Tanda-Tanda Sifat Sombong (Takabbur)
- Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
- Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
- Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
- Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W, "Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Sunan Abi Daud dan At Tirmizi).
- Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain.
MasyaAllah kebanyakan tanda2 sombong ni ade kat dalam diri saya...
."Ya Allah,hambaMu memohon ampun dan minta Kau hilangkan sifat sombong dalam diriku ini...."
Adakah kamu semua mempunyai tanda2 penyakit ini..jika tiada..Alhamdulillah dan berdoa agar penyakit ini tidak terbuku di hati...jika ada..sama2lah kita mohon keampunan dari Allah...semoga permohonan kita diterima oleh Allah..sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha mengasihani...
4 comments:
semoga kita tatergolong dlm kalangan orang yg sombong.semoga hari mendatang lebih baik:-)
hari demi hari cuba x menyombongkan diri...semoga usaha kita berjaya!
ya betul-betul betul........
snf- insyallah..lpas ni rajin2 la lawat blog sy..hahaha
teratai- teruskan usaha kita...
Post a Comment