bila saya berikan tajuk yang begitu pelik. saya pon pelik bila buat tajuk seperti itu. itulah yang bermain difikiran yang mana perkara ini yang perlu dijauhkan. Adakah maksiat itu boleh dirasa? sudah tentu tidak boleh, jadi bagaimana yang dikatakan maksiat itu sedap atau lazat.
kita akan merasa kelazatan maksiat itu bila kita hilang pertimbangan dengan Allah kerana didorong oleh hawa nafsu dan pengaruh kuat syaitan. sebab apa kita hilang pertimbangan, mungkin disebabkan ketaatan kita sudah tidak wujud lagi denganNYA. itu yang menyebabkan maksiat menjadi lazat.
hawa nafsu ni merupakan satu benda yang cenderung kepada kejahatan hinggakan disoal berkali-kali barulah mengaku bahawa Allah itu tuhannya. setiap manusia Allah memberinya Nafsu kerana Allah Maha Mengetahui kehendak HambanNYa. Nasfu itu saling berkaitrapat dengan akal supaya dapat berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Akal pula mesti berpandukan al-quran dan sunnah supaya tidak lari dari landasan. barulah maksiat yang dikatakan lazat dapat dijauhkan.
Apabila kita buat maksiat kita kena fikir sebab apa kita buat?adakah ia salah?. kadang-kadang kita buat tak tau saja sebab malas nak fikir. Masa saya sekolah dulu, seorang senior pernah cakap " kalau nak buat maksiat, ingat akan mati. konfom tak nak buat. Allah juga berfirman "dan tidakkah aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan beribadah kepadaku". Ayat ni mengingatkan kita tujuan hidup di dunia.
Oleh itu pencegahan perlu dilakukan bermula dari sekarang. dari mana kita nak cegah?kita cegah bermula dari diri kita sendiri suapaya diri kita ni menjadi hamba yang tahu guna nikmat Allah di tempat yang betul.
Sambil kita memersihkan diri kita, kita tegur pula rakan-rakan kita dengan cara yang berhikmah.
Allah berfrman : “ dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”(Ali-Imran: 104 )
sekian sahaja perkongsian say pada hari ni..jika ada kesalahan dalam entri saya, sila tegur...
6 comments:
betul....bila lupe tuhan....berlakunyelah maksiat...
mengikut biar berakal, mengia biar waras. remaja perlu tegas dalam pendirian, barulah hidup sihat selamat dari anasir negatif!
sangat bagus entry ni :)
betuk tu,
pahit nya perjuangan kerana manisnya syurga :)
kalau pahal tu nmpak cm duet, dh tentu org berlumba nk nk pahala..
orang yang selalu buat maksiat.. Allah takkan campakkan ketenangan dalam hatinya lepas dia buat maksiat tu
minta dijauhkan kita dari sebarang maksiat hendaknya..
Post a Comment