SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

06 January 2011

Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

KUALA LUMPUR 6 Jan – Majlis Peguam Malaysia  hari ini mengulangi gesaannya supaya kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung punca kematian Teoh Beng Hock.
Presidennya, Ragunath Kesavan berkata, suruhanjaya itu perlu diberi ruang yang luas bagi menyiasat situasi dan punca kematian setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu, serta menyemak soal siasat dan teknik yang digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kedua-dua aspek ini saling berkait dan tidak boleh dianalisis secara berasingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Semalam, Mahkamah Koroner menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh pada 2009.
Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mendengar inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh mulai 29 Julai 2009, turut memutuskan bahawa tidak ada penglibatan pihak ketiga dalam kes itu.
Teoh ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.
Ragunath berkata, kerumitan kes tersebut memerlukan penelitian holistik dan menyeluruh semua fakta yang relevan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Beliau menyambut baik laporan bahawa kerajaan dijangka mengumumkan penubuhan suruhanjaya berkenaan.
credit to selangor

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...