SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

19 November 2012

27 Tahun berlalu Tragedi Memali

Assalamualaikum semua...
kaifa halukum?saya harap kamu sihat -sihat belaka...
Manfaatkanlah masa sihat kita untuk meneruskan amal kebajikan sebagai bekalan kita kelak.
setelah hampir 2 minggu tak update belog yang daif ini, saya mengambil sedikit masa untuk update pada kali ini.

Sebenarnya apa benda yang nak sampaikan pada hari ini. Pagi-pagi lagi saya telah dikejutkan dengan satu mesej yang cukup memberi iktibar kepada saya iaitu mengenai peristiwa MEMALI. Memali tu ape?apa yang boleh saya katakan disini ialah ia merupakan satu kampung di Baling, Kedah.

Jadi ada ape dengan peristiwa Memali? Peristiwa ini merupakan peristiwa yang berlaku pada tahun 1985. 19 Nov 1985 merupakan tragedi bersejarah bagi kita yang cintakan keamanan telah berlalu selama 27 tahun. Tragedi ini menyaksikan seramai 14 orang terbunuh. Hari ini merupakan hari mengenang kembali peristiwa tersebut. Mungkin anda akan tertanya sape yang bunuh. saya tidak mahu ulas lebih panjang..anda boleh tanya pakcik google..jika anda ingin ziarah kubur mereka. anda boleh pergi ke perkuburan pasir panjang, Baling.

Allahyarham Ustaz Ibrajim Libya
Seseorang yang dianggap wira dalam peristiwa ini ialah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya. Menurut pembacaan saya dalam google, beliau merupakan seorang pendakwah yang hebat di kampung tersebut. beiau telah membuka madrasah untuk mengajar anak-anak kampung mengenal Islam. Bila ada orang yang mengajar kebaikan pasti akan ada orang yang tak suka. Memang fitrah manusia macam tu..

Apepon mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban agar mereka ditempatkan bersama orang yang bertaqwa. 

pesanan : perkongsian ini tidak menuduh mana - mana pihak. hanya sekadar makluman sahaja. 

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...