SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

01 January 2011

Mohd Safee Sali Diburu Empat Kelab Bola Sepak Luar Negara



KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Penyerang sensasi bola sepak negara Mohd Safee Mohd Sali kini dipikat sekurang-kurangnya empat tawaran kontrak untuk menyertai kelab di luar negara.

Tiga tawaran datangnya dari Indonesia manakala satu lagi Vietnam.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Mohd Amin pada majlis taklimat serta undian Liga Malaysia 2011 di Bukit Jalil.

"Setakat ini, empat kelab bola sepak telah menawarkan diri membeli kontrak Safee Sali dengan Selangor," katanya kepada pemberita tanpa menamakan kelab berkenaan.

Hamidin yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata pegawai kelab bola sepak Vietnam itu telah menemuinya berhubung "pembelian" Mohd Safee, manakala wakil tiga kelab terkemuka Indonesia pula menelefon beliau mengenai perkara yang sama.


Beliau berkata perbincangan mengenai tawaran itu telah dilakukan dengan Mohd Safee di pejabat FA sebelum pasukan Selangor berangkat ke Australia untuk beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan bersama kelab di negara tersebut pada 3, 5 serta 7 Jan ini, dan dijadualkan pulang dua hari kemudian.

"Ketika perbincangan semalam, dia seolah-olah macam tidak percaya dengan apa yang saya katakan.

"Saya akan ke Australia petang ini, dan akan berbincang dengan beliau di sana agar dia mampu berfikir secara terbuka, kerana saya telah memberitahu risiko dan kekangan yang bakal ditempuhi nanti," katanya.


Hamidin berkata keputusan sama ada Mohd Safee beraksi di luar negara atau tidak, akan ditentukan oleh Ahli Tertinggi Jawatankuasa FAS.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco Selangor. Kita akan ikut prosedur yang betul sebelum melepaskan beliau pergi," katanya.

-- BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

hohohooooo,

Solihin Zubir said...

hahaha.. tp rsanya khairul fahmi lg feymes.. kan..

areripe said...

aku rasa baik dia main liga-liga asia ja la..
orang malaysia ni anak mak sikit, kosentrasi terganggu semasa berjauhan dengan keluarga. bukan nk kata kita manja, tp budaya dan kemasyarakatan harmoni rakyat malaysia sangat mengkagumkan.
Family first!

TimMie said...

maka pilihlah vietnam..muahaha

Anonymous said...

terima kasih atas informasi tentang bola sepak ini =)

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...