Pejam celik-pejam celik..rupenyer dah nak habis cuti sekolah. selama hampir sebulan setengah cuti telah dihabiskan di rumah. Bila duduk rumah nie biasanya ade benda yang akan naik. Rasenya semua tahu kot ape yang naik. So tak payah saya nak story kat sini. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi ku akan berangkat ke utara untuk menjalankan tugas yang lebih penting iaitu Study. Tiket balek sana pon saya dah beli. Insyaallah, Saya akan melangkah masuk tahun yang ke 3 degree. 2/1/2013 adalah hari permulaan kuliah saya di bumi malaysia. Rasa sekejap je masa meninggalkan kita..betullah kata -kata pak Arab "Masa itu emas, jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kamu".Tahun 2013 juga adalah tahun yang cukup berat. tetapi saya akan terus berusaha dan berdoa agar Allah akan memberi kekuatan kepada hambaMu ini untuk menempuh jalan- jalan yang berliku pada tahun hadapan. Ku harapkan bantuan dari sahabat-sahabat yang setia membantu untuk mendepani cabaran ini. Untuk akhirnya
saya ingin mengucapkan
moga tahun 2013 lebih baik dari tahun sebelumnya dan berusaha mencapai azam yang diniatkan.
No comments:
Post a Comment