SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

30 April 2013

JOM Balik Mengundi

Balik Kampung...oh..balik kampung..hati riang...


sapa yang rasa umur dah lebih 21 dan dah daftarr jadi pengundi untuk pilihan raya umum ke 13 ini..moh ler kita sama pulang ke tempat masing-masing untuk mengundi...tunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi. tanggungjawab kita sebagai rakyat yang mahukan pemimpin masyarakat yang amanah, telus dan tidak berlaku zalim. jika kita salah memilih pemimpin, kelak kita akan dipersoal oleh Allah. Ingatlah!!!mengundi ni adalah WAJIB sebagai sebgai seorang muslim. Jangan kita fikir kita boleh lepas di akhirat kelak. Tiap -tiap perkara Allah akan pertontonkan kepada kita.
Moga2 undian kita ni dapat menyelamatkan masyarakat dan agama kita..Insyaa Allah..:)

    

26 April 2013

Kenali Calon N04 Ayer Hitam


N04 Ayer HitamPertembungan yang paling menjadi tumpuan dalam PRU13 di Kedah pada kali ini adalah pertembungan di antara calon PAS, Ustaz Abdul Ghani Ahmad menentang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang disebut-sebut menjadi calon Menteri Besar Kedah sekiranya UMNO berjaya memenangi PRU kali ini.

Walaubagaimanapun, usaha Mukhriz bukan mudah apabila DUN Ayer Hitam adalah merupakan sebuah kubu kuat PAS dalam kawasan daerah Kubang Pasu (Parlimen Jerlun) dan calon PAS iaitu Ustaz Abdul Ghani Ahmad adalah seorang pemimpin yang cukup berpengaruh di kawasan tersebut.

Berusia 43 tahun, Ustaz Abdul Ghani yang merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai pengalaman sebagai seorang peguam syariah sebelum bergiat aktif dalam politik. Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jerlun mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila dilantik menjadi Exco Kerajaan negeri Kedah (2010-2013) yang memegang portfolio Penerangan dan Pembangunan Usahawan. Sebelum itu, Ustaz Abdul Ghani adalah merupakan Timbalan Speaker DUN Kedah (2008-2010).

Kenali Calon N01 Ayer Hangat



N01 Ayer Hangat

Di N01 Ayer Hangat, PAS telah mencalonkan Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi, Zubir bin Ahmad sebagai calon bagi DUN tersebut. Beliau akan ditentang calon Barisan Nasional, Mohd Rawi bin Abd Hamid.

Calon PAS yang berusia 50 tahun ini merupakan seorang ahli perniagaan di Langkawi dan memiliki kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Di peringkat negeri Kedah, beliau juga merupakan ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.

PAS semakin diminati

KUALA LUMPUR, 25 April — Seorang bekas pegawai tertinggi tentera yang kemudiannya berkhidmat dengan Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Datuk Ismail Saimon menyertai PAS, langkah parti Islam itu untuk meningkat sokongan daripada kumpulan keselamatan.

Jumlah pasukan beruniform amat penting bagi Pajatan Rakyat (PR) untuk berkuasa di peringkat Pusat dan pakatan itu juga sedang merekrut lebih ramai pesara tentera dan polis untuk menidakkan kemenangan Barisan Nasional.


“Melihat kepada situasi politik sekarang, ada keperluan untuk berubah dan ia mesti datang daripada diri sendiri, keluarga dan rakan.

“Saya tidak pernah aktif berpolitik..,” kata Said Ismail, yang merupakan pesara Leftenan Jeneral dan merupakan bekas Naib Canselor UPNM di Ibu Pejabat PAS di sini.


Ismail berkata keputusannya itu adalah untuk membantu PR memujuk lebih ramai pengundi tentera menolak kerakaan yang gagal menjaga kebajikan anggota tentera.

Kebanyakan pesara tentera yang bersama PR mendakwa anggota berpabgkat rendah hidup dalam keadaan “dhaif”, dan berjuang dengan gaji yang sedikit dan kehidupan yang miskin.
cc: den

20 April 2013

Koleksi Kereta Penamaan Calon

salam
kreatif sungguh depa ni..berjuang xkira apa2...




satu ni jer sesat...mai tang mna pon xtaw..


19 April 2013

Tempurung BN berjaya dipecahkan

Ada yang bertanya apa tempurung di atas kepala rakyat...

Tempurung yang dimaksudkan ialah pengalaman kehidupan di Malaysia di bawah kerajaan persekutuan BN.
Rakyat tidak pernah lagi merasai apakah ada pengemudi kapal yang lebih baik daripada BN di luar sana.
Kempen BN kali ini untuk menjurus ke arah mengajak rakyat jangan memperjudikan nasib sendiri dengan memberikan pengundi kepada pembangkang yang didakwa mereka akan membangkrapkan negara.

Semasa kerajaan Selangor memberikan air percuma, BN serang bertubi-tubi berkata polisi tersebut merugikan negeri. Tidak pernah sesekali BN terfikir pun perkara ini boleh dilaksanakan selama 56 tahun dalam pemerintahannya. Tiada negeri BN yang melakukannya. Setelah 5 tahun, BN Selangor hari ini pula menawarkan air percuma kepada rakyat di manifestonya.

Bukti tempurung BN yang diletakkan di atas kepala rakyat telah dipecahkan oleh PR di Selangor.

Di peringkat pusat pula, 56 tahun ini BN tidak pernah terfikir, mahupun terlintas bahawa harga kereta tinggi sedang menghimpit nasib rakyat. Para pemimpin senang-lenang membeli kereta menggunakan AP manakala rakyat membeli kereta pada harga yang telah dicukai tinggi.

Apabila PR menawarkan akan menurunkan harga kereta, seluruh barisan kepimpinan BN menyerang akan polisi tersebut akan membangkrapkan negara. Berkata negara akan kehilangan sumber pendapatan. Melihat sambutan rakyat tinggi terhadap tawaran PR, BN pula mengkaji akhirnya mendapati sememangnya harga kereta boleh diturunkan.

Sekali lagi tempurung BN yang diletakkan di atas kepala rakyat telah dipecahkan oleh PR.

Oleh itu, saya sekali menyeru rakyat, terutamanya anak-anak muda, untuk memberikannya satu peluang kepada negara untuk mencuba pengemudi kapal yang lain.
Selagi kita tak cuba, selagi itu kita tak tahu. Jom try jenama kereta yang lain untuk sekali ini. Rasa sendiri perbezaannya sebelum menjatuhkan hukuman.

Pecahkan tempurung yang dipasang BN di minda anda. Anda mempunyai pilihan yang lebih baik. Yang bagusnya, kuasa di tangan anda.

Senyum.

05 April 2013

Hisap rokok tidak boleh jadi calon

Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mesti bebas rokok. Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.



"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini. Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.

Mesyuarat itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi jaminan pihaknya tidak akan menimbulkan kekacauan pada PRU13.

"Di pihak DAP dan rakan-rakan yang lain, kita jamin penyokong dan anggota kita akan berkempen secara aman, berdisiplin dan mengikut undang-undang serta tidak akan membuat kekecohan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain pakatan pembangkang. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak hadir kerana mempunyai urusan lain. 
http://news.mylaunchpad.com.my/news/election-2013/article/articleid/222369/hisap-rokok-tidak-boleh-jadi-calon-pas-nik-aziz

03 April 2013

Parlimen sudah BUBAR!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, perdana menteri menasihatkan ketua-ketua kerajaan negeri, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, untuk menghadap
ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.

Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

02 April 2013

Masjid sebagai Syiar Islam

Moga-moga kata-kata uama'  dapat kita ambil pengajaran dan menghayatinya..
[ WISH ]
selamat berpraktikum kepada guru pelatih IPG semester 5...
harungilah cabaran ini dengan pebuh tabah dan ikhlas...

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...