Bandar kecil TENANG, Segamat, Johor tidak lagi akan menjadi Tenang apabila semua pemimpin politik Barisan dan Pakatan akan memenuhi bandar kecil tersebut menjelang pilihanraya kecil yang bakal diadakan. PAKATAN pastinya sangat terdesak untuk menang pilihanraya kecil kali ini setelah beberapa pilihanraya sebelum ini mereka tewas.
Pada peringkat awal selepas PRU12 kebanyakan pilihanraya kecil memihak kepada PAKATAN tetapi sejak akhir-akhir ini keputusan telah banyak berubah. perubahan ini cuma sementara sahaja. Ntuk pengetahuan, dun Tenang terletak didalam parlimen Labis.
Mengikut rekod, jumlah pemilih di kawasan dun ini dalam daftar pemilih 2008 adalah seramai 14,411 orang. 49.59%melayu, 38% cina, 12% india. mengikut keputusan PRU yang lalu, PAs dapat mengurangkan majoriti BN dari 4000 kepada 2492. ini satu petandda yang bagus bagi pakatan rakyat kerana pengundi sudah tahu menilai pemimpin yang berjiwa rakyat. Dun tenang mempunyai 3 Felda yang menjadi kubu kuat BN.
kebanyakan orang melayu bekerja sebagai peneroka, cina sebagai peniaga di bandar labis, manakala india pula bekerja di ladang-ladang. Saya beranggapan PAS akan lebih tertumpu kepada kawasan FElda supaya dapat menarik undi umno yang kian menjadi kubu kuat mereka. Banyak isu-isu yang boleh dibangkitkan oleh PAs untuk menarik undi peneroka. Dengan bantuan dari ketiga-tiga parti iaitu PAS, DAP, KEadilan dapat membantu memenangi kerusi ini.
saya berharap PRK ini dijanalankan dengan baik skali. tidak perlu ada sikap "double standard" terhadap negari yang diperintah oleh BN. ribuan maaaf jika ulasan ini menyinggung mana pihak.
No comments:
Post a Comment