SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

27 October 2010

Satu lawan satu di DUN Galas




Ab. Aziz (dua dari kiri) dan Dr. Zulkefli (dua dari kanan) diapit oleh Mustapa (kiri) dan Abdul Hadi (kanan) selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Gua Musang semalam.

GUA MUSANG - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini menyaksikan pertandingan sengit dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN diwakili Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Ab. Aziz Yusoff, 49, manakala calon Pas ialah Pemangku Yang Dipertua Pas kawasan Gua Musang, Dr. Zulkefli Mohamad, 44.


Ab. Aziz merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.07 pagi semalam disusuli Zulkefli pada pukul 9.33 pagi.

Pencalonan Ab. Aziz yang segak berbaju Melayu biru muda dibuat oleh Mohd. Azmi Mahmood, 44, dan disokong Chong Kam Siong, 54.

Dr. Zulkefli yang berbaju Melayu kuning pula dicadangkan oleh Mohammed Noor Awang Hamat, 58, dan disokong Abdullah Hussein, 38.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid mengumumkan nama kedua-dua calon itu selepas tamat tempoh bantahan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini pada pukul 11 pagi.

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...