SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

13 May 2012

Prosedur Permohonan Poligami


Assalamu'alaikum semua..
Insyallah entri kali ni berkenaan bagaimana cara atau prosedur untuk membuat permohonan POLIGAMI. Untuk berpoligami bukan senang....ia mesti ikut prosedur yaang ditetapkan agar kedua-dua pihak tidak berlaku zalim.

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI

#Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).

#Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.

#Dapatkan borang 2 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.

#Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.

#Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.

#Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).

#Keputusan/perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).

#Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

-  Borang 2 B (permohonan berpoligami)
- Salinan slip gaji akhir / akuan sumpah jumlah pendapatan.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada.
- Salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
- Salinan surat beranak anak-anak.
- Pengisian borang-borang Mahkamah Syariah.
- Bayaran/fee Mahkamah.
- Surat laporan aduan Pejabat Agama.
- Bagi pemohon yang baru memeluk agama Islam, hendaklah mengemukakan kad perakuan memeluk Islam dan telah memperolehi kad pengenalan / kad pengenalan sementara yang mengandungi nama Islam.
- Surat kelulusan daripada Kor Angkatan Tentera jika pemohon seorang anggota tentera.
- Surat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia jika pemohon seorang anggota polis.
- Salinan lain-lain dokumen berkaitan.
<

5 comments:

~Cik Sweety~ said...

banyaknya keje..huhuhu

jelah said...

entri ni khas untuk lelaki yg nk bina 2,3 n 4 "masjid"...hehehe

Unknown said...

knp myusahkn...spttnyer mmudhkn bknnyr myshkn..tllu bnyk prsdur ini lh mrpkn slh satu tjdnyer mksia dan mbtkn bnyk org islam dimlysia bkhwin@nikah di thailand....kalau blh fkirkn kmbli prsdur ni....xakn nk tggu bnyknyer lhir ank luar nkh & pbtan mksiat blku dllgn umt islam...nk nkh pn kne naik trun mkmh.dh mbzirkn wktu dan blnja.....scraxlgsung akn tjdinyer pkara tkutuk dan doaa2tu bknkh mbr ksan kpd semua....jd fkir2kn kmbli


Unknown said...

assalammuailaikum...saya ingin bertanya...kalu tidak mendapat keizinan isteri walaupon puas memujuk dia...utntuk terima saya...bole kah mendapatkn kelulusan mahkamah tanpa izin isteri pertama?? dan lg 1,bole kah pihak calon isteri atau wali calon isteri tak hadir ke mahkamah disebabkan faktor yg jauh...sbb si laki di sabah dan si pmpuan penang...?? tetapi si laki bekerja di penang dan 3 taun sekali bru blik sabah utk jenguk ank dan bini dia tu pon isteri dia yang suruh si laki balik 3 taun sekali...tapi si laki x penah abaikan tnggunjwbnye utk beri nafkah trhadap bini dia...saya buntu...lgpon family pihak sy tak nak hadir ke mahkamah sebab bg diorang leceh...yan diorang tahu nak selesaikan cpt2 dan kahwin kami berdua...puas dah saya pujuk family sy...

be wise man said...

Kenapa proses permohonan libatkn mahkamah, sedangkn boleh selesai dgn pejabat agama sahaja, tp jika hnya dibuat dalam kamar shj ok, tp tetap mengambil masa yg lama kerana ganggu tugas hakim di mahkamah. Bagus apabila mekanisma ini dibuat, tp prosedur harus diperbaiki. Kenapa dinamakn sebagai aduan di pej agama, sedangkn konsultasi pertama boleh dianggap sebagai sesi interview permohonan + kaunseling .

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...