SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

25 June 2011

Pemimpin BERSIH 2.0 dipaggil polis

BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.Mereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.
Menurut Maria, pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.
Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini.
Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini.
Sementara itu,program jelajah menjelang Himpunan Bersih 2.0 di sini malam tadi dibatalkan selepas polis mengepung lokasi kempen dengan mengadakan sekatan jalan di beberapa kawasan di ibu negeri Selangor ini.
Selain itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Annuar di lokasi majlis itu.
Khairul, yang mengenakan kemeja-T Bersih 2.0, ditahan dan digari (gambar)ketika mendekati pentas yang kosong di Seksyen 24.
Di pentas pula diletakkan kain rentang “Haraf Maaf, Pentas Ini Ditutup” dengan logo PDRM.
Lokasi itu dimaklumkan sebagai kawasan larangan dengan diletakkan pita kuning yang tertera mesej “Dilarang Melintas”.
kredit : http://www.kl-today.com

Keputusan Final Maharaja lawak 2011

siapakah yang menjuarai pertndingan ini
gelaran juara maharaja lawak akan membawa pulang hadiah sebanyak RM 400 000
naib juara sebanyak 250 000 no. 3 dan no. 4 tak tahu apa hadiahnya...

dengan ini saya mewakili AC Mizal mengumumkan keputusan Final maharaja lawak 2011
telah dimenangi oleh 
SEPAH!!!!!



No. 2 - JOZAN

No. 3 - NABIL

No. 4 - JAMBU

tahniah kepada yang menang...
kalau sesiapa yang belom tengok final maharaja lawak
sila layari YOUTUBE....

saya ada satu kemusykilan pasal logo maharaja lawak....

24 June 2011

Belanda haram sembelih ikut cara Islam

THE HAGUE 23 Jun – Ahli-ahli Parlimen Belanda sudah bersiap sedia untuk meluluskan rang undang-undang bagi mengharamkan penyembelihan haiwan cara Islam dan Yahudi.

Bagaimanapun dalam kompromi saat-saat akhir semalam, anggota dewan bersetuju membuat pindaan bagi mengecualikan pertubuhan-pertubuhan agama daripada pengharaman itu, jika mereka dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka tanpa menggunakan kejutan elektrik, tidak menyebabkan kesakitan tambahan.

Ahli-ahli Parlimen berhaluan tengah daripada beberapa parti mencapai kompromi itu sejurus sebelum perbahasan terakhir mengenai rang undang-undang tersebut, kerana khuatir sokongan mereka terhadap pengharaman itu boleh menyebabkan mereka kehilangan sokongan daripada pengundi Islam dan Yahudi.

Seperti di kebanyakan negara Barat, undang-undang Belanda menetapkan penyembelih haiwan mesti menggunakan kejutan elektrik, bagi memastikannya tidak sedar, sebelum binatang itu boleh disembelih, untuk mengurangkan kesakitan dan rasa takut.

Namun pengecualian diberikan selama ini untuk haiwan yang disembelih cara Islam dan Yahudi yang menghendaki haiwan itu berada dalam keadaan sedar.

Pemimpin Parti bagi Haiwan, Marianne Thieme yang mengemukakan rang undang-undang itu yakin pengharaman itu akan diluluskan.

Beliau tidak fikir penyembelih Yahudi dan Islam akan dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka menyebabkan kurang kesakitan berbanding jika haiwan dikenakan kejutan elektrik terlebih dahulu.

“Menjadi andaian semata-mata bahawa penyembelihan tanpa kejutan elektrik boleh dibuktikan lebih mesra haiwan berbanding penyembelihan dengan kejutan elektrik, tetapi pindaan ini memberi peluang kepada pertubuhan-pertubuhan agama untuk mencari dan mengemukakan bukti itu,” kata Thieme.

Bagaimanapun kompromi itu tidak meredakan kemarahan kumpulan-kumpulan Islam dan Yahudi yang menyifatkan pengharaman yang diusulkan sebagai serangan ke atas kebebasan beragama.

“Ini cara gila untuk menggubal undang-undang, bahawa kami perlu membuktikan apa yang sudah lama kami yakini,” kata Ronnie Eisenmann daripada Komuniti Yahudi Amsterdam.

Wakil-wakil pertubuhan Islam pula berkata, jika penyembelihan cara Islam diharamkan oleh kerajaan Belanda, penduduk Islam akan terpaksa membeli daging halal dari negara jiran seperti Belgium dan Jerman.
 

kreditt to http://anakharimau.blogspot.com/

BERSIH 2.0 Menanti



Peserta-peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 di sarankan membawa beberapa "senjata" bukan untuk " berperang" tetapi untuk menyatakan kesetiaan dan kasih sayang kepada negara kita.

Antara yang perlu dibawa :

1) Bunga ros atau mawar untuk dihulurkan kepada anggota polis tanda persahabatan dan untuk nyatakan polis bukan musuh rakyat. Juga tanda penghargaan kerana menjaga keselamatan semasa Perhimpunan BERSIH 2.0.

2) Bendera Malaysia. Setiap peserta perlu membawa bendera Malaysia samada bersaiz kecil maupun besar macam dalam perlawanan bolasepak. Saiz kecil seperti yang diletakkan di kereta semasa perayaan kemerdekaan. Membawa bendera Malaysia bermakna patrotik.

3) Gambar Yang Dipertuan Agong. Ianya dibawa sebagai tanda kesetiaan dan kasih sayang rakyat jelata kepada Yang Dipertuan Agong. Termaktub dalam rukun negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

4) Galakkan seberapa ramai membawa kamera dan handy cam(video ) untuk rakamkan memori indah ini. Kemudian adakan pertandingan rakaman dan gambar terbaik.

Tujuannya untuk tunjukkan kepada dunia, bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 ini adalah bersih jika tiada provokasi.

Jika berlaku provokasi, pakat ambil gambar pelaku provokasi dan tampalkan di merata tempat seluruh negara.

Itulah "senjata ampuh" kita pada 9hb Julai.

Biarlah Ibrahim Ali nak bawa petrol untuk bakar kereta dan kedai di Kuala Lumpur.

Barangan Larangan semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 :

1) Senjata.
2) Sebarang benda yang membawa logo dan lambang kepartian dan parti politik.

Perkara perlu dilakukan jika sekiranya ia berlaku :

1) Orang yang membakar bendera Malaysia dan Yang diPertuan Agong. Tangkap mereka, rakam gambar dan hantar kepada polis. Suspek ini barangkali anggota SB, Perkasa atau UMNO.

Ingat! Peristiwa tembakan Suwandi di Batu Buruk. Sampai hari ini pembakar bendera Malaysia tidak ditangkap.
Barangkali "suspek" itu sekarang bekerja di Bukit Aman?

Gambaran pada 9hb Julai jika tiada provokasi :

1) Mat Sabu bersalaman dengan Khairy Jamaludin di pintu utama Istana Negara sambil menyerahkan memorandum masing-masing kepada wakil Yang dipertuan Agong.

2) Ibrahim Ali bertukar menjadi berudu dan diusung pengikutnya untuk disumbat dalam tempayan budu."
 

Asas bina menara dakwah


Setiap menara atau bangunan yang kita hendak bina wajib mempunyai tapak yanng kukuh dan tiang yang dapat menampung segala cabaran dan dugaan. begitujuga dalam kita berdakwah 
Asas kepada sebuah bangunan dakwah yang kukuh ada tiga (3) iaitu :
  1. Kefahaman terhadap visi perjuangan.
  2. Kekuatan niat yang mengiringinya.
  3. Kekuatan amal yang dilaksanakan.
Ketiga-tiga asas di atas akan memberi aliran semangat yang tidak pernah kenal lemah bagi para pendakwah.
KEFAHAMAN TERHADAP VISI PERJUANGAN
Tanpa memiliki fikrah yang jelas, dakwah akan :
  1. Kehilangan ‘bashirah’.
  2. Miskin ketajaman langkah.
  3. Mudah terjebak oleh suasana yang menipu.
  4. Dilanda fitnah.
Perjalanan dakwah yang panjang, diikuti oleh karakteristik fasa yang dilaluinya mestilah disedari oleh setiap pendakwah.
Tidak sedikit orang yang gugur di jalan dakwah kerana tidak faham dengan langkah-langkah dan strategi umum dakwah di mana :
  1. Wujud ketidaksabaran dan sikap tergesa-gesa yang mendorong seseorang untuk memetik buahnya sebelum masak.
  2. Ada juga sebaliknya  seolah-olah terseret dan tidak mampu mengikuti sifat dinamik dakwah.
  3. Kurangnya kreativiti, inovasi, apalagi kerja kuat dalam kerja dakwah.

KEKUATAN NIAT YANG MENGIRINGI
Ikhlas niat adalah sebuah kekuatan yang hebat bagi perjuangan para pendakwah. Ia berjuang hanya mengharapkan apa yang ada disisi Rabbnya bukan selain itu kerana jika tidak, ia pasti akan kecewa dan tidak akan mendapat hasilnya.



Keikhlasan niat mestilah dijaga dari sebelum melakukan sesuatu sehinggalah setelah melakukan perbuatan tersebut di mana seluruh fokus kehidupannya hanyalah untuk Allah swt kerana Allah swt hanya menerima amal sesiapa yang menghajatkan diri kepadaNya semata-mata dan Allah swt tidak memerlukan sekutu apapun dalam setiap perbuatan manusia.

Orang yang faham mestilah sentiasa ikhlas terhadap kefahaman ilmunya sedangkan orang yang ikhlas mestilah faham dalam mengamalkan apa yang difahaminya sehingga akan lahirlah amal yang ‘hebat’ kerana ditegakkan oleh kefahaman dan ikhlas.

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...