SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

17 December 2012

Tubuh Kelab Bermotor Sahabat D'Masjid

gambar hiasan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melancarkan Kelab Bermotor Sahabat D’Masjid bagi membantunya melaksanakan program kebajikan untuk masyarakat.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, anggota kelab itu sebelum ini pernah menghulur bantuan kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur dan melaksanakan program kebajikan di Temerloh.

“Ada juga dalam kalangan anggota kelab yang boleh memberi bantuan kaunseling kepada golongan yang memerlukan, termasuk yang terlibat dengan masalah sosial,” katanya ketika melancarkan kelab itu, yang kini mempunyai 200 anggota, di sini semalam.

Sementara itu, pengerusi kelab, Rosile Saat Al-Gayauwi berkata, penubuhan kelab berkenaan dilihat mampu menarik minat golongan muda yang gemarkan aktiviti bermotosikal untuk mendekatkan diri dengan masjid serta mengambil bahagian dalam program kebajikan.

“Kelab ini juga mahu mengubah tanggapan negatif yang sering dikaitkan dengan peminat motosikal seperti gejala rempit, ragut, dadah dan sebagainya,” katanya kepada pembeita.

Rosile berkata, antara syarat untuk menyertai kelab itu ialah memiliki lesen yang sah dan motosikal sendiri.

Dalam pada itu, majlis hari ini turut menyaksikan pelancaran tabung "Salam Al-Gayauwi" bertujuan mengumpul dana bagi membina surau Kampung Penan di Batu 12 1/2, Bintulu, Sarawak. — BERNAMA


No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...