Cerita terbaru berkenaan kereta nasional yang kini masih mencari tempat dalam pasaran negara. apabila kita kita baca berita dibawah ini, kita boleh fikir apa matlamat yang hendak dicapai oleh kementerian Pengangkutan. Pelbagai insiden kemalangan sedang berlaku di negara kita menyebabkan kerajaan perlu cari inisiatif lain supaya kadar kemalangan di negara kita berkurangan walaupun cara itu memerlukan kos yang tinggi. bila kerajaan sudah putuskan supaya memasang beg udara, ramai pihak yang akan mendapat kesan yang teruk terutama pembeli kereta. kemungkinan harga kereta akan meningkat. produa la yang paling syok kerana dapat untung lebih. lebih-lebih lagi jika kerajaan beri subsidi katt Produa. untuk lebih lanjut sila baca berita dibawah..
Beg udara: Perodua minta tempoh
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) meminta suatu tempoh kepada kerajaan sebelum melaksanakan pemasangan beg udara pada kenderaannya.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, ia bagi membolehkan pihaknya menjalankan kajian secara terperinci khususnya dari segi teknikal dan kos pemasangan.
Sambil menyatakan sokongan penuh terhadap langkah kerajaan itu, beliau berkata, kajian itu perlu terutama bagi model kereta yang berharga rendah iaitu di bawah RM30,000.
"Kita minta sedikit masa untuk menjayakan perancangan itu kerana perlu meneliti beberapa aspek seperti pemasangan terutama bagi kereta murah.
"Ini kerana pemasangan beg udara bagi sesebuah kenderaan melibatkan kos yang tinggi iaitu antara RM1,000 hingga RM3,000," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai arahan Kementerian Pengangkutan yang mewajibkan semua kenderaan termasuk kereta nasional memasang beg udara mulai tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang mengumumkan perkara itu semalam turut menyatakan persetujuan pengurusan Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perodua untuk menggunakan aksesori keselamatan berkenaan.
Katanya, pelaksanaan itu perlu bagi memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.
Aminar Rashid berkata, pihaknya juga perlu meneliti soal pembiayaan pemasangan terutama bagi kereta berharga rendah sama ada ditanggung sepenuhnya oleh pengguna atau dibiayai pengeluar kenderaan.
Sementara itu, Aminar Rashid berkata, pengguna kenderaan Perodua yang masih belum memasang tali pinggang keledar belakang dialu-alukan untuk membuat pemasangan segera.
Menurutnya, tarikh akhir pemasangan tersebut adalah pada akhir tahun ini.
Sebelum ini kerajaan merancang menguatkuasakan peraturan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang tempat duduk belakang pada 1 Januari 2009 namun ditunda kepada Januari 2012.
2 comments:
Emm rasanya saranan tuh sangat bagus bg pengguna kereta kan..walaupun mungkin akan bg kesan pd peningkatan harga kereta..untuk kepentingan keselamatan, masyarakat n kerajaan kena sama2 memainkan peranan..jangan pulak sampai terlalu membebankan pembeli (biarlh berpada dgn kemampuan)
bagus jugak benda nie.. tp org kata kalo beg udara tue dh kuar pas eksiden.. nk masukkan blk rm1,000 lebih..so kerajaan kena ler bantu
Post a Comment