GALAS, 4 Nov - Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi sejak jam 8.00 pagi tadi. Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas.    
Wartawan  bertugas yang membuat tinjauan awal ke beberapa lokasi tempat mengundi  sejak awal pagi tadi mendapati suasana tempat mengundi terkawal dan  berjalan lancar. 
Biarpun  cuaca mula panas menjelang tengahari, sebahagian besar penyokong masih  tidak berganjak dari tempat pembuangan undi. Pengundi juga masih bertali  arus menjelang tengahari.
Menurut  laporan wartawan di pusat pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai, seorang  anggota polis memaklumkan suasana di pusat pengundian itu sebagai  paling aman.
Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sana. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.
*berita akan di updaye dari masa ke semasa  

No comments:
Post a Comment