SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

31 May 2012

Peminat Bertuah : 575

Assalamualaikum...
walaupun dalam mmod kesedihan
saya masih lagi sempat buat entri ni sempena
follower saya yang ke 575...

so sape followernyer????
namanyer Busyra Takiyudin..
owg Pendang, Kedah..
pe habaq??sihat noh..
beliau adalah insan yang bertuah menjadi follower saya...
nk tengok belog dia...tekan SINI..


comel tak header ni...ni header blog beliau..
bagi saya blog beliau cantik...simple..and DLL...
sebagai hadiah untuk Busyra saya letakkan blog beliau sebagai blog kesukaan saya...
tu je yang mampu ku beri..ha3..

30 May 2012

Al-Fatihah

Di sini ada satu berita yang sedih berlaku..
Family sahabat sebilik saya telah mengalami kemalangan di Kuala lipis petang semalam..
apa yang menyedihkan...Ayahnya telah kembali ke Rahmatullah di sana...
sahabat sebilik saya,Farhan Imran telah dimasukkan ke wad ICU..
ibuya telah patah tangan dan adiknya patah paha..
Hajat utk ziarah sahabat kt sana..
tetapi dia telah ditransfer ke HUSM,kubang kerian malam tadi..
Pagi ni dia telah keluar wad..
Arwah ayah sahabat saya telah selamat dikebumikan pagi tadi...
semoga sama-sama kita menyedekahkan al-fatihah untuk arwah dan ditempatkan dalam golong org yang soleh..
Saya harap sahabat saya terus tabah dalam mengahapi ujian ni..

AL-FATIHAH


29 May 2012

Lantunan Mahabbah #1

Assalamualaikum...
Tuan2 dan Puan2 yg dirahmati Allah sekalian..
Entri kali nie saya nak cerita tentang 
alunan Qasidah yang cukup menusuk Qalbu...
sebenarnyer qasidah merupakan perkara baru untuk diri saya..
sebeblum ni saya tidak pernah tahu pon ade alunan Qasidah yang mana liriknya
memuji Allah dan Rasulullah..
untuk permulaan terima la dari saya

YA BADROTIM
<wahai purnama>


28 May 2012

Random Giveaway By Yana

Assalamualaikum...
Selamat Tengahari semua..
dh makan ker?
kalao belum mkan cpat2 makan..nnt lauk habis kebulur plak nanti..hahaha
tadi jenjalan dri belog Wanna..dia ade post psl entri ni..
so saya pon nk join jgak la..

klik la cni..

saya dah join..
Anda pula bagaimana?????

26 May 2012

20 May 2012

TAHNIAH 3 IN 1

Assalamu'alaikum...slmat awal pagi...syukur alhamdulillah kerana masih lagi diberi nyawa untuk meneruskan musafir di bumi Allah ini...entri ini adalah untuk menyatakan ucapan TAHNIAH kepada para pemenang pada malam ini...Pertamanyer saya ucapkan TAHNIAH kepada pasukan Kelantan ynag telah muncul juara Piala FA malam tadi...Walaupun kelantan menang tapi saya merasakan game malam tidak cukup bertenaga...xkisah la janji menang...


Yang kedua TAHNAH diucapkan kepada pemenang Konsert Mania iaitu Hafiz...harapan saya agar juara konsert mania jadi insan yang baik...sesungguhnya hidayah Allah akan diberi kepada sesiapa hamba yang dikehendaki... 

Yang ketiga TAHNIAH juga saya ucapkan kepada saya kerana dapat juga saya pergi ke Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus pada hari Jumaat...puluhan ribuan manusia tidak mengira pangkat dan darjat berhimpun bagi mendengar ilmu yang disampaikan oleh selebriti ummah terkenal Ust Azahr Idrus...Dataran Perwaja yang besarnya lebihkurang 6 padang bola penuh dengan manusia yang datang mencari redha Allah...Subhanallah..


13 May 2012

Segmen : Follower Pilihan Niera

Segmen Terbaru dari Aisya Humaira
nama sama dgn nama isteri Nabi

KLIK GMBR UTK JOIN..

Alhamdulillah 
akhirnya dapat jgak join segmen nie...
ape yg saya harapkan dalam segmen ni hanya sebuah persaudaraan sesama Islam..


Study Untuk Exam

Salam Semua...
buat pengetahuan anda..sekarang semua IPGmate dalam mood study sebab minggu depan nk exam..Saya ade satu persoalan...Betulkah apa yg kita buat ni..bila nak exam baru nak study...adakah kita study untuk exam?tu persoalan yang saya tingglkan untuk anda..jangan lupa jawab tau..<homework..hahaha>..tapi itulah hakikatnya student sekarang..bila habis jer exam..bnde yang kita study pon akan hilang ditengah-tengah kabus yang tebal.....punyer susah ilmu yang kita study nak melekat dalam otak kita...walaupun otak kita memiliki memory yang lebih dari komputer namun ilmu-ilmu tersebut susah untuk diingat kembali...melainkan ilmu tersebut diamalkan atau dipraktikan..contohnya ilmu matematik operasi tambah dan tolak...setiap  manusia wajib menggunakan ilmu ini..so konfem ilmu ni org takkan lupa...kalo lupa jgak meme "berat nanang"...so bakal-bakal cikgu nak exam tu...



SELAMAT BEREXAM..

Prosedur Permohonan Poligami


Assalamu'alaikum semua..
Insyallah entri kali ni berkenaan bagaimana cara atau prosedur untuk membuat permohonan POLIGAMI. Untuk berpoligami bukan senang....ia mesti ikut prosedur yaang ditetapkan agar kedua-dua pihak tidak berlaku zalim.

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI

#Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).

#Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.

#Dapatkan borang 2 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.

#Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.

#Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.

#Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).

#Keputusan/perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).

#Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

-  Borang 2 B (permohonan berpoligami)
- Salinan slip gaji akhir / akuan sumpah jumlah pendapatan.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada.
- Salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
- Salinan surat beranak anak-anak.
- Pengisian borang-borang Mahkamah Syariah.
- Bayaran/fee Mahkamah.
- Surat laporan aduan Pejabat Agama.
- Bagi pemohon yang baru memeluk agama Islam, hendaklah mengemukakan kad perakuan memeluk Islam dan telah memperolehi kad pengenalan / kad pengenalan sementara yang mengandungi nama Islam.
- Surat kelulusan daripada Kor Angkatan Tentera jika pemohon seorang anggota tentera.
- Surat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia jika pemohon seorang anggota polis.
- Salinan lain-lain dokumen berkaitan.
<

Syarip Dol Samseng Kampung


Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun, selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk Kampung Dusun.

Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol.

Tambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.

Mereka berasa ok juga Syarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, nanya jadinya.

Hasil penipuan kadar perahan ini, Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.

Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini.

Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kampung Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik.

Berita ini membimbangkan Syarip Dol, menyebabkan ia mulai memikir bagaimana untuk menghalang penduduk Kampung Dusun dari menjual ke kilang lain.

Lalu, ia kumpulkan penduduk kampung kononnya untuk memberi anugerah jasamu dikenang. Syarip Dol fikir dari RM200,000 yang berjaya dikumpul selama setahun hasil penipuan perahan, apa salahnya kalau diberi RM100,000 kepada penduduk Kampung Dusun.

“Aku masih ada RM100,000 lagi. Apa yang penting penduduk tidak menjual kepada kilang lain,” katanya di hati.

Maka diadakan majlis anugerah, diwar-war seluruh Kampung Dusun bahawa Syarip Dol nak anugerah wang kepada semua penduduk Kampung.

Pada hari dijanjikan itu, ia mulai mengangkut penduduk kampung, tua muda, lelaki perempuan, Melayu, Cina, Asli dijamu dengan nasi bungkus dan disediakan pasukan nyanyian, kompang bagi memeriahkan majlis anugerah hasil rompakan dan penipuan dari penduduk Kampung Dusun.

Sarip Dol cukup seronok apabila penduduk kampung keluar beramai ramai, ada yang bertempik hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!

Dia tersenyum lebar. Penduduk mula terngaga apabila Sarip Dol menceritakan pengorbanannya selama ini, dan ingatkan penduduk agar kenang jasa dia.

Maka sampai masa dinanti nanti, Syarip Dol umumkan durian runtuh RM100,000 akan berikan kepada penduduk Kampung Dusun lelaki, perempuan dan anak anak.

Lalu bertempik soraklah penduduk kampung - ada yang pengsan terkejut, ada yang selak tak terkata, ada yang menangis kesyukuran, ada yang mengiling kepala tak percaya Syarip Dol baik sunggguh.

Lalu bergemalah lagi jeritan ucapan hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!

Lalu Syarip Dol dengan lantang bertanya penduduk Kampungg Dusun, “Apakah tuan-tuan nak jual di kilang lain lepas ini??!!”

Serentak jawapannya “TIDAK! Tidak! Kami sokong Syarip Dol.”

Mendengarkan kata kata itu, Syarip Dol tersenyum puas hati. Walaupun hakikat apa yang diberi hanyalah hasil penipuan kadar perahan, perahan keringat penduduk kampung, hasil penipuan yang dikembalikan kepada mereka semula.

Syarip Dol kagum bila ada seorang tua berkata mana nak cari tokeh baik macam Syarip Dol di dunia ini.....

credit : K. Pen. PAS

08 May 2012

Prosedur Permohonan Nikah


PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH 

# Hadir kursus pra perkahwinan

# Dapatkan borang 2a di jais/ paid atau DOWNLOAD BORANG DI SINI.

# Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/ hiv dari bahagian undang-undang keluarga jais atau pejabat agama islam daerah.

# Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan (3 bulan sebelum akad nikah)

# Dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah qariah

# Dapatkan kebenaran berkahwin dari pejabat agama islam daerah (paid)

# Serahkan kebenaran kepada pihak perempuan.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

salinan kad pengenalan / passport(jika pemohon warganegara asing)
salinan kad pengenalan 2 orang saksi/ passport (jika saksi warganegara asing)
salinan sijil kursus pra perkahwinan (diiktiraf oleh jakim/ jais/ jawi/ jain)
keputusan ujian saringan hiv 
salinan borang permohonan 2a (jika pemohon nikah luar daerah/ negeri/ negara)
surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ ketua kampung/ nazir masjid/ pengerusi jkkk/ pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat didalam kad pengenalan).
surat perakuan cerai/ kematian pasangan dan salinannya. (jika pemohon duda)
surat atau kad perakuan islam dan salinannya. (jika pemohon saudara baru)
surat kelulusan dari kagat/ pdrm. (jika pemohon anggota tentera/ polis)
surat kebenaran berkahwin daripada konsulat atau kedutaan dan imegresen. (jika pemohon warganegara asing)


07 May 2012

Random GA By Yana

JOM JOIN...
Ade Usaha ade kejayaan..
kik jer banner utk join..

06 May 2012

The Biggest Moon


Kalau anda nak tahu..semalam adalah hari yang paling untuk untuk kita melihat bulan ciptaan Allah. Penduduk Bumi kecuali tmpat dapat melihat imej bulan yang paling besar sepanjang tahun ini semalam.

Keadaan itu berlaku apabila kedudukan bulan paling dekat dengan Bumi pada jarak 357,000 kilometer.
Posisi tersebut adalah 24,600 kilometer lebih dekat daripada purata jarak Bumi dengan bulan.

Saintis Balai Cerap Tentera Laut AS, Geoff Chester berkata, pada kedudukan tersebut, bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar daripada biasa.
"Namun, anda sukar mengesan perbezaan ini dengan menggunakan mata kasar," kata Chester.

Menurutnya, fenomena itu yang dinamakan adibulan, akan menyebabkan kejadian air pasang besar ekoran jajaran Bumi dan bulan yang dekat. tak kisah ape nama bulan pon..dalam Al-Quran terdapat surah yang menceritakan perihal bulan..ciptaanNya tiada tolok bandingnya..Adakah kita masih tidak bersyukur?

Jaga Kaca Mata Anda dengan Cermat


Tips Menjaga Kaca Mata

> Gunakan bekas kaca mata dengan saiz yang sesuai, iaitu dari segi panjang, tinggi dan lebar. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Sentiasa bungkus kaca mata dengan kain pembersih lensa sebelum memasukkan kaca mata ke dalam bekas agar lensa sentiasa dalam keadaan baik. Jarang saya wat cmtu..hahaha..tu yg spec cepat calar...

> Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda dengan sendirinya. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga.

> Jangan mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar. Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan sabun lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.

> Jangan cuba membuka kaca mata anda dengan menggunakan sebelah tangan. Ini mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Selalu gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa. ini lah perkara yang ak selalu wat...patutla spec saya selalu rosak...

> Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.

> Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap. selalunyer owg akan pakai google..bru syok sikit..hahaha

> Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak. nmpaknyer xboleh la minum air panas2...hahaha

05 May 2012

1st Giveaway By Fatma Fazira

Haaa...kat sini ade satu GIVEAWAY...
ownernyer = Fatma Fazira..
sedap btoi nmenyer secantik owgnyer...hehehe
spe yang terase nak JOIN this thing...
tafadhol<silakan>.....

klik banner utk join giveaway....

Chelsea vs Liverpool LIVE


setiap jam dan detik yang pergi cukup mendebarkan
kerana malam ni ade APE?
Haaa...sebab malan kn Final FA Cup....
itu la yang ditunggu-tunggu...
perlwanan diantara 

CHELSEA
VS
LIVERPOOL

pertemuan yang sengit diantara dua kelab Inggeris..
walaupon team saya tak masuk Final...<huhu xsedey pon>
tapi saya tetap bgi sokongan kt team
CHELSEA...hahaha.
papepon kita tggu malam ni...
tajuk bukan maen lagi..
mesti ade live punyer kat TV..hahaha
selamat menonton...

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...