SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

25 November 2010

KENAPA JAKIM & KPDNKK SOROK MAKLUMAT UNTUK KEBAIKAN RAKYAT ?


Kesalahan :-
1. Guna arak dalam ramuan masakan
2. Guna logo halal palsu
3. Guna pekerja bukan Islam

Teman dan rasanya ramai rakyat setuju agar restoran atau kedai makan yang menipu patut di war-warkan atau diberitahu nama restoran & kedai makan tersebut agar menjadi pengajaran pada yang lain dan juga dapat memberitahu rakyat agar berhati-hati makan direstoran yang bersalah tadi.

Teman tengok dalam TV3 namun nama restoran haram bagitau. Sepatutnya dalam medialah berkesan agar rakyat tahu restoran mana yang menipu dan dapatkah orang-ramai elak makan di situ. Apa nie , wartawan nak buat berita dan kesedaran tapi nak jaga periuk nasi taukeh yg tidak bertanggungjawab itu.Kalau begini ramai yang akan banyak lemak.

PETALING JAYA - Sebuah restoran yang menyajikan makanan berasaskan sayur-sayuran di Jalan 8/1E di sini diserbu semalam selepas didapati menggunakan bahan masakan mengandungi arak tetapi memaparkan logo halal palsu yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Logo halal palsu itu dengan saiz yang agak besar ditampal pada pintu masuk hadapan premis tersebut bagi mengaburi pelanggan beragama Islam sejak lima tahun lalu.

Serbuan dilakukan oleh lapan anggota penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor pada pukul 11 pagi.

Bagaimanapun tiada pelanggan ketika serbuan dilakukan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Cawangan Hab Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati premis itu menggunakan bahan masakan yang meragukan selain tukang masak dari Myanmar.


sumber: http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...