SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

08 May 2012

Prosedur Permohonan Nikah


PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH 

# Hadir kursus pra perkahwinan

# Dapatkan borang 2a di jais/ paid atau DOWNLOAD BORANG DI SINI.

# Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/ hiv dari bahagian undang-undang keluarga jais atau pejabat agama islam daerah.

# Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan (3 bulan sebelum akad nikah)

# Dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah qariah

# Dapatkan kebenaran berkahwin dari pejabat agama islam daerah (paid)

# Serahkan kebenaran kepada pihak perempuan.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

salinan kad pengenalan / passport(jika pemohon warganegara asing)
salinan kad pengenalan 2 orang saksi/ passport (jika saksi warganegara asing)
salinan sijil kursus pra perkahwinan (diiktiraf oleh jakim/ jais/ jawi/ jain)
keputusan ujian saringan hiv 
salinan borang permohonan 2a (jika pemohon nikah luar daerah/ negeri/ negara)
surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ ketua kampung/ nazir masjid/ pengerusi jkkk/ pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat didalam kad pengenalan).
surat perakuan cerai/ kematian pasangan dan salinannya. (jika pemohon duda)
surat atau kad perakuan islam dan salinannya. (jika pemohon saudara baru)
surat kelulusan dari kagat/ pdrm. (jika pemohon anggota tentera/ polis)
surat kebenaran berkahwin daripada konsulat atau kedutaan dan imegresen. (jika pemohon warganegara asing)


4 comments:

fatin hanani said...

bnyknya dokumen yg diperlukan haha..
xnikah lagi 2 hehe..haihh payah juga noh hehe

jelah said...

@fatin- dokumen tu xpe lgi..boleh pototstat jer..yg payahnyer nk akad tu.ketaq habis kot..hahaha

pha is said...

huh.. mcm 2 jugak rupanya procedure nk kawin pon... hehehe

jelah said...

@pha- prosedur ni utk owg selangor jer...lupe plak nk tulis...

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...