat entri ni khas untuk tuan2 dan puan2 serta untuk diri saya sendiri...hari ni saya bukan nak cerita keburukan orang..tapi nak kongsi seciput ilmu yang diberikan oleh Allah tentang SOMBONG...Sombong merupakan satu penyakit yang berbahaya jika tidak dirawat. walaupun ia bukan satu penyakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan...penyakit ini menyebabkan ia merebak kedalam hati(qalbu)...saya rasa sume orang tahu kan apeitu SOMBONG..saya tak nak la hurai panjang2..macamane kita nak tahu diri kita ni sombong ke tak..?mesti ade simptom2 yang berlaku untuk mengetahui wujudnye penyakit ni..moh kite tengok ape simptomnye..


Tanda-Tanda Sifat Sombong (Takabbur)

  • Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
  • Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
  • Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
  • Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W, "Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Sunan Abi Daud dan At Tirmizi).
  • Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain.


MasyaAllah kebanyakan tanda2 sombong ni ade kat dalam diri saya...
."Ya Allah,hambaMu memohon ampun dan minta Kau hilangkan sifat sombong dalam diriku ini...."
Adakah kamu semua mempunyai tanda2 penyakit ini..jika tiada..Alhamdulillah dan berdoa agar penyakit ini tidak terbuku di hati...jika ada..sama2lah kita mohon keampunan dari Allah...semoga permohonan kita diterima oleh Allah..sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha mengasihani...

19 January 2012

KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS DI LEMBAH KELANG

PENGUMUMAN !!!!

PENCERAMAH TERKENAL DATANG KE TEMPAT ANDA...
USTAZ AZHAR IDRUS TURUN KE LEMBAH KELANG...



TARIKH : 28/1/2012
HARI : SABTU
TEMPAT : MASJID AR-RIDUAN ULU KELANG SELANGOR


TARIKH : 29/1/2012
HARI : SABTU
TEMPAT : MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus
SINI

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!!!


"Kejar lah majlis-majlis ilmu kerana ia sebahagian dari taman-taman suyrga"

18 January 2012

Hepy Besday Wahai Adikku

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Allah masih lagi diberi nyawa untuk menghirup udaraNya yang segar...
saya harap para blogger dapat bersyukur kepadaNya sebab dapat hidup lagi hari ini..
biarlah kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur..
Kenape ade gmbar kek kat bawah ni???


HAri ni merupaka Hari Lahir Adikku yang ke- 4...
Hari ni umur dia dah masuk ke 13 tahun...

SANAH HELWAH!
SANAH HELWAH!
HEPI BESDAY!
HEPI BESDAY!

Jadilah insan yang baik.....Kalau Ibu Suruh wat keje tu kne buat cepat...
Jangan asyik nak tengok TV je..
Adik saya sekarang belajar di Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST)
di Subang Jaya...
Abang xder hadiah la..elaun xmasuk lagi...hahaha 

A. Samad Said dan BERSIH


Assalamualaikum blogger yang saya kasihi sekalian...
rasanyer dah lama saya tak update new entry kat blog saya...
awal-awal tahun ni saya sibuk ckit dengan society...so kadang-kadang saya tak dapat nak luangkan masa untuk update blog saya..
tu yang berhabuk blog saya..trpaksa lah upah tukang kebun untuk bersihkan..hahaha
entri saya pasal A. Samad Said..
saya rasa sume dah kenal kot sape dia...
beliau merupakan tokoh sasterawan negara kita...
kalau kita tengok dia..kita akan fikir 2 kali..betui ka dia ni sasterawan negara..
keterampilan diri beliau cukup sederhana...
saya ada berikan sedikit informasi tentang beliau...

PROFIL RINGKAS

Nama: Datuk Abdul Samad Muhammad Said. 
Nama Pena: A Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jami Kelana. 
Tarikh/Tempat Lahir: Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. 
Pendidikan: Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution sehngga Senior Cambridge, 1956). 
 Kerjaya: Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian. 
Anugerah: Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (19850, Sasterawan Nusantara (1999). 
Karya: Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan

11 January 2012

Sori!! Saya dah Letih

salam semua...
dh bpe minggu saya tak update blog...
sekarang ni saya tak dapat meeupdate blog selalu...
sebab internet cm siput...
knape sejak balik ke kampus ni rasa letih je...
bila lectre masuk je...mula la menguap...
mugkin amalan terlajak tidur pada aktu pagi tu yang dibuat semasa cuti tu tak hilang lagi kot...
boleh tak blogger-blogger yang budiman,baikhati,hensem,cantik,lawa beri TIP-TIPS yang berguna untuk menghilangkan rasa letih...

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...