Pernah tak kamu terfikir, kenapa ya walaupun kamu dah pakai pencuci muka paling baik pun, still naik jerawat juga? Jerawat batu plak tue!!! Pernah? Macam aku lah, nak kata aku ada masalah jerawat yang serius tu tak lah, tapi sekali tumbuh besau juga…leceh..leceh…walaupun aku dah tempek Neutrogena dan SKII bagai.
Sebabnya ialah, cara cuci tu mesti umph ma. Kalau kamu cuci muka, tapi pencuci muka itu sendiri tak dapat nk masuk hingga ke dalam, mcm mn nk bersih…Kalau kamu free, meh cuba cara aku cuci muka semenjak dua menjak nie. Boleh dikatakan hasilnya amat memuaskan hati yang tidak pernah nak puas ni.
Cara ni, ak amalkan setiap kali nak masuk tidur. (Nak buat tiap kali mandi, jenuhlah…)
Cara cuci muka elak Jerawat dan Minyak
1.Mula2 tanggalkan semua make-up yang ada dengan make-up remover.
2.Pastu, bilas muka dengan air biasa. Bayangkan kita cuma nak clearkan permukaan muka je.
3.Amik air suam, bilas muka beberapa kali. Tujuannya untuk membuka liang2 pori supaya mudah untuk dicuci. (Bila panas, liang pori mengembang).
4.Amik pencuci muka (ak guna Neutrogena aje) dan cuci muka. Urutan mesti lembut ya, bukan tekan bagai. Kalau nak cepat kedut, buatlah. Huhuu…bayangkan muka kita ada perasaan. Kalau korang berlembut dgn dia, dia sayang kamu lebih. Bila kulit muka kita heppy, kita pun happy. Betul tak….? Hmmm… (psycho, tp benar!!). Cuci cuma gunakan 3 jari sahaja dalam urutan bulatan ikut putaran jam. Mulakan dari dagu dan keatas. Fokus pada T zone (Hidung dan dahi).
5.Dah puas mencuci (2 minit plg baik), bilas lagi dengan air suam agar semua kotoran tu, keluar dari liang pori. Amin!! Fokus di bahagian hidung, dagu, dan dahi (T zone).
6.Setelah itu, amik air ais dan bilas muka beberapa kali. Bayangkan, liang pori kamu yang tadinya terbuka kini tertutup rapat! (Bila sejuk, liang pori mengecut). Memang lepas tu, muka jadi sejuk keding!! Macam baru keluar dari peti ais. Tapi hasilnya, muka rasa lebih lembut dan segar!!!!
Esok pagi kamu bangun kamu rasa muka kamu. No more oily skin, no more dull skin. Only a healthy, happy dan fresh skin!
Amaran:
-Ketika mencuci muka, jangan berlebihan pula. jangan sental muka tu selama sejam. Tak da maknanya, malah akan menyebabkan muka cepat kering.
-Jangan amalkan tidur dengan kulit yang bermake-up. Alamatnya, kulit cepat kedut dan kusam.
-Pastikan air suam tidak terlalu panas ya. Mesti bilas dengan air sejuk. Baru rapat je liang pori tu.
Aku bukan pakar, cuma sedikit ilmu ingin dikongsi. harap dapat membantu. jika ada salah dan silap, harap diperbetulkan ya.
SELAMAT MENCUBA!
sumber: http://yoishme.blogspot.com/
1 comment:
betul tu.. jangan tidur dengan muka yang masih ada solekan..
Post a Comment