SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

07 February 2012

Bagaimana Cara Rasulullah Tidur

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah taala kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menjadi seoarang yang bergelar Muslim...masih lagi menerima nikmat beriman kepada Allah..sesugguhnya beruntung kaepada mereka yang mendapat kedua-dua nikmat ini...setelah saya tidak beberapa minggu tidak buat entri baru di blog ini...Insyallah dikesempatan yang ada ini..saya akan berkongsi sedikit ilmu Allah yang luas ini...Sape tahu hari ni berapa Rabiulawwal?? kau semua mesti tercari-cari kalendar nk tengok berapa haribulan...yang kita ingat bulan masihi jer...Pejam celik -pejam clik dah nak hampir dengan hari maulid rasul..Sempena menanti hari Maulidurrasul saya ingin berkongsi BAGAIMANA CARA TIDUR NABI? Segala perbuatan,percakapan,dan takrir nabi merupakan SUNNAH..so cara tidur nabi pon merupakan sunnah yang perlu diikuti..macamna Rasulullah tidur? terdapat 2 cara nabi tidur..Yang pertama tidur secara mengiring ke kanan...Ada hadis yang menceritakan cara nabi tidur..
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)

Bertapa indahnya Islam itu sehingga cara tidur pon ditunjukkan oleh nabi..Kadang2 kita asal dapat katil jer terus lelap..punyer la letih sampai terkangkang tidur..mungkin kita rasaa cara tidur nabi kurang selesa atau tidak boleh tidur la...setiap perbuatan yang nabi lakukan seharian dalam kehidupan mempunyai hikmah-hikmah yang tersendiri..Menurut kajian..Ada dua tidur sahaja yang boleh menjaga tulang belakang dan leher kita iaitu cara tidur nabi...kita tengok punye la nabi demonstrate 1400 tahun dahulu baru sekarang hikmahnyer terungkai..
Cara kedua nabi tidur ialah dengan tidur secara melentang dan menyilangkan kaki..
Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)
Seorang ulama' terkenal, Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan..Tapi kita asal lepas makan jer tidur..sebab tu badan kita rasa letih dan proses penghadaman makanan akanmenjadi lambat jika kita terus tidur lepas makan...kalau kita tidur dalam kekenyangan memang susah untuk kita bangun..cer tengok ular sawa,kalau die dah makan lembu seekor..lapas tu eduduk depan die..konfem die takkan lawan sebab terlampau kenyang..begitu jugak kita..kalau kenyang memang tak bergeraklah kita..duduk jer situ sampai hilang rasa senak kat perut sebab terlebih kenyang..
Yang paling penting sebelum tidur amalkan zikir yang telah dianjurkan oleh nabi..Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan..Zikir sentiasa dilafazkan oleh nabi hatta sebelum tidur pon..sekurang-sekurang doa tidur pon dah okey..ni tidak doa tidur pon dah lupe..
Okeyla tu..saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua dan selamat mengamalkan sunnah nabi... 

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...