SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

03 October 2011

Mamat Nafi Pengaruh Fesyen Tudung Fida



Ekoran perubahan imej kekasihnya yang juga aktres, Fida Ibrahim daripada seorang yang bertudung cantik kini hanya mengenakan serkup kepala ala Dato' Siti Nurhaliza telah mengundang spekulasi ramai bahawa Fida berubah gara-gara pengaruh negatif semenjak menjalinkan hubungan dengan Mamat Sepah.
Tampil menafikan dakwaan tersebut, Mamat menjelaskan dia tidak ada kaitan mahupun bukan penyebab perubahan imej bertudung yang digayakan Fida sebelum ini.
"Bagi saya kalau Fida bertudung atau tak, saya tak pernah kisah kerana itu adalah fesyen dia yang tidak dipaksa oleh mana-mana pihak dan terlalu peribadi untuk diperkatakan. Bagi saya, apa yang Fida pakai tidak ada sebarang kaitan dengan saya. Jadi kalau Fida nak bertudung atau bertopi, itu adalah haknya," jelas Mamat ketika ditemui di Rumah Terbuka Astro baru-baru ini.
Tambahnya lagi, "Sebagai teman, saya ada memberi teguran. Saya minta dia memikirkan yang terbaik untuk dirinya. Fikir jika peminat boleh terima fesyen tersebut. Saya jenis yang tidak kisah. Jangan sampai peminat merungut kerana karakter kami berbeza. Saya pakai seluar pendek pun tidak mengapa tetapi dia lahir dalam industri ini dengan bertudung.
"Saya tidak tahu sejauh mana dia menerima teguran saya. Tapi setakat ini saya tak berani nak menyentuh bab pemakaian Fida," jelas Mamat yang turut kesal apabila ada yang mengatakan imej Fida berubah selepas dia memuat turun foto Fida tanpa memakai tudung baru-baru ini.
Ketika ditanya tentang status hubungan mereka yang dikatakan renggang selepas isu foto tersebut tersebar, Mamat mengakui ia sedikit menjejaskan hubungan mereka dan setakat ini mereka hanya menanti isu ini reda barulah berbincang. Namun hubungan 'persahabatan' mereka ini masih diteruskan.
Menurutnya lagi, apa yang berlaku bukan atas kerelaan atau kehendak masing-masing. Malah tidak boleh juga menuding jari menyalahkan mana-mana pihak.
"Saya berani bersumpah insiden tersebut memang tidak disengajakan. Saya seorang yang rabun dan tak perasan langsung gambar tersebut sehinggalah kakak saya meminta saya periksa Facebook semula kerana ada sesuatu yang tak elok dalam album tersebut. Apabila sudah sedar, saya terus padam. Sayangnya beberapa blog terlebih dahulu telah memuat turun gambar tersebut," akhiri Mamat yang bakal menjalani penggambaran drama 13 episod, "Superlawak FC" untuk Astro Warna tidak lama lagi selain penggambaran "Sepah The Movie" pertengahan Oktober nanti di Johor Bahru.
sumber : yahoo

3 comments:

Ce'gu JAERA said...

banyak dah oran bincang isu ,ereka berdua ni.. apa pun all the best la buat mereka

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

fida dh x betdung sgt dah skang .. hurm .. tgk la awek mamat dulu pun adik si rodi kristal tu .. mesti taset nk yg sexy je

Myza Sam said...

oh , macam - macam isu la mereka ini .

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...