SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

04 January 2014

2014 Satu Permulaan

Assalamualaiakum...
Alahmdulillah, Allah masih lagi memberi kita semua nikmat bernafas lagi pada hari ni dimana kita dah berada di satu tahun yang baru iaitu 2014. apa yang saya perhatikan pada permulaan tahun baru masihi cukup memberi makna yang bermakna dan mungkin juga tahun yang menderita bagi rakyat Malaysia. Ada yang menganggap Tahun 2014 adalah tahun malang kerana semua NAIK. itulah akibatnya kalo tersalah pilih pemimpin yang betul. Bila rakyat turun berhimpun dikatakan GULING kerajaan. Depa suh kita berjimat, tapi kerajaan sendri tidak berjimat dalam urus tadbir negara. itu serba sedikit isu semasa yang hangat.



Bagi saya tahun ni merupakan tahun yang terakhir bergelar penuntut ilmu. Pejam celik pejam celik rupanya dah hampir 4 tahun mengaji di sini. Gelaran penuntut ilmu takkan pernah lucut selagi nyawa masih ada. Ada juga yang mengatakan bila dapat segulung ijazah, dah cukup berilmu sedangkan ijazahnya hanya secubit je dari perlbagai ilmu yang lain. baru alim sikit dah pandai mengeluarkan hukum itu ini. Ulama zaman dahulu yang begitu alim pon takut untuk mengeluarkan sesuatu hukum kerana dia tahu apa akibat yang akan ditanggung jika salah disisi syariat. kalau kita seorang profesional pon, biarlah pro beragama. jangan dok jadi pro tpi anti ulama. saya pon xnak ckp pnjang cuma mengharapkan sahabat-sahabat pembaca untuk teruskan menyebarkan risalah Islam di setiap wasilah yang ada. moga2 ia menjadi saham kepada kita di alam kubur nanti.

sapa2 nak tengok cuti umum dinegeri KEDAH boleh klik DISINI


No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...