SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

21 January 2015

Doakan Tok Guru Nik Aziz cepat sembuh


KUALA LUMPUR: "Ayahanda agak uzur ketika dimasukkan ke wad ICU petang tadi. Selepas diberi rawatan, ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan stabil," tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebook tengah malam tadi.

Walau bagaimanapun, jelasnya doktor menyatakan ayahanda beliau memerlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

Menurutnya, ayahanda beliau mengidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya.

"Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik. Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda," tulisnya lagi.

Mengenai ziarah Mursyidul Am PAS itu, beliau menyatakan ia adaalah mengikut prosedur yang ditentukan oleh pihak hospital dan dipersetujui oleh pihak keluarga.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah sedar dan menunaikan solat Subuh pagi ini.

"Saya baru selesai ziarah TGNA di HUSM pagi ini. Keadaan beliau pagi ini bertambah baik, beliau sedar dan solat subuh, boleh berbual dan minum. Alhamdulillah teruskan doa semoga Allah menyembuhkannya," tulis beliau menerusi facebook pagi ini. - HARAKAHDAILY 21/1/2015

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...