SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

02 October 2012

UIAM Mengundi Semula


Assalmualaikum...
Pagi-pagi ie anda dikejutkan dengan satu berita yang cukup bersejarah buat mahasiswa UIAM..untuk maklumat lanjut cer bace laporan kt bawah nie..


SHAH ALAM – Pengundian semula pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang dibatalkan ekoran masalah teknikal Selasa lalu, sah dijadual berlangsung esok, di sebalik ketidakpastian sejak beberapa hari lalu.

Notis ringkas tersebut memaklumkan, proses pengundian akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang.Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Dr Burhanuddin Aziz berkata, pihaknya masih belum boleh menyatakan "ya atau tidak" berhubung soal tarikh pengundian semula, yang masih belum disahkan sehingga malam ini.

"Kita tidak mahu mewar-warkan hal ini sangat. Dari segi logik, ia perihal dalaman, jadi kami mahu perkara ini diaturkan dengan baik," katanya ketika dihubungi sekitar 8 malam tadi.
Pengundian akan membabitkan kampus induk Gombak dan Kuantan.

Beberapa jam sebelum dimaklumkan oleh sumber dihubungi Sinar Harian Online, jurucakap Pro-Mahasiswa UIAM, Mohd Saiful Mat Amin melahirkan kekecewaannya di atas kelewatan pihak universiti memuktamadkan mengenai hal tersebut.

Beliau yang dihubungi Sinar Harian Online kira-kira jam 4 petang tadi memberitahu, tiada sebarang pengesahan dibuat mengenai tarikh pengundian semula walaupun disebut-sebut akan diadakan esok.

“Sebelum ini, notis ditampal sehari sebelum tarikh pengundian, namun sekarang sudah jam 4 petang dan tiada sebarang notis ditampal.
“Masa sudah semakin suntuk jika benar pengundian diadakan esok. Pelajar pula seperti tidak menghiraukan lagi pada pilihan raya kampus ini,” katanya.

Tambahnya, tindakan itu memberi tekanan ke atas calon yang tertunggu-tunggu sejak penangguhan diumumkan, Selasa lalu.
Bahkan menurut beliau, sebarang aktiviti berkempen dilarang sama sekali sebaik pengurusan universiti memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya tersebut diumumkan.

Mengulas soal keputusan tidak rasmi pilihan raya kampus Selasa lalu, Saiful menyatakan bahawa keputusan di UIAM sedikit menyebelahi Pro-Mahasiswa berbanding Pro-Aspirasi.
“Saya tidak menolak kemungkinan wujud kesilapan dalam sistem e-undi yang digunakan tetapi sepatutnya, tidak perlu ambil masa lama untuk ambil tindakan. _sumber_

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...