SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

25 June 2011

Pemimpin BERSIH 2.0 dipaggil polis

BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.Mereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.
Menurut Maria, pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.
Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini.
Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini.
Sementara itu,program jelajah menjelang Himpunan Bersih 2.0 di sini malam tadi dibatalkan selepas polis mengepung lokasi kempen dengan mengadakan sekatan jalan di beberapa kawasan di ibu negeri Selangor ini.
Selain itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Annuar di lokasi majlis itu.
Khairul, yang mengenakan kemeja-T Bersih 2.0, ditahan dan digari (gambar)ketika mendekati pentas yang kosong di Seksyen 24.
Di pentas pula diletakkan kain rentang “Haraf Maaf, Pentas Ini Ditutup” dengan logo PDRM.
Lokasi itu dimaklumkan sebagai kawasan larangan dengan diletakkan pita kuning yang tertera mesej “Dilarang Melintas”.
kredit : http://www.kl-today.com

1 comment:

Just a random girl... said...

Jalan2 dr blogwalking list.

Harap2 Malaysia kembali aman mcm dulu.

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...