SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

01 July 2013

Khalid - Insentif Perkahwinan dinaikkan

KUALA LUMPUR: Insentif perkahwinan dinaikkan kepada RM500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin.

Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan kerajaan negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini kerajaan negeri masih memberi RM200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM500, lapor Selangorku.

Kenaikan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 bulan lalu.

Menurut Abdul Khalid pendaftaran akan membolehkan kerajaan negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian program MES kepada mereka yang layak.

Setakat ini, kira-kira 25,000 pasangan pengantin telah didaftarkan di Selangor sejak Januari lalu.

“Antara program yang kita usahakan adalah memasukkan nama mereka dalam program pemberian Rumah Mampu Milik (RMM) supaya terpilih memiliki rumah jika termasuk dalam kategori berpendapatan sederhana dan bermastautin tetap di Selangor,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia 2013 dan Pelancaran Laman Sesawang Belia (BES) Selangor di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrasruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi. (Gambar atas)

Seramai 191 pengantin baru menerima insentif tersebut disampaikan Menteri Besar dalam majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, mereka yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun sudah boleh dianggap sebagai pemastautin tetap dan layak menyertai program tersebut.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri juga merancang menaikkan insentif pemberian tersebut dari RM200 kepada RM500.

“Selain itu apabila kita ada majlis meraikan perkahwinan beramai-ramai dan kita akan bagi hadiah lagi RM100,” katanya.

1 comment:

Mad Riz said...

maaf kepada pembaca sila Lihat sini

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...