SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

31 December 2012

Takwim Persekolahan 2013

Assalamualaikum..
Haaa kepada ibu bapa, cikgu-cikgu, makcik kantin, pakgud sekolah, dan murid-murid yang saya kasihi sekalian..
Disini saya sediakan takwim persekolahan tahun 2013 tau...
tengok jangan tak tengok...





30 December 2012

Berakhirnya Tahun 2012


Pejam celik-pejam celik..rupenyer dah nak habis cuti sekolah. selama hampir sebulan setengah cuti telah dihabiskan di rumah. Bila duduk rumah nie biasanya ade benda yang akan naik. Rasenya semua tahu kot ape yang naik. So tak payah saya nak story kat sini. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi ku akan berangkat ke utara untuk menjalankan tugas yang lebih penting iaitu Study. Tiket balek sana pon saya dah beli. Insyaallah, Saya akan melangkah masuk tahun yang ke 3 degree.  2/1/2013 adalah hari permulaan kuliah saya di bumi malaysia. Rasa sekejap je masa meninggalkan kita..betullah kata -kata pak Arab "Masa itu emas, jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kamu".Tahun 2013 juga adalah tahun yang cukup berat. tetapi saya akan terus berusaha dan berdoa agar Allah akan memberi kekuatan kepada hambaMu ini untuk menempuh jalan- jalan yang berliku pada tahun hadapan. Ku harapkan bantuan dari sahabat-sahabat yang setia membantu untuk mendepani cabaran ini. Untuk akhirnya
saya ingin mengucapkan 
SELAMAT TAHUN BARU 2013...

moga tahun 2013 lebih baik dari tahun sebelumnya dan berusaha mencapai azam yang diniatkan. 


26 December 2012

Doa Hilangkan Stress

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
hanya mampu ku beri dalam tinta ini  sepotong doa
untuk kalian semua yang merasakan dirinya stress, tertekan dan ape2 yang xmampu ku lafazkan disini..
bila hujung dah akhir-akhir memang stress sikit..
sebab kene belikan keperluan sekolah anak-anak la, yuran sekolah la, itu la ini la..hmm macam-macam..
Amalkan doa ini..moga-moga dengan hati yang ikhlas, Allah akan membantu kita..
 Kepada Ibu-ibu mengandung, elok la sangat amalkan doa ini  supaya jangan stress sangat ye..




17 December 2012

Malays can succeed without ‘HARAM’ trade

Former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi today chided Datuk Ibrahim Ali for suggesting that Islamic limitations have impeded Malay success, insisting that religion does not factor into an individual’s drive to succeed.

The Umno veteran popularly known as Pak Lah, who was a strong advocate of moderation in Islam during his tenure as prime minister, appeared to take issue with the Perkasa president for using the religion to make his case for Bumiputera affirmative action.

Ibrahim once sat on Umno’s supreme council along with Pak Lah but was sacked in November 2003 and had his membership revoked indefinitely.

“What is this, how could he make even that an issue?” a visibly displeased Pak Lah told a press conference here.

“We don’t say that as an excuse to not get into business ... (Islam) doesn’t mean we can’t be entrepreneurs.

“There are successful Malay companies ... it all depends on their own ability and skills to manage their business without involving haram (forbidden) elements,” he added.

Yesterday, the head of the Malay rights group had claimed that millions of ringgit in trade was denied to the Malays since they cannot operate businesses considered “haram”, or are prohibited in Islam, while non-Muslim entrepreneurs had benefited a lot from them.

“Gambling, liquor, entertainment outlets ... how could Malays afford, be able to compete?” the outspoken Pasir Mas MP told Perkasa members at the group’s general assembly yesterday.

“We urge the government to continue affirmative action to ensure the security of our nation.”

By Zurairi AR

Tubuh Kelab Bermotor Sahabat D'Masjid

gambar hiasan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melancarkan Kelab Bermotor Sahabat D’Masjid bagi membantunya melaksanakan program kebajikan untuk masyarakat.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, anggota kelab itu sebelum ini pernah menghulur bantuan kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur dan melaksanakan program kebajikan di Temerloh.

“Ada juga dalam kalangan anggota kelab yang boleh memberi bantuan kaunseling kepada golongan yang memerlukan, termasuk yang terlibat dengan masalah sosial,” katanya ketika melancarkan kelab itu, yang kini mempunyai 200 anggota, di sini semalam.

Sementara itu, pengerusi kelab, Rosile Saat Al-Gayauwi berkata, penubuhan kelab berkenaan dilihat mampu menarik minat golongan muda yang gemarkan aktiviti bermotosikal untuk mendekatkan diri dengan masjid serta mengambil bahagian dalam program kebajikan.

“Kelab ini juga mahu mengubah tanggapan negatif yang sering dikaitkan dengan peminat motosikal seperti gejala rempit, ragut, dadah dan sebagainya,” katanya kepada pembeita.

Rosile berkata, antara syarat untuk menyertai kelab itu ialah memiliki lesen yang sah dan motosikal sendiri.

Dalam pada itu, majlis hari ini turut menyaksikan pelancaran tabung "Salam Al-Gayauwi" bertujuan mengumpul dana bagi membina surau Kampung Penan di Batu 12 1/2, Bintulu, Sarawak. — BERNAMA


Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...