SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

21 January 2011

Manuskrip Al-Quran

Al-Quran merupakan kalam Allah yang ditiurunkan kepada Nabi MUhammad Melalui malaikat Jibril dan membacanya itu sebagai ibadah. itulah maksud Al-Quran dari segi istilah. Al-Quran adalah panduan yang utama bagi umat Islam di seluruh dunia. Kita wajib beriman kepada kitab kerana ia sebahagian dari rukun iman dan apabila kita menafikannya Al-Quran walaupon sepotong ayat, maka imannya akan terbatal. 
Al-Quran mempunyai 114 surah jika mengikut pendapat ijmak. terdapat 2 pendapat tentang bilangan ayat Al-Quran. Menurut Ulama' Basrah bilangan ayat al-quran mempunyai 6666 manakala ulama' kufah mengatakan bilangan ayat al-quran mempunyai 6236. 
itulah sebahagian serba sedikit pengenalan al-quran yang saya ingat.sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi saya akan tulis dalam entri yang lain plak.jadi per kaitannya dengan berita dibawah ni. Jadikan al-quran sebagai panduan /penunjuk arah kepada kita supaya kita tidak lari dari tujuan hidup kita yang sebenar iaitu dalam firman Allah Taala :
 "dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu"
*p/s - antara penawar bagi hati ialah membaca al-Quran dengan maknanya.kalau boleh mengangis ketika baca al-Quran lagi bagus, kalau tak boleh buat-buatlah menangis.

LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.
Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.
Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.
Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.
Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. -sumber -kosmo  Agensi

1 comment:

Sang Gabriel said...

gila lah 500tahun...teringin nak tengok depan2.haish

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...