SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

26 February 2012

Syurga Ilmu : Fesyen Masa Kini

Ni adlah aktiviti tok Malam ni...
Jom kita sama2 menimba ilmu Allah...

Tersalah Doa...

Assalmualaikum semua...
sihat noh semua...Harap2 hampa sihat la ye..
Entri ini sebenarnye sebagai satu pemberitahuan kepada readers n bloggers sekalian tentang perkara ini..
Perkara ini adalah perkara lama dan dah lapuk pon...tak silap saya perkara ini berlaku pada tahun 2009 iaitu tahun penyakit H1N1..Jadi ape kaitan entri ni dengan H1N1?
Mungkin anda penah baca belog orang pasal SATU DOA yang mana doa tersebut boleh menghindari dari penyakit H1N1..ada satu doa yang telah disebarkan oleh pihak tertentu sebagai doa lindung dari H1n1..doa ape yang saya sebutkan itu ialah 


setelah saya mendengar ceramah daripada ust Nasim, seorang penceramah yang pakar dalam penelewengan  berlaku dalam syiah..beliau memberitahu doa yang saya maksudkan diatas merupakan doa yang SESAT..kalau kita baca maksudnya pon kita dah tau doa ni xboleh pakai...Sebab ape x boleh pakai? Doa itu hanya mohon perlindungan dengan ahli bait/imam mereka sahaja...sedangkan kita hanya berhak eminta kepada Allah...Maknanyer disitu..pihak tersebut mengagungkan imam mereka sampai tahapnyer sama level dengan Pencipta kita...Na'uzubillah...
Lagi satu semasa saya di sekolah menengah doa ini telah diamalkan setiap kali selepas sembahyang maghrib...termasuklah saya..bila saya dengar ust Nasim kata macam tu..saya terdiam bila memikirkan balik apa yang saya buat kat sekolah dulu...saya betol2 bersalah....nasib baik time tu tak tau apa2 lagi....kalau camtu fahaman syiah kat sekolah saya dah tersebar la...Bahaye ni...
Syiah ni lagi bahaye dari wahabi...puak2 ni ade yang tergamak mengkafirkan sahabat Nabi...
So readers sekalian..sekali kita tersalah langkah maka iqtiqad kita akan terpesong dari iqtiqad yang sebenar...



18 February 2012

4 Jenis Lelaki yang tidak Selamat

Entri pada kali ini berkenaan dengan LELAKI..Ada ape dengan lelaki? Adakah lelaki itu lebih baik dari WANITA?Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.


4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-



“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

16 February 2012

Fastest Update



Salam semua..
Update terpantas...
Sya tak dapat nk update entri yang baru sebab tuan tanah tak sihat..
Doakan tuan punyer Belog sihat ye...
~zzzzzzzzz~

09 February 2012

Jaga-Jaga Dengan Hati Kita

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus: 57).

Saya mulakan entri pada hari ini dengan sepotong ayat al-Quran yang menerangkan kepentingan al-Quran sebagai penawar hati. Dalam Malaysia ni dah banyak sangat wabak2 yang mazmumah yang merosakkan diri kita sendiri...bukan setakat diri sendiri..masyarakat pon akan rosak..

Antara wabak-wabak hati yang boleh melemah dan merosakkan diri, organisasi/masyarakat  yang perlu dihindari oleh setiap anggota dalam masyarakat/organisasi ialah seperti berikut;




  • Ego dan sombong
  • Riak dan takbur
  • Berprasangka negatif
  • Cemburu dan iri hati
  • Suka mencari kelemahan orang lain
  • Kedekut dan tidak suka berkongsi
  • Mementingkan diri sendiri
  • Suka kepada pujian

Ayat al-quran yang diterangkan tadi telah terjawab untuk kita menghindarkan dari wabak2 yang bahaya ini...wabak hati ini bende yang abstrak..xde sape yang boleh kecuali Allah dan diri kita sendiri...so kita kne cek hati kita supaya bnde2 yang tidak baik kita buang jauh2...

Mudah-mudahan ia akan menjadi sebuah muhasabah untuk kita membetulkan diri dari semasa ke semasa bagi membangunkan organisasi diri kita masing-masing...

07 February 2012

Malaysia Kalah Man Utd Seri

Salam semua..
Topik hari ni lebih kepada luahan perasaan kepada Team Malaysia
yang bertungkus lumus memberi persembahan yang terbaik ketika menentang..
Walaupun kalah dengan Bahrain..tapi telah menunjukkan satu persembahan yang baik..
tapi itulah hakikatnya jika ada kesilapan yang sedikit dalam perlawanan membuatkan kita tersungkur dalam arena..
Hasrat Malaysia untuk  masuk Olimpuk 2012 telah padam pabila kalah 1- 2 kepada bahrain..
harapan hanya tinggl harapan..mugkin kekalahan ini akan memberi kita kesedaran dan bersedia untuk Olimpik akan datang...
ada satu benda lagi saya nak komen...
Semasa perlawanan Malaysia vs Bahrain...terima kasih kepada penyokong malaysia yang di bahrain yang memberi sokongan padu...
semasa menonton perlawanan itu, cameraman ada menunjukkan gambar penyokong Malaysia...saya ada terlihat penyokong perempuan Islam yang sedang HISAP ROKOK..
Malu saya tengok...Punyer la Majlis fatwa dah wat statement pasal MENGHISAP ROKOK ITU HARAM...tapi ade jgak yang tidak menghiraukan...

Namun ade ada rase lega bila MU seri dengan Chelsea...walaupun MU dah ketinggalan 3- 0 namun tetap bangkit kejar sampai 3 -3 sama...
TERBAIKLAH MAN UTD..

SETERUSNYA PERLAWANAN

MAN UTD VS LIVERPOOL 
11.FEB 2012

Bagaimana Cara Rasulullah Tidur

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah taala kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menjadi seoarang yang bergelar Muslim...masih lagi menerima nikmat beriman kepada Allah..sesugguhnya beruntung kaepada mereka yang mendapat kedua-dua nikmat ini...setelah saya tidak beberapa minggu tidak buat entri baru di blog ini...Insyallah dikesempatan yang ada ini..saya akan berkongsi sedikit ilmu Allah yang luas ini...Sape tahu hari ni berapa Rabiulawwal?? kau semua mesti tercari-cari kalendar nk tengok berapa haribulan...yang kita ingat bulan masihi jer...Pejam celik -pejam clik dah nak hampir dengan hari maulid rasul..Sempena menanti hari Maulidurrasul saya ingin berkongsi BAGAIMANA CARA TIDUR NABI? Segala perbuatan,percakapan,dan takrir nabi merupakan SUNNAH..so cara tidur nabi pon merupakan sunnah yang perlu diikuti..macamna Rasulullah tidur? terdapat 2 cara nabi tidur..Yang pertama tidur secara mengiring ke kanan...Ada hadis yang menceritakan cara nabi tidur..
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)

Bertapa indahnya Islam itu sehingga cara tidur pon ditunjukkan oleh nabi..Kadang2 kita asal dapat katil jer terus lelap..punyer la letih sampai terkangkang tidur..mungkin kita rasaa cara tidur nabi kurang selesa atau tidak boleh tidur la...setiap perbuatan yang nabi lakukan seharian dalam kehidupan mempunyai hikmah-hikmah yang tersendiri..Menurut kajian..Ada dua tidur sahaja yang boleh menjaga tulang belakang dan leher kita iaitu cara tidur nabi...kita tengok punye la nabi demonstrate 1400 tahun dahulu baru sekarang hikmahnyer terungkai..
Cara kedua nabi tidur ialah dengan tidur secara melentang dan menyilangkan kaki..
Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)
Seorang ulama' terkenal, Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan..Tapi kita asal lepas makan jer tidur..sebab tu badan kita rasa letih dan proses penghadaman makanan akanmenjadi lambat jika kita terus tidur lepas makan...kalau kita tidur dalam kekenyangan memang susah untuk kita bangun..cer tengok ular sawa,kalau die dah makan lembu seekor..lapas tu eduduk depan die..konfem die takkan lawan sebab terlampau kenyang..begitu jugak kita..kalau kenyang memang tak bergeraklah kita..duduk jer situ sampai hilang rasa senak kat perut sebab terlebih kenyang..
Yang paling penting sebelum tidur amalkan zikir yang telah dianjurkan oleh nabi..Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan..Zikir sentiasa dilafazkan oleh nabi hatta sebelum tidur pon..sekurang-sekurang doa tidur pon dah okey..ni tidak doa tidur pon dah lupe..
Okeyla tu..saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua dan selamat mengamalkan sunnah nabi... 

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...