LAYAKKAH KITA?
“Sesungguhnya Allah telah MEMBELI dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh SYURGA, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
(At – Taubah ayat 111)
Kemudian seusai Saidina Abu bakar selesai solat,Rasulullah bertanya kepadanya,Kenapa kamu sering mengulang-ulang ayat yang sama semasa solat sebentar tadi."Saidina Abu bakar menjawab,aku berasa diriku terlalu banyak AIB dan tidak layak untuk Allah BELI dirinya sepertimana dalam ayat tersebut,kerana itu aku menangis"....
Dalam feqah,barang yang ada AIB dan ROSAK,boleh dipulangkan semula....Sedangkan Abu Bakar yang banyak berkorban untuk ISLAM pun merasakan diri tidak layak,banyak aib dan bimbang Allah akn pulangkannya dan tidak mahu membelinya,sedangkan kita yang lagi banyak KEAIBAN....Sama2 kita bermuhasabah....Nasihat untuk diriku ini yang banyak aib dan dosa...Allahummaghfirlana Ya Allah...
-Kalam Syeikh Muhd Zainul Asri
Isyfa'lana Ya Rasulullah,Ya Hanana Bi Muhammad
No comments:
Post a Comment