SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

24 June 2013

[ PROGRAM ] Tanyalah Ustaz Edisi Ramadhan

Assalamualaikum....
Program TAnyalah Ustaz...
Terbuka kpd sume Warga IPG KSAH..

Marilah kita sama2 mengahadirkan diri..

20 June 2013

Bagaimana Nabi Sambut Ramadhan?

Assalamualikum..
Syaaban sudah berlalu seminggu..apakah persiapan kita untuk ramadhan yang abakal tiba?adakah kita masih lagi diberi nafas oleh Allah untuk berada dalam bulan ramadan?
moga2 Allah dapat mempertemukan ramadhan pada kali ini..jadi persiapan kita untuk menyambut ramadhan haruslah mengikut syariat yang ditatapkan.. kita juga perlu tahu bagaimana Nabi kita menyambut ramadhan yang mulia ini. Rasul SAW yang mempersiapkan diri betul menyambut kedatangan setiap bulan Ramadhan.

Persiapan Rasul tersebut bukan hanya bersifat jasmani, melainkan gabungan jasmani dan rohani mengingat puasa sebagaimana ibadah yang lain adalah gabungan ibadah jasmani dan rohani, di samping ibadah yang paling berat di antara ibadah wajib (fardu) lain.

Oleh sebab itu, ia disyariatkan yang paling akhir di antara ibadah wajib lainnya. Persiapan jasmani tersebut dilakukan oleh Rasul SAW melalui puasa Isnin-Khamis dan puasa hari-hari putih (tarikh 13,14 dan 15) setiap bulan sejak bulan syawal hingga Sya'ban.




Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW sentiasa puasa Isnin dan Khamis. Dikatakan kepada beliau, "Wahai Rasul, engkau sentiasa puasa Isnin dan Khamis."


Beliau menjawab, "Sesungguhnya pada setiap hari Isnin dan Khamis Allah SWT mengampuni dosa setiap Muslim, kecuali dua orang yang bermusuhan. Allah berfirman, 'Tangguhkanlah keduanya sampai keduanya berdamai'. "(HR. Ibnu Majah).


Dalam kaitannya dengan puasa tiga hari setiap bulan, Rasul SAW bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghifari RA, "Wahai Abu Dzar, jika engkau ingin berpuasa setiap bulan, maka puasalah tarikh 13,14 dan 15." (HR. Tirmidzi).

Sedangkan persiapan rohani dilakukan oleh Rasul SAW melalui pembiasaan solat tahajud setiap malam serta zikir setiap waktu dan kesempatan. Bahkan, solat tahajud yang hukumnya sunah bagi kaum Muslimin menjadi wajib bagi peribadi Rasul SAW.

Malam Qasidah

Assalamualikum...
sekadar hebahan..
kepada yang berkelapangan boleh hadir..
MASUK PERCUMA..


jangan lupa ajak mak ayah, adik, kakak, pakcik dan yang sewaktu dengannya...
Moga majlis seperti mendekatkan diri kita kepada Allah..

19 June 2013

Kuota Haji Berkurangan

PAS menggesa Lembaga Tabung Haji memberi keutamaan kepada bakal jemaah haji kali pertama ekoran pengurangan 20 peratus kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam keadaan kouta yang terhad, seharusnya jemaah haji kali pertama perlu diberi keutamaan berbanding mereka yang pernah menunaikannya sebelum ini.

"Kita minta untuk Tabung Haji penuhi kouta yang ada itu untuk mereka yang baru kali pertama mengerjakan haji.

"Tidak boleh lagi ada perkiraan orang yang dah pergi boleh pergi lagi. Ketegasan pengurusan Tabung Haji diperlukan dalam situasi ini," katanya kepada Harakahdaily.


Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian sebagi mengulas isu kuota haji yang dikurangkan sebanyak 20 peratus pada tahun ini.

Difahamkan pengurangan kuota jemaah haji itu adalah berikutan arahan terbaharu kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.

Dalam pada itu, Mahfuz juga mencadangkan pihak Tabung Haji agar mengambil inisiatif lain dengan menanyakan kepada negara-negara lain yang berkemungkinan tidak memenuhi kuota negara mereka.

"Saya rasa ada negara yang kuotanya tidak penuh, dan Tabung Haji boleh berbincang untuk menghantar jemaah Malaysia menggunakan kuota negara tersebut," kata Mahfuz.

16 June 2013

Otaknya Bersih Walaupun Rentung


Innalillah wa inna ilaihi raji'un...Marilah kita sama-sama meyedekahkan Al-Fatihah kpd Allahyarham agar ditempatkan bersama orang yang soleh. untuk pengetahuan pembaca semua maahad ini adalah milik seorang pensyarah saya, Ustaz Jazmi..sebentar tadi beliau menceritakan keadaan disana. dia juga menceritakan keadaan Allahyarham yang dijumpai rentung KECUALI otaknya yang putih bersih. nak kata kat sini, keadaan orang yang hafaz Al-Quran cukup dijaga oleh Allah.

untuk berita selanjutnya boleh baca dibawah..


SUNGAI PETANI - Seorang penuntut tahun satu Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) dekat Tikam Batu di sini ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya rentung selepas bangunan asrama dua tingkat itu terbakar semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, Aiman Nur Hakim Yahya, 13, dari Kuala Bekah, Penaga, Pulau Pinang meninggal dunia selepas mangsa dipercayai tersangkut pada tangga ketika cuba turun ke tingkat bawah untuk menyelamatkan diri bersama 15 rakan yang menghuni asrama itu.

Kejadian itu turut menyebabkan lima rakannya cedera dengan dua daripada mereka masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Dua yang masih dirawat ialah Mior Amirul Mior Mohd. Ghazali berasal dari Sungai Petani dan Muaz Halim dari Sidam di sini. Kedua-duanya berusia 16 tahun.

Mantab yang beroperasi sejak tiga tahun lalu mempunyai 20 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.

Bagaimanapun hanya 16 orang yang tinggal di asrama berkenaan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/
Hakcipta terpelihara

15 June 2013

Isteri Cermin Buat Suaminya


Apabila seseorang pendakwah mendapat isteri yang kurang kefahaman dakwah sepertinya, kita sering memandang kurang faham si isteri itu sebagai kelemahannya yang akan menganggu kerja dakwah kita. Saya sangat kasihan pada isteri yang menerima nasib begini. Sedangkan, tahukah kita kurang faham isteri itu memerlukan kita untuk memimpinnya? Naluri isteri mana yang tidak mendambakan kepimpinan suaminya terhadapnya? Mengapa kita mampu untuk berkorban siang malam kerana untuk berdakwah kepada anak usrah kita dan ahli jemaah kita, tetapi tidak pula kepada isteri kita? Sangat pelik bukan sikap begini.

Ingatlah, siapakah isteri kita, itulah cermin buat kita. Isteri merupakan pantulan imej kejayaan dakwah si suami. Jika kita mengatakan isteri kita seorang yang tidak faham dakwah, maka kata-kata itu akan terpantul kepada kita sebagai daie yang gagal berdakwah pada isterinya sendiri. Tanggungjawab dakwah kita terhadap masyarakat adalah fardhu kifayah di mana jika sudah ada pihak yang menjalankan tanggungjawab itu, kita telah terlepas darinya. Tetapi tanggungjawab dakwah kita terhadap isteri kita adalah fardhu ain, tidak akan terlepas selamanya hingga ke Padang Mahsyar dan di pintu neraka!



Alasan tidak mampu berdakwah kepada isteri kerana sikap isteri yang tidak mahu menerima adalah alasan yang tidak boleh diterima. Jika kita mampu menghimpunkan sekian ramainya ahli di dalam jemaah kita, dalam keadaan kita berjumpa mereka hanya seminggu sekali di dalam usrah, bagaimana kita boleh gagal mendidik isteri yang kita temui setiap hari, setiap masa di dalam rumah kita. Jangan mengatakan gagal jika kita belum berusaha, dan usaha dakwah kepada isteri ini adalah terbuka hingga ke akhir hayat kita.
cc: dia

14 June 2013

Jumaat#1 - Muhasabah Diri

Assalamualaikum...
Hari ni adalah hari penghulu segala hari..
Hari utk kita menunaikan solat 2 rakaat secara berjemaah..
Hari utk kita mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib..
Hari cuti bagi yang berada di Kedah, Kelantan dan Terengganu...
Hari dimana umat Islam berkumpul dimasjid..
Hari dimana kiamat akan berlaku kelak..
Hari yang cukup mempunyai seribu satu makna..

Mungkin juga hari ni adalah hari bertuah buat anda..
Mungkin juga hari ni adalah hari sengsara buat anda..
Mungkin juga hari ni adalah saat anda dilahirkan..
Mungkin juga hari ni adalah saat terakhir bernafas dibumi..


itulah lumrah kehidupan..
Yang masih blur dengan apa yang berlaku selepasnya..

aikk...dah macam sajak plak...
ape yang baik kita amik yang buruk buang jaoh2..
nak kata kt sini..
setiap hari, waktu, masa sume penting untuk kita..
kita lah yang akan mencorakkan diri  kita..

Tajuk Khutbah Hari nie ialah



10 June 2013

Syaaban bulan ganti puasa

Assalmualaikum..
skrg kita sudah masuk bulan syaaban dimana ia bulan yang ke 8 dalam bulan Islam. Nmapaknya sudah dekat kita dengan blan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan raamadan. sebenarya semua bulan dalam Islam meme special. tapi ada satu bulan tu Allah meme bagi bonus kat kita untuk merebut peluang yang Allah sediakan. Kalau kita dengar, zaman nabi-nabi terdahulu yang umurnya beratus-ratus tahun. begitu juga dengan pengikut nabi terdahulu. sudah tentu amalan mereka lebih banyak dari kita yakni umat nabi Muhammad. Namun Allah itu maha Adil. Sebab itu Allah jadikan bulan ramadhan antara bulan yang paling banyak ganjarannya. bercakap dengan bulan syaaban, sudah tentu kita ingat dengan nisfu syaaban. Banayak lagi amalan yang boleh dibuat dalam bulan ini. Antara amalan yang sahih ialah berpuasa berdasarkan hadis sohih  dari Aisyah r.aha juga menyebut:


“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

amalan berpuasa mem tidak asing lagi dengan para nabi. ada yang berkesempatan untuk ganti puasa tahun lepas khususnya wanita yang tidak cukup lagi. hahaha ni meme kebiasaannya lah..dah nk masuk bulan ramadan bru nak ganti puasa. xkisah la kan nk ganti bila..yang penting ganti daaripada tak buat langsung. selagi ada kesempatan baik buat cepat2 sebelum macam ujian dan dugaan yang datang. rasanya cukup setakat ini insyaa Allah jika ada kelapangan kita akan sambung lagi..

#Kepada yang berpuasa selamat berpuasa..n selamat berbuka...ha3

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...