KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa mana-mana pihak yang menjemput artis wanita untuk membuat persembahan perlu menghormati hak mereka yang berhijab.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez memberitahu mereka yang mempertikaikan hak tersebut merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka dengan hak kaum dan agama.
Jelasnya lagi, kejadian yang menimpa penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar yang telah dihalang mengadakan persembahan kerana berhijab tidak seharusnya berlaku apatah lagi negara ini telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.
Kata beliau, pihaknya telah menerima laporan rasmi daripada Marianatasha apabila beliau telah dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran sebuah syarikat atas alasan kerana berhijab.
"Ini merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka kepada sensitiviti masyarakat Islam, ia tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kita telah merdeka lebih 50 tahun.
"Beliau membuat persembahan yang merupakan kerjayanya dan berhijab mengikut apa yang dituntut oleh agama Islam, sepatutnya kita perlu peka dalam hal ini," jelasnya dalam sidang media di sebuah restoran di Bukit Damansara.
Freddie menegaskan isu ini akan menjadi lebih parah seandainya ia dimanupulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan prasangka di kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum dan agama.
"Tindakan memperlekehkan seseorang individu di atas sebab-sebab yang tidak munasabah sebegini amatlah dikesali dan pastinya memberi impak yang amat negetif jika ianya dipanjangkan.
SILA KLIK DI SINI
Jom Baca
27 January 2014
14 January 2014
LAYAKKAH KITA?
LAYAKKAH KITA?
“Sesungguhnya Allah telah MEMBELI dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh SYURGA, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
(At – Taubah ayat 111)
Kemudian seusai Saidina Abu bakar selesai solat,Rasulullah bertanya kepadanya,Kenapa kamu sering mengulang-ulang ayat yang sama semasa solat sebentar tadi."Saidina Abu bakar menjawab,aku berasa diriku terlalu banyak AIB dan tidak layak untuk Allah BELI dirinya sepertimana dalam ayat tersebut,kerana itu aku menangis"....
Dalam feqah,barang yang ada AIB dan ROSAK,boleh dipulangkan semula....Sedangkan Abu Bakar yang banyak berkorban untuk ISLAM pun merasakan diri tidak layak,banyak aib dan bimbang Allah akn pulangkannya dan tidak mahu membelinya,sedangkan kita yang lagi banyak KEAIBAN....Sama2 kita bermuhasabah....Nasihat untuk diriku ini yang banyak aib dan dosa...Allahummaghfirlana Ya Allah...
-Kalam Syeikh Muhd Zainul Asri
Isyfa'lana Ya Rasulullah,Ya Hanana Bi Muhammad
06 January 2014
Kisah Juha #1 : Belakang Bereti Hadapan
*Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW.
Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha. Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, ada lagi orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.
Belakang Bererti Hadapan
Abu Bakar Al-Kalbi menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan Juha* di Kufah. Ketika itu dia sengaja datang ke Kufah untuk pergi ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa dengan seorang syeikh sedang duduk berjemur di panas matahari.
“Wahai Syeikh! Di mana rumah tuan hakim?” Tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepada Syeikh itu.. “Wara’aka (di belakangmu).” Jawab Syeikh itu. Maka Abu Bakar pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksud. “Subhanallah, mengapa engkau berbalik ke belakang?” Tegur Syeikh itu tiba-tiba.. “Tuan kata “di belakangmu”, jadi saya balik ke belakanglah.” Jawab Abu Bakar.. “Dengarlah saudara. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah ....” Lalu Syeikh itu membaca surah Al-Kahfi, ayat 79 yang ertinya:
“Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa.”
“Ikramah berkata,” Kata syeikh itu lagi. “Di belakang mereka maksudnya di hadapan mereka.” Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham bahawa rumah tuan hakim yang sedang dicarinya ada di hadapannya. “Subhanallah......” Kata Abu Bakar kagum. Kemudian dia bertanya: “Syeikh ini Abu siapa......?” . “Abul Ghusn.” Jawabnya.. “Nama yang sebenar?” Tanya Abu Bakar lagi.
“Juha.” Jawabnya.
Ubbad bin Suhaib juga menceritakan pengalaman yang sama dengan Abu Bakar Al-Kalbi ketika datang ke Kufah. Dia datang ke kota itu untuk mendengarkan tilawah Al-Quran dari Syeikh Ismail bin Abi Khalid. Ketika dia sedang tercari-cari tiba-tiba bertemu dengan seorang Syeikh sedang duduk-duduk. “Wahai syeikh, di mana rumah Ismail bin Abi Khalid?” Tanya Ubbad bin Suhaib. “Terus ke belakang.” Jawab orang tua itu. “Jadi aku mesti berpatah balik?” Tanya Ubbad. “Aku cakap di belakangmu, mengapa mesti berpatah balik.” “Tuan cakap wara’aka, bererti kan di belakangku.” Kata Ubbad bin Suhaib. “Bukan begitu. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku tentang firman Allah “Wa kana wa ra’ahum”, maksudnya “di hadapan mereka.”
Ubbad kagum akan kecerdikan orang tua itu..“Siapa nama tuan?” Tanya Ubbad.. “Nama saya Juha.” Jawab orang tua itu.

Labels:
kisah juha
04 January 2014
2014 Satu Permulaan
Assalamualaiakum...
Alahmdulillah, Allah masih lagi memberi kita semua nikmat bernafas lagi pada hari ni dimana kita dah berada di satu tahun yang baru iaitu 2014. apa yang saya perhatikan pada permulaan tahun baru masihi cukup memberi makna yang bermakna dan mungkin juga tahun yang menderita bagi rakyat Malaysia. Ada yang menganggap Tahun 2014 adalah tahun malang kerana semua NAIK. itulah akibatnya kalo tersalah pilih pemimpin yang betul. Bila rakyat turun berhimpun dikatakan GULING kerajaan. Depa suh kita berjimat, tapi kerajaan sendri tidak berjimat dalam urus tadbir negara. itu serba sedikit isu semasa yang hangat.Bagi saya tahun ni merupakan tahun yang terakhir bergelar penuntut ilmu. Pejam celik pejam celik rupanya dah hampir 4 tahun mengaji di sini. Gelaran penuntut ilmu takkan pernah lucut selagi nyawa masih ada. Ada juga yang mengatakan bila dapat segulung ijazah, dah cukup berilmu sedangkan ijazahnya hanya secubit je dari perlbagai ilmu yang lain. baru alim sikit dah pandai mengeluarkan hukum itu ini. Ulama zaman dahulu yang begitu alim pon takut untuk mengeluarkan sesuatu hukum kerana dia tahu apa akibat yang akan ditanggung jika salah disisi syariat. kalau kita seorang profesional pon, biarlah pro beragama. jangan dok jadi pro tpi anti ulama. saya pon xnak ckp pnjang cuma mengharapkan sahabat-sahabat pembaca untuk teruskan menyebarkan risalah Islam di setiap wasilah yang ada. moga2 ia menjadi saham kepada kita di alam kubur nanti.
sapa2 nak tengok cuti umum dinegeri KEDAH boleh klik DISINI
Subscribe to:
Posts (Atom)