SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

04 February 2011

Jumaat telah kembali lagi





Hari ni dah hari jumaat rupanya. rasanya baru sahaja hari jumaat, dah jumpa lagi jumaat. masa sekejap jer berlalu. masa tu dah cemburui kita. tapi kalau kita buat kerja berfaedah, kita akan rasa masa tu kejap je. kalau buang masa rasa lama la plak. Ape yang penting kita gunakan masa yang Allah berikan kepada makhluknya iaitu 24 hours dengan sebaiknya. Setiap saat yang kita gunakan akan ditanya oleh Allah. 


Oleh sebab itu setiap kali kita memulakan sesuatu perkara dengan niat yang tulus suci dan bersih. contohnya kita nak pergi kuliah, dalam perjalanan pergi kedewan kuliah, kita niat supaya kita study ni kerana Allah. Appa -apa perkara yang kita niatkan kepada Allah, insyaallah ada ganjaran yang menanti. Barulah hidup kita tidak sia-sia. 






JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.
Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Jumaat juga merupakan penghulu segala hari dimana umat islama akan menunaikan solat jumaat di masjid dan mendengar khutbah yang disamapaikan oleh khatib. kita disunatkan datang awal ke masjid   . ambil intipati apa yang disampaikan oleh khatib. Jangan tidur!!!!kalau di masjid ada macam fesyen tidur. kalau tidur yang tidak tetap punggung batal wudu'...kene ambil wudu' balik...seeloknya tahan la tidur tu. kalau rasa mengantuk pergi ambil wudu' balik ataupun tukar tempat duduk.


TAJUK KHUTBAH HARI INI 
"KEWAJIPAN MENGURUS JENAZAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
muat turun teks khutbah

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...