Innalillah wa inna ilaihi raji'un...Marilah kita sama-sama meyedekahkan Al-Fatihah kpd Allahyarham agar ditempatkan bersama orang yang soleh. untuk pengetahuan pembaca semua maahad ini adalah milik seorang pensyarah saya, Ustaz Jazmi..sebentar tadi beliau menceritakan keadaan disana. dia juga menceritakan keadaan Allahyarham yang dijumpai rentung KECUALI otaknya yang putih bersih. nak kata kat sini, keadaan orang yang hafaz Al-Quran cukup dijaga oleh Allah.
untuk berita selanjutnya boleh baca dibawah..
SUNGAI PETANI - Seorang penuntut tahun satu Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) dekat Tikam Batu di sini ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya rentung selepas bangunan asrama dua tingkat itu terbakar semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, Aiman Nur Hakim Yahya, 13, dari Kuala Bekah, Penaga, Pulau Pinang meninggal dunia selepas mangsa dipercayai tersangkut pada tangga ketika cuba turun ke tingkat bawah untuk menyelamatkan diri bersama 15 rakan yang menghuni asrama itu.
Kejadian itu turut menyebabkan lima rakannya cedera dengan dua daripada mereka masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Dua yang masih dirawat ialah Mior Amirul Mior Mohd. Ghazali berasal dari Sungai Petani dan Muaz Halim dari Sidam di sini. Kedua-duanya berusia 16 tahun.
Mantab yang beroperasi sejak tiga tahun lalu mempunyai 20 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.
Bagaimanapun hanya 16 orang yang tinggal di asrama berkenaan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/
Hakcipta terpelihara
1 comment:
Innalillah. terharunya baca ni. Jenazah yg sggh mulia. Nak jadi macam beliau gak insyaAllah ^^
Post a Comment