SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

06 May 2012

Jaga Kaca Mata Anda dengan Cermat


Tips Menjaga Kaca Mata

> Gunakan bekas kaca mata dengan saiz yang sesuai, iaitu dari segi panjang, tinggi dan lebar. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Sentiasa bungkus kaca mata dengan kain pembersih lensa sebelum memasukkan kaca mata ke dalam bekas agar lensa sentiasa dalam keadaan baik. Jarang saya wat cmtu..hahaha..tu yg spec cepat calar...

> Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda dengan sendirinya. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga.

> Jangan mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar. Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan sabun lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.

> Jangan cuba membuka kaca mata anda dengan menggunakan sebelah tangan. Ini mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Selalu gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa. ini lah perkara yang ak selalu wat...patutla spec saya selalu rosak...

> Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.

> Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap. selalunyer owg akan pakai google..bru syok sikit..hahaha

> Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak. nmpaknyer xboleh la minum air panas2...hahaha

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...