Bagaimana dengan diri anda? Ingat lagi helah ketika mula belajar berpuasa?
“Terminum” Air di tandas
Pasti ramai yang pernah lakukan perkara ini. Minta izin guru untuk ke tandas, walhal “terminum” air ketika berkumur. Tambahan dengan cuaca yang panas terik. Waktu kecil bolehlah ya, sekarang jangan suka-suka pula ke tandas untuk buat-buat terminum air.
Puasa Setengah Hari
Ini merupakan amalan kebanyakan ibu bapa yang mula melatih anak-anak mereka untuk berpuasa. Bukan kanak-kanak sahaja, muallaf atau mereka yang baru memeluk agama Islam juga boleh dilatih berpuasa dengan cara ini. Islam bukan agama yang menekankan paksaan, malah Islam merupakan kepercayaan yang cukup fleksibel. Bagi tujuan melatih berpuasa, mungkin bagi minggu pertama, boleh puasa sehingga tengah hari ataupun puasa tidak makan tetapi masih minum, sehingga mampu menahan lapar dan dahaga sehingga satu hari. Tapi ingat, untuk tujuan latihan sahaja!
Bersahur sambil pejam mata
Jangankan zaman mula belajar berpuasa, malah sehingga tua pun masih ada mereka yang tidak larat bangun pagi untuk bersahur dan akan makan sambil pejam mata. Waktu kecil memang comel, tetapi bayangkan orang tua jika lakukan begitu, sudah tentu buruk rupanya. Ingat, bersahur boleh memberikan tenaga untuk bekerja sepanjang hari dan ia juga merupakan amalan Nabi.
Dengan itu, semoga kenangan amalan ketika kecil dapat menceriakan hari anda. Salam Ramadan!
No comments:
Post a Comment