Kita kembali lagi dengn berita mengenai krisis di Mesir. HUH, bila nak habis krisis ni. kan senang kalo HOsni tu letak jawatan. kita kena dahulukan rakyat. Rakyat tidak akan buat demontrasi jika peminpin mereka baik dan berjiwa rakyat. Kita seharusnya bersyukur kerana di Malaysia tidak berlaku seperti di Mesir. tapi kalau pemimpin dah terok, terpaksa jugak buat demo...
Kita kena tegur pemimpin kita agar mereka sedar. bila orang dah dok di atas ni, dia akan rasa dirinya hebat.apa yang dia buat semua nya betul. sebab tu la kita perlu tegur,kalo tak nak dengar, kita tukar pemimpin. dengan adanya sistem demokrasi di negara kita rakyat dapat memilih pemimpin yang dirasakan layak untuk mentadbir dan mengurus kebajikan rakyat serta tidak tidak mementingkan keperluan sendiri. barulah masyarakat aman dan makmur...
Berita dibawah ini menganai nasihat Obama kepada Hosni mubarak untuk buat keputusan yang wajar. saya pon malas nak hurai, boleh bca berita dibawah ni..
WASHINGTON, 5 Feb — Presiden Barack Obama mengulangi permintaannya agar “peralihan kuasa tersusun mesti bermula sekarang” dan menggesa Presiden Mesir Hosni Mubarak “membuat keputusan sewajarnya” bagi menyelesaikan krisis semasa.
Obama (gambar) berkata beliau berharap untuk “melihat detik pergolakan (sekarang) dijadikan detik peluang” ke arah penyelesaian yang baik.
Beliau melahirkan pendirian itu ketika ratusan ribu penunjuk perasaan meneruskan demonstrasi buat hari ke-11 semalam di Kaherah menggesa Hosni berundur segera.
Demonstrasi semalam dikenali sebagai “Jumaat, Hari Berundur”.
Beberapa jam sebelum itu, Parti Demokratik Nasional pimpinan Hosni mendakwa kuasa Barat telah mengkhianati negara itu.
Mesir sekutu kuat Amerika Syarikat selama ini khususnya kepimpinan Hosni sendiri.
Meskipun protes meningkat semalam, Perdana Menteri Ahmed Shafiq memberitahu BBC bahawa tidak praktikal bagi Hosni meletakkan jawatan sekarang.
Beliau mengulangi pendirian Hosni bahawa tidak akan bertanding semula pada pemilihan presiden September ini adalah satu keputusan presiden itu berhasrat mahu berhenti daripada memimpin negara itu.
“Sebenarnya, presiden sudah pun meletakkan jawatan,” kata Ahmed.
“Kami memerlukan beliau sepanjang sembilan bulan ini,” katanya lagi.
Dalam temu bual berasingan kepada stesen TV al-Arabiya, BBC melaporkan Hosni akan menyerahkan kuasa kepada Naib Presiden Omar Suleiman, yang dilantik Hosni awal minggu ini, sebab presiden diperlukan berhubung urusan perundangan.
Dalam pada itu, timbul khabar angin bahawa penunjuk perasaan akan mengurankan kehadiran mereka di tengah Kaherah dan hanya akan mengadakan demonstrasi setiap Jumaat dan dalam jumlah yang kecil pada waktu-waktu lain.
3 comments:
begitulah kalau pemimpin ni kalau dah gila kuasa. Buat apa saja cara asalkan dia tetap berkuasa...
kalau dah rakyat pon siap buat rusuhan sebab kan presiden tu,, sah sah dye tak diterima lagi rakyat,,,,nak pegang jawatan pon ape guna nya lagi..sampai kan negara dah jadi kucar kacir.
takde orang bawahan, orang atasan tak akan naik jadi orang yang berjaya. :D
kita kne contohi sifat kepimpinan Rasullullah dalam mentadbir Madinah...nescaya rakyat takkn wat demo...
Post a Comment