SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

28 September 2011

Permohonan KPLI-SR J-Qaf Ambilan Januari 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru sekali lagi mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam serta memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pelajaran Malaysia.




utk maklumat lanjut mengani program ini...sila lawati laman web berkenaan....atau klik di gmbar aplikasi dalam talian di atas...

27 September 2011

Ais Kacang Kak Cik


wah besarnyer ais kacang....
orang kedah kata ais kacang tpi kt KL panggil ABC
sedikit maklumat pasal ais kacang :
nama : Tu dia Ais Kacang Kak Cik
tinggi : lebih kurang tinggi botol mineral 500ml....
rasa: sedap hingga menjilat jari...
buatan : orang melayu
tempat dijual : Pantai Merdeka, Kedah
harga : RM 500.00 - 200.00..lpas tu bahagi 60..haaa itulah jawapanyer...<kira tau>

setakat tu jer kot review ais kacang Kak Cik yang sedap tu...
terima kasih kd Muhd Irfan & Kuddin yang sudi menemani ku....hahaha
saya sarankan mkan secara berjemaah...bkan ape,tkot tak abis...
ade orang order 1 untuk die sorang jer....
last skali tak abis...
kan dah membazir....

Dipukul kerana Sampah



JITRA - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal di sini mendakwa dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis hanya disebabkan tegurannya ke atas salah seorang lelaki terbabit yang tidak membuang sampah ke dalam tong di Taman Bahagia, Kodiang dekat sini Sabtu lalu.
Mangsa, Mohd. Ridzuan Mohd. Noor, 23, memberitahu, kejadian berlaku ketika dia membuat kerja pembersihan di taman perumahan tersebut sebelum didatangi salah seorang lelaki yang membuang sampah di luar tong.
Katanya, dia kemudian meminta lelaki berusia awal 50-an itu membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, namun sebaliknya dia diherdik dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu.
"Lelaki itu menengking dengan berkata, hang siapa, dan saya memberitahu saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut.
"Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.
Tambahnya, lelaki terbabit yang berpakaian preman kemudian berlalu, namun datang semula ke kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian bersama empat lagi rakannya.
"Setiba di situ mereka mengepak tangan dan menendang saya sehingga jatuh. Mereka kemudian menggari tangan saya. Selepas itu mereka menyepak muka, perut dan belakang badan," dakwanya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan digari.
Mohd. Ridzuan memberitahu, dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kodiang sebelum sekali lagi dibelasah oleh mereka dan selepas itu mengurungnya di dalam lokap.

J0m Join bl0Glist JiwaroSak.Com







Hari ni saya join Bloglist Jiwarosak.com
kepada sesiapa yang nak juin bloglist ni senang jeww..

1. letakkan tajuk seperti diatas
dh letak
2. letakkan gambar seperti diatas..
pon dh letak..
3. letak links http://jiwarosak.com/ dalam entry tersebut
merata saya letak..
4. apa komen anda tentang blog jiwarosak.com
sempoi...tpi terbaek<boboiboy>
5. tag 3 orang blogger ( tambah traffic/backlink rakan2 anda)
x tau nk tagged sape....
sape bce entry ni wajib wat tau..hahaha..

26 September 2011

Perang Saraf Bermula

Pejak akhir-akhir ni, isu HUDUD merupakan isu yang sensasi di semua media tidak kira media elektronik atau media cetak. sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan, saya rasa bertanggungjawab untuk memberi sedikit pendapat menganai isu ni.

Perkara bukan perkara yang baru di media..tetapi perkara yang mana pihak yang menimbulkan sengaja untuk  mengmbil alih perhatian terhadap isu-isu lain yang berkaitan dengan "mereka". Siapa mereka itu???fikir-fikirlah sendiri. saya rasa kamu semua boleh membuat tanggapan sendiri..

ni antara gmbar yang menghina hukum hudud....ingatlah
Allah melihat apa yang kamu lakukan.


Apabila dibangkitkan isu ini, ia adalah satu startegi untuk melemahkan pihak lawan. kalau dalam istilah politik ialah "PERANG SARAF". strategi ini yang paling popular dalam apa jua parti sebagai langkah untuk melemahkan pihak lawan. mereka membuat isu untuk mencari pandangan yang berbeza dengan padangan mereka. kemudian mereka akan membandingkan statement dengan statement orang lain..

Kalau nak hurai bab hudud ni panjang sangat samapai xterhurai. tapi saya bkan la pandai pon dlm bab ni..reti la cikit-cikit..di malaysia ni ramai ulamak yang pandai, kamu boleh tanya mereka. pandangan ulamak ni berdasarkan al-quran dan al-sunnah...lagipon ulamak kan pewaris nabi-nabi..

Persoalan Banner

walaupun piliharaya telah berlalu sekian lama,namun saya ingin meluahkan rasa hati saya yang selama ini di simpan di dalam hati. kalau kita keluar berjalan-jalan kita akan pandang sesuatu di tepi jalan. benda yang selalu dipandang dipandang oleh manusia ialah BANNER. orang malaysia memang suka membaca terutama apabila berhenti di trafik light. kalau ade banner ke bunting mesti nak baca. sebab ape mereka suka baca???mungkin sebab ade masa terluang...tu pasai la depa baca...hahaha...alamak tertubik la loghat kedah...


tapi BANNER yang saya nk cerita di sini ialah banner yang ada gambar MUKE ORANG. orang yang aku kisah disini ialah orang AHLI POLITIK. xtau la kenapa saya tak suka. mugkin disebabkan terlalu banyak banner gambar muka dier buat rasa loya tekak.. kalau time pilihanraya ak tak kisah pasal sebab nak kenal wakil rakyat ayng akan dipilih. Bila dah menang, setiap banner ada gmbar wakil rakyat...kalau setakat setahun lpas piliharaya boh gmbr "orang besar" kt banner boleh tahan lagi..tapi lpas tu xyah dok nak letak gmbar dier lagi...naik cemuih saya tengok. tak kan la rakyat xkenal kot pemimpin mereka..

cer bayang kalau ade 10 banner program yang berbeza tetapi gambar yang sama...
adakah anda rasa seronok?

kalau time tu ade 10 banner program bersama "orang besar"kt tepi jalan ...semuanya gmbar dier...pe perasaan bile tengok banner muke dier jer?....mesti hampa pon rasa menyampah...saya rasa ni bkan salah "orang besar" salah konco2nya..xkn la orang besar kata kt orang wat banner program : jangan lupe ye boh gmbar ak kat banner tu...tu namenye cari publisiti murahan..

saya tahu mereka letak gmbar kt banner supaya rakyat tahu pemimpin mereka prihatin terhadap program yang dibuat..mgkin ia adalah salah satu strategi politik...tapi kalau orang tu berjiwa pemimpin, xpyah gmbar pon rakyat dh kenal..aadakah dengan meletakkan gambar di banner program menunjukkan keperihatinan anda di mata rakyat.???

FIKIR-FIKIRLAH
mana yang boleh dipkai ambilah..
mana yang tak boleh dipakai cmpak kt longkang jer...

25 September 2011

Salam 1 Malaysia

Assamualaikum semua
Selamat Petang...

huh...setelah sekian lama menyepi, akhirnya ku dapat sign in my blog....
tiada mood untuk berblog membuatkan blog ni menyepi...
tapi kalau berblog pon tetap menyepi...
mungkin disebabkan kelemahan diri yang belum ku baiki...
masa nk Login blog dh ade problem sebab passWord tak ingat...
ini lah post yang pertama kalinya setelah dapat sign in blogger...



hari ni Ahad...
hari cuti bagi rakyat yang dok di negeri selain Kedah, Kelantan, dan Terangganu...
kepada yang bekerja teruskan kerja anda...
mudah-mudahan kerja anda lakukan diberkati olehNYa..dan melakukanya dengan senang hati...
Janagan tension2...nanti cepat tua...hahaha
xtaulah betol ke tak?
anda semua boleh fikir sendiri...

utk yang terakhir...saya mengucapkan selamat didunia dan akhirat..
kurangkan dosa..tingkatkan pahala..
INSYALLAH..syurga menanti di sana....

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...