SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

31 December 2010

MBAM Yakin Tahun 2011 Mempunyai Prospek yang baik

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) yakin 2011 akan menjadi tahun yang baik untuk industri pembinaan.Ini berikutan dasar kerajaan yang melancarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan banyak projek yang akan dijalankan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara(NKEA).


Presidennya, Kwan Foh Kwai berkata, bagi memastikan pelaksanaan itu tepat dan berjaya, pihaknya yakin beberapa langkah pengurangan kos dan memudahkan aktiviti perniagaan, perlu dilaksanakan.Beliau berkata, pelaburan dari sektor swasta juga penting bagi mengubah negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.


"Terdapat empat langkah yang penting dalam industri pembinaan menjelang tahun 2011 iaitu waktu yang sesuai untuk penyebaran maklumat projek-projek, jaminan peruntukan pelaburan yang baik daripada kerajaan, proses bidaan projek yang adil dan telus serta menangani isu sumber manusia dan tenaga kerja,'' katanya.
Foh Kwai juga mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2011, permit-permit kerja asing boleh disambung sehingga lima tahun lagi.Bagaimanapun, para pekerja asing ini perlu menduduki ujian kemahiran dengan sedikit bayaran sebelum majikan memberi sokongan untuk pembaharuan permit. "MBAM akan bekerjasama dengan CIDB bagi mengurangkan kos pengendalian ujian tersebut,'' ujarnya.


Tambah Foh Kwai lagi, isu lain yang patut dipertimbangkan adalah pengecualian insurans perubatan untuk pekerja asing di dalam industri pembinaan yang ditetapkan RM120 seorang walaupun ia sepatutnya menjadi tanggungan sendiri.Ini kerana para pekerja itu sudah pun dilindungi polisi insurans yang lain apabila mereka memohon permit kerja, dan sebagai contoh di bawah skim pampasan pekerja asing di bawah skim kad hijau CIDB.


"Bayaran sebanyak RM120 bagi setiap pekerja itu sememangnya menjadi beban kepada pekerja asing dan akan menyebabkan mereka enggan ke negara ini lagi untuk bekerja dalam industri pembinaan,'' ujarnya.Foh Kwai juga berpendapat, kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada latihan vokasional dan latihan kemahiran di kalangan rakyat Malaysia bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.


Katanya, sebagai perancangan jangka singkat, semua pekerja pembinaan asing perlu dilatih sebagai pekerja mahir atau separuh mahir sebelum diambil bekerja di negara ini.
Bagi perancangan jangka panjang, semua pihak seharusnya membuat pelaburan dalam Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan mesin berat bagi meningkatkan produktiviti.

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...