SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

16 April 2012

HUKUM MENGAMBIL UPAH MENGAJAR AL-QURAN



Hukum mengajar al-Quran fardhu kifayah. Jika dalam sebuah kampung tidak ada orang yang layak mengajar al-Quran kecuali seorang sahaja maka ketika itu fardhu ain ke atasnya mengajar al-Quran kepada orang lain. Ulama berselisih pendapat mengenai mengambil upah mengajar al-Quran. Huraiannya seperti :

a) Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar al-Quran secara mutlak.

b) Imam Hassan al-Basri, al-Sya'bi dan Ibnu Sirin mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika tidak mensyaratkan upahnya.

c) Imam Syafie, Imam Malik dan ' Ata ' al-Tabie mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika mensyaratkan upahnya dengan upah yang sah.

Orang yang mengajar al-Quran terbahagi kepada tiga golongan. Huraiannya ialah seperti berikut :

a) Golongan yang mengajar al-Quran semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang balasan atau keuntungan. Mereka diberi pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para Nabi ' Alaihim al-Shalatu Wassalam.
b) Golongan yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya dan mereka layak mengambil upahnya.
c) Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah mereka akan menerimanya. Harus bagi mereka menerima hadiah.



No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...