Assalamuaikum semua..
Huh letih jgak hari ni walaupon dok dalam kereta je…
Pagi-pagi lagi dah keluar sebab hantar adik saya pergi Shah Alam ada event Hari Graduasi.Sekolah dia buat hari graduasi di Restoran Zam-Zam. (Alakazam…ehh menambah la plak..hehe)Besar jgak restoran ini yang mempunyai 2 tingkat. Tingkat bawah rasanya untuk ruang makan manakala tingkat atas ialah dewan besar macam ballroom kt hotel tu.
Post kali ni bukan nak cerita pasal adik saya tetapi hendak memberi info tentang Pandangan Mata ketika Solat. Kalau kamu solat mata kamu kamu pandang mana?ada yang pandang bawah, ada yang pandang Kaabah kat sejadah,ada yang pandang depan.macam-macam perbuatan yang kita nampak semasa orang tengah solat. Sesetengah tu ada describe perbuatan orang tengah solat lepas tu komen sana sini kata rukuk sekerat la, sujud sekejap la…nampaknya kita jaoh tersesat ni.ada sebuah hadis yang menggalakkan ketika solat kita disunatkan menundukkan wajah melihat ke tempat sujud semasa berdiri. Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Hakim : “Adalah Rasulullah s.a.w menundukkan kepala Baginda dan melontarkan pandangannya ke bumi(tempat sujud)”.
Imam Sufyan al-Thawi, Abu Hanifah, dan al-Syafi’i berpendapat bahawa elok menumpukkan pandangan mata kearah tempat sujud. Namun dalil tersebut yang dikemukakan sahih dari sudut kefahaman iaitu keperluan melihat tempat sujud. Setelah ulama’ meniliti hadis diatas,objektif atau matlamat asas daripada tindakan yang dilakukan ialah:
mendatangkan khusyuk. menghilangkan gangguan luar dan memfokuskan perhatian terhadap solat. menimbulkan rasa rendah diri ketika solat. membezakan keadaan orang yang sedang dalam solat dan diluar siolat. menghilangkan rasa sombong.Matlamat yang telah dinyatakan diatas menunjukkan kepentingan melihat tempat sujud semasa berdiri dapat melahirkan rasa kehambaan kepada Allah. agak susah juga jika kita inginkan solat yang berkualiti. Semua anngota kita kene termasuklah mata untuk menjalankan kewajipan kita terhadap Allah.
Sebagai penutup melihat mata ke tempat sujud amat digalakkan dalam solat dan ia tidaklah sampai ketahap wajib.melihat ke tempat sujud bukan perkara yang waajib dilakukan dalam solat. seeloknya biarlah mata kita memandang ke tempat sujud sebentar keran ia sebagai exercise untuk mata kita yang seharian memandang keatas je..mungkin ada hikmahnya kita berbuat demikian.
Semoga perkongsian info ini memberi kefahaman tentang amal ibadah kita. Kita jumpa lagi nanti.
SILA KLIK DI SINI
Jom Baca
04 December 2011
Ehh Salah Pandang Rupanye
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tima kaseh atas maklumat yg diberi...amat berguna..=)
semoga dirahmati Allah atas perkongsian yg amat bermanfaat ni
naaaaissssss infoooo. tima kasih :D
moga dapat memberi kefahaman kpd mereka yg belum nk fhm. Insyaallah..
Post a Comment