Setiap menara atau bangunan yang kita hendak bina wajib mempunyai tapak yanng kukuh dan tiang yang dapat menampung segala cabaran dan dugaan. begitujuga dalam kita berdakwah
Asas kepada sebuah bangunan dakwah yang kukuh ada tiga (3) iaitu :
- Kefahaman terhadap visi perjuangan.
- Kekuatan niat yang mengiringinya.
- Kekuatan amal yang dilaksanakan.
Ketiga-tiga asas di atas akan memberi aliran semangat yang tidak pernah kenal lemah bagi para pendakwah.
KEFAHAMAN TERHADAP VISI PERJUANGAN
Tanpa memiliki fikrah yang jelas, dakwah akan :
- Kehilangan ‘bashirah’.
- Miskin ketajaman langkah.
- Mudah terjebak oleh suasana yang menipu.
- Dilanda fitnah.
Perjalanan dakwah yang panjang, diikuti oleh karakteristik fasa yang dilaluinya mestilah disedari oleh setiap pendakwah.
Tidak sedikit orang yang gugur di jalan dakwah kerana tidak faham dengan langkah-langkah dan strategi umum dakwah di mana :
- Wujud ketidaksabaran dan sikap tergesa-gesa yang mendorong seseorang untuk memetik buahnya sebelum masak.
- Ada juga sebaliknya seolah-olah terseret dan tidak mampu mengikuti sifat dinamik dakwah.
- Kurangnya kreativiti, inovasi, apalagi kerja kuat dalam kerja dakwah.
KEKUATAN NIAT YANG MENGIRINGI
Ikhlas niat adalah sebuah kekuatan yang hebat bagi perjuangan para pendakwah. Ia berjuang hanya mengharapkan apa yang ada disisi Rabbnya bukan selain itu kerana jika tidak, ia pasti akan kecewa dan tidak akan mendapat hasilnya.
Keikhlasan niat mestilah dijaga dari sebelum melakukan sesuatu sehinggalah setelah melakukan perbuatan tersebut di mana seluruh fokus kehidupannya hanyalah untuk Allah swt kerana Allah swt hanya menerima amal sesiapa yang menghajatkan diri kepadaNya semata-mata dan Allah swt tidak memerlukan sekutu apapun dalam setiap perbuatan manusia.
Orang yang faham mestilah sentiasa ikhlas terhadap kefahaman ilmunya sedangkan orang yang ikhlas mestilah faham dalam mengamalkan apa yang difahaminya sehingga akan lahirlah amal yang ‘hebat’ kerana ditegakkan oleh kefahaman dan ikhlas.
KEKUATAN AMAL YANG DILAKSANAKAN
Amal yang benar adalah hasil dari ilmu yang benar dan keikhlasan niat. Hendaknya seorang pendakwah menjaga sikap istiqamah dan keseimbangan dalam beramal. Amal yang sedikit lebih baik daripada amal yang banyak tapi tidak berterusan dan ia juga mesti seimbang serta sekata dalam perlaksanaan amal-amal Islam serta tidak mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian lainnya.Manusia yang memiliki akal akan mengerti tentang berharganya cincin berlian di mana mereka sanggup berkelahi untuk merebutkannya tetapi anjing yang berada dekat dengan cincin berlian itu tidak akan pernah menghargai cincin berlian itu sebaliknya ia akan terus berlari mengejar tulang yang ada di situ lalu mencari tempat untuk memuaskan kerakusannya.Selain itu seorang pendakwah mestilah mempunyai kesungguhan dalam amal dakwahnya di mana ia memiliki kerelaan untuk bekerja kuat serta sanggup menderita demi sesuatu yang diyakininya sebagai kebenaran.
Seorang pendakwah mestilah sentiasa sensitif dalam niatnya agar jangan sampai keikhlasan hati dalam berdakwah dikotori oleh :
- Kekuasaan.
- Harta benda.
- Lawan jenis.
Keikhlasan niat mestilah dijaga dari sebelum melakukan sesuatu sehinggalah setelah melakukan perbuatan tersebut di mana seluruh fokus kehidupannya hanyalah untuk Allah swt kerana Allah swt hanya menerima amal sesiapa yang menghajatkan diri kepadaNya semata-mata dan Allah swt tidak memerlukan sekutu apapun dalam setiap perbuatan manusia. Hadis Nabi SAW ;"sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat".
No comments:
Post a Comment