SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

19 December 2010

Kitab FURU' MASAIL terbitan Telaga Biru











Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”
Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Katalog : TBBK 1157
Kod ISBN : 978-967-5102-88-2
Harga : Semenanjung M'sia - RM75.00
: Sabah / S'wak: RM80.00



 Buku ini sangat berguna ntuk kita sebagai umat Islam. di dalam buku banyak masalah-masalah cabang yang selalu kita persoalkan. di malaysia ini, umat islam selalu menimbulkan  masalah faru' dalam masyarakat sehingga menimbulkan perselisihan antara ulamak-ulamak. oleh itu perkara perlu kita atasi dan perlu ada panduan. buku ini telah disemak oleh mufti johor dan telaga biru akan mengeluarkan jilid ke- 2 untuk biku ini setelah diemak oleh mufti. saya rasa harganya berpatutan berbanding dengan ilmu yang kita peroleh.


No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...