Assalamualaikum..
Saya tidak ada idea untuk post kali nie..Cuma saya kongsikan kepada anda daripada Ustazah Norbahyah mengenai 3 DOA untuk cepat bertemu JODOH dan berkekalan selamanya. wah seronok yer bila citer pasal jodoh. Jodoh yang baik sudah pasti akan menjamin kerberkatan rumahtangga dan seterusnya melahirkan ummah yang cemerlang dan terbilang. Allah juga telah merakamkan bahawa perempuan yang baik untuk laki yang baik. Dibawh ni antara doa yang makthur untuk kita bertemu jodoh.
Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh Yang Soleh
1. Kelebihan surah Yusof ayat 4
Maksudnya : (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya.Wahai ayahku!Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.<surah yusuf ayat 4>
Terdapat beberapa kelebihan surah yusof dan diantaranya adalah orang akan hormat dengan diri kita dan tidak akan marah tanpa sebab yang munasabah.
2. Kelebihan surah Yunus ayat 81
Maksudnya : Setelah mereka campakkan (benda-benda itu),Nabi Musa berkata,Apa yang kamu datangkan itu,itulah sihir sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) Sesunggunya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
Adakalanya tanpa kita sedari,sebenarnya ada manusia yang mempunyai perasaan dengki terhadap diri kita.Walaupun dihadapan kita sikapnya adalah terbaik,tetapi dibelakang,dia cuba 1001 cara untuk menjatuhkan diri kita hanya untuk kepuasan yang sementara.Oleh itu dengan mengamalkan doa dari surah yunus ini,kita berdoa agar dilindungi dari sebarang ilmu sihir kerana yakin dan percaya semua kekuasaan adalah hanya dari Allah S.W.T sahaja.
3. Kelebihan surah Qasas Ayat 24
Maksudnya : Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.
Ketika Nabi Musa A.S berdoa dengan ayat ini,baginda adalah seorang yang fakir dan amat memerlukan pertolongan daripada Allah pada ketika itu.Di dalam sejarah ada menceritakan selepas itu Nabi Musa telah mendapat perkerjaan dan berkahwin dengan salah seorang puteri yang ditolongi olehnya pada ketika dia berada dalam kesusahan.Oleh itu kita seharusnya berdoa dan meminta hanya kepada Allah dan biarlah keadaan dimana jiwa kita dalam keadaan yakin 100% kepada Pencipta.
Ketiga-tiga ayat diatas adalah sesuai diamalkan untuk cepat bertemu jodoh dan InsyAllah setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar menjadi hamba yang bersyukur dengan segala kemungkinan yang dihadapi termasuk dalam soal jodoh.
sumber - http://www.pameranpengantin.com/doa-untuk-cepat-bertemu-jodoh-yang-baik.html
No comments:
Post a Comment