SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

29 December 2010

"Pasukan Bola Sepak semakin Positif", kata Santokh Sigh




Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 70-an, Santokh Singh nyata berbangga dengan prestasi pasukan bola sepak negara yang dilihat semakin meningkat sehingga hampir untuk menjulang Piala AFF Suzuki 2010. 

Senario bola sepak yang dilihat meningkat positif ini dijangka disebabkan oleh kehadiran pemain muda yang membarisi skuad kelolaan K. Rajagobal itu. 

Menurut Santokh, kehadiran pemain-pemain bertenaga ini sedikit sebanyak membantu pembangunan positif pasukan negara itu. 

“Pemain muda yang membarisi pasukan negara kini meningkat dari segi persembahan dan mutu permainan malah, jika diberi lagi banyak peluang mereka boleh pergi jauh. 

“Apa yang saya boleh cakapkan di sini adalah pasukan kita harus fokus sewaktu di sana nanti dan berseronok ketika perlawanan dan yang paling penting jangan gentar menentang Indonesia,” katanya. 

Selain itu Santokh juga turut menyatakan peluang untuk pasukan Malaysia menang adalah besar dan mungkin juga buat pertama kalinya Piala AFF Suzuki itu bakal menjadi milik kita. 

Perkembangan positif itu turut disambut baik seorang lagi bekas pemain kebangsaan Dali Omar, yang bangga dengan kejayaan pasukan negara dan berharap mereka dapat meneruskan prestasi cemerlang pada perlawanan akhir kedua, malam ini. 

“Saya amat terkejut dengan pencapaian mereka. Akhirnya pasukan bola sepak negara meraih kemenangan yang hebat. 

“Walaupun penyokong mereka ramai tetapi pasukan Indonesia sudah patah sayap. Saya yakin jika mereka terus mengekalkan momentum sama seperti aksi Ahad lalu, kita boleh mendapat dua gol lagi dan pulang membawa Piala Suzuki AFF 2010,” katanya.

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...